960 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 11) - Korea Virtual Half Marathon

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah berpuasa untuk hari yang ke 6. Sekejap jer terasa sudah nak menghabiskan minggu pertama bulan Ramadhan. Harap-harap semoga semua amalan kita di bulan baik ini diterima Allah dan dilipat gandakan pahala untuk kita semua, InsyaAllah.

Cerita lama, selepas kejayaan aku menamatkan larian virtual Tokyo dan London pada bulan Februari lepas, aku semakin teruja untuk menyertai lain-lain larian virtual. Maka pada 20 Februari yang lepas, aku dan seorang lagi sahabat telah mendaftar untuk satu lagi larian virtual iaitu Korea Virtual Half Marathon. Sebab utama kami menyertai larian ini adalah kerana kami suka Korea dan pernah ke Korea Selatan beberapa tahun lepas, walau bagaimanapun kami bukan peminat K-Pop atau drama-drama swasta dari Korea iteww. Tambahan lagi, kemeja T dan medal yang ditawarkan juga agak menarik.

Korea Virtual Half Marathon

Tempoh larian ini adalah diantara 17 April hingga 17 Mei 2021. Selepas mendaftarkan diri untuk larian tersebut, baru aku perasan yang tempoh larian jatuh di dalam bulan Ramadhan. Nak tak hendak, terpaksalah juga menamatkan larian tersebut. Dah bayar mahal-mahal kan, takkan tak hendak ditamatkan. Rugi jer tak dapat entitlements yang diberikan nanti. Makanya, samada berlari pada waktu malam atau hari-hari selepas hari raya. Itu pon jika tempoh larian tidak dipanjangkan. Tengoklah, mana yang terbaik nanti.

Bayaran yang telah dibuat untuk larian ini adalah sebanyak RM39.80 termasuk bayaran pos dan entitlements yang ditawarkan adalah sepasang dry-fit t-shirt, E-certificate, E-bib dan finisher medal. 

My E-bib

Apa-apa pun, wish me luck untuk menamatkan larian ini di dalam bulan puasa. (aku buat larian 5km jer...)

You Might Also Like

22 comments

  1. Replies
    1. hahaha... org yg ke 99 kot yg baru register

      Delete
  2. Semoga berjaya menamatkan larian pd waktu mlm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bole janji tu, rasanya lepas raya nnt baru nak start berlari semula. masih ade masa... harap2 tempoh larian dipanjangkan

      Delete
  3. Kalau lari waktu malam, hati-hati dik. Good luck!

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak berlari.. Tak pasti larat ke tak sekarang. Berbasikal pun lama tak on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dari azali takm kuat berlari, kalau berjalan tu insyaAllah boleh...

      Delete
  5. sorry nk tnye., camane virtual run nih? ke btol2 lari kat luar rumah ke pakai apps erk? ada post psl ni x sblom ni? curious wak nk tau ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. virtual run ni guna apps. yg saya join ni apps dia jomrun dan siap ada trakker sekali. bila kita nak mulakanm larian, onkan apps dan trakker tu. gunakan trakker tu untuk ukur jarak larian kita. cukup jarak, apps akn automatik submit larian kita.

      Delete
    2. so xleh lari setempat atau atas treadmill laa..?

      Delete
    3. rasanya macam tak boleh, tapi tak tahu lah, tak pernah cube...

      Delete
  6. bestnyaaa, rajin org yg buat virtual run ni.....my friend dekat office pun buat juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sebab tak terikat dengan masa. bila2 masa pon kita boleh buat tp make sure dlm tempoh yg ditetapkan

      Delete
  7. Kalau jalan² je boleh dikira x? hehehe.. all the best tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon berjalan je kak... tak larat nak lari jauh2 smpi 5km tu...

      Delete
  8. Wah! selamat berlari-larian ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, lepas raya nanti lah lari...

      Delete
  9. Dah bayar tu kena lah sahut cabarannya kan. Semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, klu tak tak dpt lah entitlements dia nanti. rugi jer bayar.

      Delete