1038 : Terbiar

Kotornye 

Ini kereta aku. Kereta pertama aku dan satu-satunya kereta aku. Sejak-sejak aku dah tidak boleh memandu kereta, kereta ku ni terbiar tidak terjaga. Nak dijual, tapi sayang.

Keadaan masih elok walaupun sudah berusia 16 tahun. Hanya kadang-kadang ada kerosakan sini sikit sana sikit, bukan kerosakan yang serius. Buat masa sekarang ni, ada masalah dengan air-con dia, dah tak sejuk. Pernah diperbaiki satu masa dahulu dengan belanja hampir RM1,500. Sekarang ada masalah lagi, tunggulah masa yang sesuai untuk diperbaiki semula. 

Sebelum ni ada masalah juga dengan kuncinya. Mungkin kerana bateri dah low, dan tidak boleh dibuka secara remote. Kalau buka secara manual, akan menjerit alarmnya. Nasib baik juga lah alarmnya bunyi merdu jer, takda la sakit telinga mendengar.

Oleh kerana ada masalah dengan kuncinya, maka dah lama juga tidak di start dan bergerak. Maka sekarang ni bateri pon dah kong. Nak panggil Bateriku dari minggu ke minggu tidak terpanggil. Akhirnya terbiar lagi. 

Disebabkan di sekeliling kawasan perumahan aku ni pembangunan sedang rancak dijalankan, maka berdebu kawasan ni. Ditambah lagi dengan jerebu, makin bertambah parah kualiti udara. Kereta-kereta yang letak diluar, seminggu sahaja dah macam setahun tak dicuci. Sabar je lah.

Sedang menunggu masa yang sesuai untuk panggil pihak Bateriku untuk ditukar baterinya. Kemudian akan dibawa untuk dicuci. Kesian sangat tengok keadaannya sekarang. Then, InsyaAllah, kalau ade rezeki lebih akan baiki air-connya.

Dan oleh kerana aku pon dah tak boleh memandu lagi, mungkin aku akan bagi kereta ni pada anak buah aku yang dah start bekerja. Senang la sikit dia nak pergi dan balik kerja nanti. Daripada terbiar begitu saja. Ini perancangannya, InsyaAllah.

You Might Also Like

4 comments

  1. Kenapa Afeezz tak boleh memandu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan ceritakan, buat masa sekarang belum sampai turn nye lagi..

      Delete
  2. Semoga hasrat tercapai, kereta dapat di manfaatkan..saya dah jual kereta dari tahun 2002. Tahun ini bulan june 2025 baru terjual, sebab lambat jual..sayang still sayang wira maron tu..kini milik orang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya boleh je kalau nak jual tuan, tapi kalau jual mungkin tidak akan ada penggantinya...

      Delete