1021 : Hampir Setahun Sudah Berlalu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama aku meninggalkan blog aku ini. Perancangan awal dulu, konon-kononnya cuma nak berehat dalam sebulan macam tu, tengok-tengok... tanpa disedari sampai setahun aku berehat, dah macam amik cuti tanpa gaji plak. Blog kawan-kawan pon aku tak singgah dan jengah apatah lagi nak meninggalkan komen. Masih ingat tak lagi kalian kat aku ni.
Banyak perkara boleh ditulis dan diceritakan sepanjang tahun ni, cume aku sekarang ni banyak sangat kekangan masa yang menghalang aku daripada menulis cerita aku. Kepada yang nak tahu, dalam bulan April 2022, beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, aku telah ditukar ke jabatan baru. Bukan aku minta, bukan kerana aku bermasalah, itu cuma eksesais pertukaran biasa katanya yang mana staf bergred N yang telah berkhidmat di satu-satu jabatan selama lebih 7 tahun akan ditukarkan ke jabatan yang baru. Eksesais pertukaran jabatan besar-besaran ini dilakukan sebanyak 4 fasa dari April 2022 hingga Disember 2022 dan aku termasuk dalam fasa yang pertama.
Empat orang rakan sekerja aku di jabatan lama telah ditukarkan ke lain-lain jabatan untuk fasa pertama ini. Perasaan aku sebenarnya bercampur baur, tak tahu nak gembira ke nak sedih, aku aku terima sahaja pertukaran itu.
Bertugas di jabatan baru ini sangat berbeza. Skop tugas yang diamanahkan nampaknya lebih besar dan mencabar. Pada awalnya, dalam dua bulan pertama, memang aku tak buat apa kerja pon, datang kerja goyang kaki, sampai masa balik. Masa itu sebenarnya aku memang tak tahu apa job scope aku, tiada hitam putih, yang ada cakap-cakap mulut je, buat itu dan buat ini. Masuk bulan ke tiga, selepas fasa kedua pertukaran besar-besaran dilaksanakan, aku mula sibuk mengambil tugas staf-staf yang ditukarkan itu. Masa itulah aku rasa beban tugas yang sebenar. Aku terlalu sibuk sehingga ada satu ketika aku merasa amat tertekan. Apa tidaknya, nak menguruskan orang bukan senang dengan perangai masing-masing. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti jabatan yang terlalu banyak. Aktiviti dan event terlalu banyak, tapi muka-muka yang sama je yang terpaksa menguruskannya, termasuklah muka aku ni. Apa-apa pun, Alhamdulillah, ada teman-teman sepejabat yang sering membantu.
Sekarang, Alhamdulillah aku sudah boleh menguruskan tugas aku dengan baik, walaupon kadang-kadang stress juga. Kerja apa yang takde stress kan. Kerja sekarang juga jarang-jarang dapat curi masa untuk baca blog kawan-kawan yang lain, apatah lagi nak update blog sendiri.
InsyaAllah, tahun 2023 ni aku akan cuba menulis kembali, dengan cerita-cerita aku. Harap-harap adalah yang sudi membacanya. Hehehe...
16 comments
Hi! Nanti free tulislah ya
ReplyDeleteInsyaAllah.. mmg nak teruskan menulis
Deletesi Apis wak yang tepi sungai tu pun dah setahun umurnya
ReplyDeleteHahaha... Dah besar dah si apis..
Deletekena istiqamah utk terus menulis ye. Jika diikutkan bz memang la bz... cuma kena pandai cari masa. If I can do it, why can't you?
ReplyDeleteTerima kasih abam kie. akan cuba... hehehe
DeleteRupanya.. dulu2 ada jugak jenguk tp xde update.. jgn lupa weekend curi masa update ye
ReplyDeleteHehehe... Insyaallah, akan terus menulis..
DeleteWelkem back!
ReplyDeleteThank you sir
Deletesama lah saya pernah ada dlm situasi yg sama juga & konon-konon mcm nak 'rehat sebentar' tapi almost setahun juga baru dapat menulis semula di blog. kesian kawan-kawan tanya khabar risau kejadian apa-apa hehehe
ReplyDeletemoga diberi ketenangan , kesabaran menempuh hari mendatang.
Salam kenal,
Blog Anamizu :)
terima kasmih anamizu
Deletecubalah menulis at least once a week. bknnya susah pun kan? good luck!
ReplyDeleteitu la pasal... tapi macam M plak... hahaha
DeleteMrs. A pun sama ada masalah M ni tapi cer tukarkan kepada R.
ReplyDeleteSedang berusaha kak... Tp still M jugak. Pasal dah lama sgt tinggal, susah nak mulakan semula
Delete