1037 : Throwback Thursday (Episod 5) - Donut Peach, Kali Pertama dan Terakhir
Buah ni pernah viral beberapa tahun dahulu. Tak pasti dari mana asal-usulnya, tiba-tiba sahaja boleh viral. Pada masa mula-mula viral dahulu, aku hanya dengar cerita-cerita orang tanpa ingin mengambil tahu apakah itu Donut Peach. Sebenarnya tak tahu pon ianya sejenis buah. Pada pendapat aku Donut Peach ni adalah sejenis Donut dengan toping buah Peach. Sehinggalah jadi satu kes di mana ada seseorang yang diserang alergik sebab makan buah ni. Aku pon terfikir, macam mana la makan donut pon bole kene alergik, bak kata Uncle Roger… sooo weak!.
Akhirnya, setelah mengambil tahu, baru lah aku tahu yang Donut Peach ni adalah sejenis buah. Dan pertama kali aku lihat adalah semasa percutian aku ke Cameron Highlands pada bulan Julai 2023. Kerana penesaran dengan rasanya aku pon beli 2 pack pada harga RM55. Harga untuk satu pack dengan 6 biji isinya adalah RM30, tapi kalau beli 2 pack dia kira RM55 sahaja. Aku pon share dengan sahabat, ambil 2 pack, sambil membantu merancakkan ekonomi peniaga-peniaga bumiputera tempatan.
Dan benarlah kata orang, rasanya memang sedap dan manis yang amat. Patut la boleh viral. Itulah kali pertama dan terakhir aku membeli dan merasa Donut Peach ni. Bukannya tak teringin nak rasa lagi, cuma harganya yang menghalang untuk aku membelinya lagi, masih mahal macam dulu… hahaha…
5 comments
Kat Cameron lagi mahal ek. Yelah kan, kat sana serba mahal kecuali sayur dan buah yang ditanam di sana. Buah donut peach ni memang sedap. Nak jumpa pun payah. Tapi kalau dah jumpa, auto rasa nak membeli. Sekarang macam dah murah sikit. Last saya beli RM21 lebih macam tu di Jaya Grocer, 6 biji. Sesekali bolehlah.
ReplyDeleteRM21 tu consider masih mahal lg. kalau sekali sekala teringin nak rasa kite tutp mata je lah…
Deletemasa viral mula mula buah ni ...nak cari pun payah...habis merata ...kalau jumpa pun ada yang mahal punya hahahaha
ReplyDeleteFirst time saya beli dan rasa masa tu dah kurang viralnya, tp harga masih mahal..
DeleteAmmi sampai harini belum pernah rasa lagi. Takpelah, ammi makan je buah apple marhaen supaya satu family puas menikmatinya
ReplyDelete