1034 : Surat Beranak Yang Hilang? Pengalaman Mendapatkan Sijil Kelahiran Yang Baru

Simpan punya simpan last-last masa nak guna, masa tu lah tak jumpa.

Beberapa minggu yang lalu, setelah beberapa hari melakukan proses mencari dan terus mencari, akhirnya aku mengalah dan mengisytiharkan bahawa Sijil Kelahiran atau Surat Beranak aku yang telah berusia xx tahun itu telah hilang. Mungkin berada di rumah lama, tetapi memandangkan rumah lama itu tidak boleh  dimasuki atas sebab tertentu, maka proses nak mencari di rumah lama juga tidak dapat dilakukan.

Memandangkan aku memerlukan Sijil Kelahiran itu dengan segera untuk urusan penting, terpaksalah aku membuat Permohonan Daftar Semula Kelahiran bagi mereka yang Sijil Kelahirannya telah hilang atau musnah. 

Hari itu, aku telah ke Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya untuk melakukan permohonan ini. Di sana aku perlu naik ke tingkat 3 ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat. Di kaunter pengambilan nombor panggilan, aku diberi satu borang, Borang Daftar Kelahiran untuk diisi sebelum nombor panggilan diberi. Terasa macam nak register kelahiran anak sendiri plak... hehehe. Untuk warga OKU dan warga Emas, nombor panggilan khas boleh diberikan untuk mengelakkan dari mereka menunggu lama. Boleh minta dari pegawai yang bertugas di kaunter nombor panggilan itu.

Selepas borang lengkap diisi (aku isi tak lengkap pon, ade beberapa maklumat yang aku tak dapat seperti nombor kad pengenalan ibu dan bapa), satu salinan kad pengenalan juga perlu disertakan bersama borang. Kepada yang tidak bawa salinan kad pengenalan seperti aku, boleh ke Kaunter 1, ada perkhidmatan fotokopi di situ dengan bayaran 50 sen sekeping. 

Kemudian aku diminta menunggu dan nombor panggilan akan di panggil di Kaunter 4 atau Kaunter 5 atau Kaunter 6. Tidak menunggu lama, nombor aku dipanggil di Kaunter 4, Borang Daftar Kelahiran, salinan kad pengenalan dan kad pengenalan asli diserahkan pada pegawai yang bertugas. Tidak banyak yang berlaku di sini, sekadar merenung kakak kaunter itu menjalankan tugasnya. Urusan selesai dan bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan. Mod pembayaran secara elektronik sahaja. Kemudian aku disuruh menunggu di Kaunter 6 dan nama akan dipanggil. 

Tidak menunggu lama, nama aku dipanggil di Kaunter 6. Sijil Kelahiran baru yang bersaiz kertas A4 itu bertukar tangan. Wah.. terasa seperti dilahirkan semula. Setelah disemak didapati nama aku di Sijil Kelahiran tersebut tidak sama dengan nama di dalam Kad Pengenalan. Aku tak pasti samada nama itu sama atau tidak dengan  nama di dalam Sijil Kelahiran aku yang asal. Aku pon tiada simpan sebarang fotokopi atau gambar Sijil Kelahiran aku itu. Oleh kerana itu, untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari, aku perlu untuk membuat Permohonan Pembetulan. Aku diminta untuk ke Kaunter 10.

Nombor Panggilan baru diambil dan sebentar kemudian dipanggil di Kaunter 10. Penerangan diberikan kepada pegawai yang bertugas dan satu borang perlu untuk diisikan. Pegawai bertugas mengatakan bahawa semakan perlu dibuat terlebih dahulu dengan pejabat di mana kelahiran aku dahulu didaftarkan. Aku mengiyakan sahaja kata-kata pegawai itu dan diminta untuk menunggu lagi. Borang Pembetulan Maklumat dan satu salinan kad pengenalan perlu diserahkan untuk semakan itu.

Dalam 10 minit kemudian, Sijil Kelahiran dengan nama yang betul diserahkan kepada aku.

Urusan sangat mudah dan pantas. Walaupon nampaknya ramai yang berurusan, tetapi semua urusan dapat diselesaikan dengan cepat. Tidak sampai 2 jam aku di sana dan urusan aku dapat diselesaikan. Alhamdulillah, dipermudahkan. Jika tiada masalah nama tadi mungkin dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Seronok tengok pasangan pengantin berbangsa Cina mendaftar perkahwinan mereka di JPN ni. Siap pakai baju kawin. Tiba-tiba terasa macam nak kawin....


You Might Also Like

10 comments

  1. Kalau tak ada masalah part nama tu mesti selesai cepat sikit kan. Dia macam tu lah, masa nak guna masa tu lah dia tak muncul. Saya pernah mengalaminya. Last-last buat baru juga, kejap je. Tak perlu isi detail sangat sebab memang ada dalam sistem. Tinggal cetak je. Mujur semuanya betul. Selepas tu, dok kemas-kemas. Eh jumpa pulak yang lama. Hmmm...

    Semoga dipermudah segala urusan-urusan yang lainnya. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada kat umah lama tu. Rumah lama xleh masuk plak sebab kunci patah dalam tombol, terus takleh bukak. Bile bole masuk nanti kene cari semula.. mesti ada terselit kat mane2 tuh. sayang kalau hilang, surat beranak antik tuh..

      Delete
  2. Kalau tanya uncle kat mana surat beranak uncle di simpan... uncle pun tak tahu...! Kena tanya aunty! Baahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untong la ade orang tolong simpankan. Jangan orang yang tolong simpankan plak lupe nanti letak kat mane..

      Delete
  3. Harap2 yang baharu ni tak hilang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masukkan dalam fail clear holder dan simpan elok-elok.. kalau ilang gak, tak tau nak cakap ape dah...

      Delete
  4. sy masih menyimpan sijil lahir asal berusia 52 thn. syg rasanya nak dptkan yg baharu krna sijil asal ini begitu sentimental kpd sy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal, dah jadi barang rare tu. dah tak dapat dah skrg ni..

      Delete
  5. Simpan elok-elok ye sijil lahir baharu tu. Surat beranak Kak Amie dah tak ada rupa asal. Dah warna kuning, tepi-tepinya macam kena gigit lipas hihihiii.

    ReplyDelete
  6. Pernah hilang juga sebab balik dari belajar perantauan, mak tahu dan tak ingat letak mana.. terpaksalah buat baru.. kalau dulu sijil kelahiran hanya tulis tangan.. mmg klasik sgt.. 😎

    ReplyDelete