93rd ENTRY

Tadi aku ada survey youtube, entah macam mana, terjumpa satu videoclip yang membuatkan aku terkenang zaman-zaman aku di tahun 1994 - 1997. Masa tu tengah belajar kat ITM. Zaman tu masih lagi 'I', belum 'U' lagi. Apa-apa pun bagi aku, it the best three years of my life. Walaupon hidup tak lah berapa mewah masa tuh, tapi kenangan-kenangan masa tu memang aku hargai. Rasa nak balik semula ke zaman tu, tapi ape kan daya, semuanya dah berlalu.

Classmates aku masa Part 6. Ada jugak yg aku masih contact, dan mostly aku dengar cerita dari kawan-kawan jer. Alhamdulillah, semua dah berjaya, dah kawen dah ade anak. Aku jugak yg masih single. Gambar ni kalau tak silap diambil masa ade Kursus Operasi Perbankan (kalau tak silap lah).

Ni classmates aku jugak. Gambar diambil kat Tasik Elham. Tak ingat ni part berapa. Rasa-rasanya masa ni baru balik dari bercuti raya, ade jamuan raya lah konon-kononnya.

Ni plak gambar the boys dalam class aku. Tak ingat part berapa. Masa ni tengah gap antara kelas dan tengah tunggu masa untuk the next class. Gambar ni diambil kat BK, depan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan (wah... igt lagi tuh). Yang tengah pegang kepala kat tepi tu adalah roommate aku.

Ni dia tempat di mana kebanyakan kenangan-kenangan itu terjadi. Kolej Kediaman Halban, Bilik 224, selama 1 1/2 tahun aku tinggal kat kolej ni. Banyak kenangan manis dan pahit dan kenangan-kenangan yang tak senonoh menjadi memori indah bagi aku. Kawan-kawan semua best. Bilik 224 selalu menjadi lokasi skodeng Asrama Teja. Bilik 224 juga selalu menjadi lokasi aktiviti lepak-lepak sehingga ada satu masa aku terpaksa kunci pintu dan bubuh notis - malam ni bilik dikunci sebab kami nak study untuk exam. Katil aku menjadi pilihan untuk aktiviti baring-baring dibandingkan dengan katil roomy aku, walaupon telah patah dan tanpa cadar, ia tetap menjadi pilihan. Ada satu ketika, sehingga 5 orang rakan duduk melepak atas katil aku (sabar je lah). Roomy aku kuat tidor, selalu sangat dia tertidor kat meja study. Sometimes dia pesan kat aku suruh kejutkan dia lepas 10 minit, tp aku lanjutkan ke 1/2 jam, baru kejut dia. Tapi dia suruh kejutkan lagi 10 minit. Aku lanjutkan lagi 1/2 jam, baru kejut dia. Still tak bangun2. Akhirnya, dia tido sampai ke pagi. Walau pon dia macam tu, result exam dia lagi bagus dari aku. Pengunjung tetap bilik aku adalah Zam, Ayie dan Awie. Sometimes ade gak kawan2 laen dtg bertandang. Waktu study aku selalunya dari kol 8.30 malam sampai kol 10.00 atau 11.00 malam jer. Lepas tu aku akan melepak sorang2 kat balcony selang sebilik dari bilik aku. Melayan perasaan sorang2, then Zam mesti datang lepak ngan aku. Dia macam dah tau time2 macam tu aku selalu lepak kat situ. Borak punya borak kadang2 sampai pukul 1.00 - 2.00 pagi.

Tak tau camner nak discribe perasaan aku sekarang ni. Sedih nak nangis pon ade.

Aku rindu zaman tuh..


Love



*** Gambar-gambar diambil dari www.dib9497.blogspot.com dan Diploma in Banking 94-97 Arauzona Alumni @ facebook

You Might Also Like

2 comments