26th ENTRY



Lima hari lagi menjelang hari raya. Apa yang dah update?
  1. Kuih dah banyak yang dapat - Kuih cornflakes coklat, kuih samprit, kuih chocolate chips, kerepek ubi pedas basah, kek lapis masam manis. Masih lagi menanti tempeyek dan kuih tart.
  2. Tahun ni tak beli baju raya kot, pakai baju tahun lepas, sebenarnya bukan baju tahun lepas pun, tapi baju melayu yang dibeli selepas hari raya, maksudnya, raya tahun lepas tak pakai baju, so, tahun ni pakai ler baju raya kaler biru laut tuh.
  3. Dah apply cuti dan cuti telah diluluskan untuk 3 hingga 6 Oktober 2008. Tapi masalahnya, cuti staf2 aku, aku belum luluskan.
  4. Dah dapat tiga kad ucapan hari raya, masih lagi menanti dua lagi kad yang dikatakan telah diposkan untuk aku.
  5. Sepanjang bulan puasa ni, baru dua kali berbuka puasa di luar. Sekali di restoran San Francisco Steak House dan sekali lagi di rumah sahabat baik aku. Insyallah, kalau takde aral, hari sabtu ni akan berbuka di luar lagi. Di mana? Belum pasti.
  6. Tidak lagi pernah tuang puasa. Masih mengekalkan rekod bersih berpuasa seperti tahun2 yang terdahulu. Bak kata seorang dari sahabat aku, takde sebab untuk tak puasa.
  7. Masih mengekalkan rekod bersih tak pergi terawikh (bile nak insaf ni)

You Might Also Like

1 comments