1024 : Angan - Angan Tidak Kesampaian

Sedih rasa hati bila angan-angan tidak kesampaian. Perancangan awal telah dibuat, tiket penerbangan juga telah dibeli. Malangnya, permohonan untuk Cuti Rehat Luar Negara tidak diluluskan atas sebab tugas dan kekurangan staf.. Sebelum ni kalau melihat kepada jadual yang ade, memang free masa tu, tiada apa-apa program yang telah dijadualkan. Malangnya, selepas permohonan dibuat, tiba-tiba ade satu program pulak yang akan dijalankan. Entah bila diaorang rancang pon aku tidak pasti, bos pon takde cakap. Dari apa yang aku dengar dari mulut bos sendiri, katanya tiba-tiba diaorang nak buat program tu. 

Setelah berbincang dengan bos-bos yang ada dan semua salah ditujukan kepada aku, aku akur. Takde rezeki aku kali ini dan peluang macam ni tidak mungkin datang lagi. Mana taknya, ada orang nak sponser penginapan dan makan sepanjang di sana. Destinasi pon bukan kaleng-kaleng. Itu yang membuatkan aku kecewa sangat-sangat.

Disebabkan kecewa dan sedih, semalam aku ambil Cuti Kecemasan. Hari ini aku masuk pejabat semula, aku tak bercakap dengan sesiapa pon (masih lagi sedih dan nak merajuk la kunun-kununnya). Aku batalkan permohonan Cuti Rehat Luar Negara aku dan aku mohon Cuti Rehat untuk 1 Ramadhan nanti.

Flight ticket pon aku belum batalkan lagi. Sedih bila tak bole dapat refund.

Ingatkan boleh guna tahun ni, nampaknya angan-angan tak kesampaian
terpaksa simpan semula dan peram sampai jadi pekasam atau tukun tiruan



You Might Also Like

5 comments

  1. Allahu kesiannya.
    Perancangan manusia tiada yang sempurna.
    InsyaAllah adalah nanti tu rezeki lain

    ReplyDelete
  2. I feel you... nak nak tang tak boleh refund tu!

    ReplyDelete
  3. aduhai sedihnya flight ticket tak dpt refund tu :(

    ReplyDelete
  4. Turut merasa sedih. Siapa je yang tak sedih bila jadi macam tu kan. Takpe, fikir positif. Mungkin ada rezeki yang lebih baik nanti. Pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete