1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entiti yang tekan brek tak nak lepas-lepas?
Kejadian ini terjadi kepada aku semalam. Tiba-tiba ada seorang rakan sepejabat menegur aku, 'Piz.. kete ko tak tutup lampu ke? Aku nampak lampu belakang menyala. Aku intai-intai takde orang plak'.
Aku pon konfius, sebab aku takde pon on kan lampu semasa keluar membeli makan tengahari tadi. Tanpa banyak bicara, aku pon pergi lah check. Memang lampu brek kereta aku tu termasuk lampu brek ketiga menyala macam ada orang memijak brek dari dalam. Aku start enjin, lampu itu masih menyala. Aku tekan-tekan brek beberapa kali, masih begitu juga. Aku pon bawa la pusing-pusing bangunan pejabat aku, tetap macam tu juga.
Takut pulak kalau berlaku litar pitas ke apa. Tak boleh dibiarkan lama, kalau dibiarkan lama takut kong plak bateri nanti. Ada sahabat menghantarkan youtube video pasal masalah ni, katanya masalah switch. Kalau nak tukar kene buka board bawah steering dan tukarkan switchnya. Aku nak tukar sendiri tak pandai, kita hantar kedai aje lah.
Aku mengambil Cuti Separuh Hari Petang dan terus ke bengkel berhampiran rumah aku. Sampai di bengkel pertama, setelah memaklumkan masalah yang dihadapi, segera mekanik itu menonggeng masuk ke bahagian driver seat untuk check brake pad. Kemudian dia menunjukkan sesuatu. Katanya stopper sudah rosak, tetapi mereka tiada stok. Dia memaklumkan lagi, stopper saja rosak, switch masih ok.
Aku ke sebuah lagi bengkel yang berhampiran. Seperti tadi, mekanik segera menonggeng untuk check brake pad dan memaklumkan stopper brek rosak. Dia segera masuk semula ke dalam bengkel dan menunjukkan stopper tersebut. 'RM20 je bang'...
Aku pon OK jer lah, kalau RM200 untuk bende kecik tu mmg terpikir-pikir gak aku...
22 comments
Tak panik sbb ammi tak drive. Lesen agung sangat ammi ni
ReplyDeletewow... ade lesen agung, senang la boleh pakir kat mane2.. takyah takut kene saman... hahaha
DeleteTak pernah kena lagi. Selalu lampu bilik yang berkelip-kelip tapi tak padam-padam.
ReplyDeletekalau lampu bilik takpe, bateri tak kong..
DeletePernah jugak mengalamainya...sy tekan break sekuat hatiii...tapi nanti tetiba lampuna on balik..memang kena g bengkel betulkan.hohoho
ReplyDeleteini kes lampu brek tak menyala ke? bahaya kalau lampu brek tak menyala, takut orang langgar belakang nanti
DeleteOhw..lepas ni kalau berlaku kat kereta DR, maklum la sudah.. tq atas perkongsian..
ReplyDeleteterus jer ke bengkel, tak mahal pon, saya kene RM20 jer untuk bende ciput tuh.. hahaha
Deletebiar kereta x berhias asalkan ciri2 keselamatan terjaga..
ReplyDeletekeselamatan paling penting, kalau kemalangan nanti duit melayang, klu nasib tak baik nyawa pon melayang
DeleteMula2 dengar RM20 rasa ... Murahnya...
ReplyDeleteLepas tenggok rupa stopper tu rasa.... Mahalnya...!
Baahaha!
hahaha... terpaksalah uncle, dah rosak kan. kalau tak tukar takut bende lain plak yg rosak
DeleteLegaaa dah selesai kan :) Alhamdulillah!
ReplyDeleteAlhamdulillah, masalah kecil jer...
DeleteKak Amie tahu bawa kereta saja. Alahai... memang teruk betul sebab tak tahu apa-apa pasal kereta. Isi minyak kereta pun boleh dibilang dengan jari hihihiii.
ReplyDeletehehehe... saya pon bukan tahu sangat pasal kereta. kalau ada apa2 terjadi masa tu lah baru nak ambil tahu..
DeleteRisau jugak tu bila kata ada entiti tekan break tak lepas lepas. Mujurlah hanya rosak tang tu je. Kalau kena ganti spare parts mahal kena fikir lama jugak tu kan. Tapi kalau dah rosak nak tak nak kena tukar jugaklah untuk keselamatan bersama.
ReplyDeleteHahaha... sekarang ni entiti semua dah advance, main komputer pon dah pandai sekarang. Mujur lah kah rosak benda tu jer. Tu yang bayar jer RM20. Alhamdulillah, so far kereta tu tak pernah buat apa2 masalah besar
DeleteAlhamdulillah dah settle. Kenapa terjadi macam tu ya,
ReplyDeleteTak pernah alami lagi terima kasih atas perkongsian.
mungkin dah terlalu lama guna, kereta saya tu pon dah guna since 2009. skrg dah 2021, dah 10 tahun lebih. mmg akan ada part yang akan rosak..
DeleteSyukur alhamdulillah dah selesai..lega terima kasih info
ReplyDeletealhamdulillah, nasib baik masalah kecil saje
Delete