353 : Istiqbal Planet Zuhal
Semalam aku berpeluang menyaksikan keindahan planet Zuhal di aktiviti pencerapan oposisi planet Zuhal di Balai Cerap Universiti Malaya. Ini merupakan kali pertama aku menyertai aktiviti ini. Kami tiba di balai cerap tersebut pada pukul 10 malam dan sambutan begitu menggalakkan. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang ini kerana oposisi planet Zuhal pada hari semalam adalah pada kedudukan yang sangat cantik. Terdapat banyak teleskop pelbagai saiz telah disediakan oleh pihak Makmal Fizik Angkasa bagi tujuan pencerapan untuk kegunaan pengunjung.
Tahukan anda apakah itu Oposisi Planet Zuhal?Bagi planet2 di luar orbit Bumi (Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun), waktu2 sekitar oposisi adalah masa yang terbaik untuk melihat jasad samawi ini dengan jelas.Oposisi atau Istiqbal berlaku apabila planet tersebut berada pada kedudukan yang bersetentang dengan matahari jika dirujuk dari Bumi. Dengan kata lain, planet itu berada di belakang Bumi. Ketika berlakunya oposisi, planet tersebut akan terbit sebaik sahaja matahari terbenam dan akan terbenam apabila matahari terbit.Ketika oposisi juga, planet tersebut akan berada begitu hampir dengan Bumi yang membolehkan planet itu kelihatan besar dengan diameter menghampiri 43.7 arkasaat. Disebabkan kecerahannya, Zuhal boleh dilihat 30 minit selepas matahari terbenam hinggalah 30 minit sebelum matahari terbit.Pada 3 April 2011, planet Zuhal akan berada dalam buruj Sunbulat atau yang lebih dikenali sebagai Virgo. Gegelang yang terkenal itu akan memaparkan bukaan sudut 2.6 darjah dari Bumi dan akan menghilang pada September ini.Sumber : Risalah Oposisi Zuhal 2011, Makmal Fizik Angkasa,
Jabatan Fizik, Universiti Malaya
Subhanallah, betapa besarnya keagungan Allah swt. Tak sabar rasanya nak menunggu Istiqbal Planet Musytari plak pada 29 Oktober 2011 nnt.
~Salam Sayang~
6 comments
assalamualaikum dik afeezz...
ReplyDeletemasyaAllah cantiknya...
waalaikumsalam kak ummi : mmg cantik.. klu ade wat camni lagi, mmg nak dtg..
ReplyDeleteassalamualaikum bro..
ReplyDeleteuntung hang ada peluang lihat keadaan ciptaan Allah SWT..
kami duk kampong tgk bulan dan bintang je la..nanti stori mori lg erk....
waalaikumsalam sahrom : ade peluang tu yg aku pg tgk. bukan senang nak dpt peluang macam ni...
ReplyDeleteSalam dekk afezz
ReplyDeleteBest tu kalu dapat pergi..kena bayor ke....
Kat depan kedai malam2 leh cerap..gak nih heheh
waalaikumsalam kak shami : admission si free. Hehehe... cerapan depan kedai akak tu pakai aper? ade teleskop tak? pastu ade makan2 free kan??
ReplyDelete