1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka tak pernah ku menduga aku boleh bertahan sehingga ke post yang ke 1000. Semuanya bermula pada suatu malam yang sepi dan dingin ketika aku sedang kebosanan tiada berteman aku telah mencipta post sulung aku (klik SINI).
Blogging bukan asing bagi aku ketika itu. Sebelum mula berblog dengan menggunakan platform blogspot atau blogger ni, aku pernah berblog menggunakan platform modblog (sudah berkubur pon) sekitar tahun 2005 gituh. Sehingga suatu ketika yang aku kurang pasti kenapa dan bila, perkhidmatan modblog telah ditamatkan tanpa aku sedari. Ramai kawan-kawan modblog berpindah ke platform efx2.com. Tidak lama juga aku di efx2.com apabila platform itu pon turut berkubur tanpa aku tahu sebabnya. Aku berpindah pula menggunakan perkhidmatan platform percuma yang lain iaitu blogdrives.com pada 22 Mac 2006. Agak lama juga aku berblog menggunakan blogdrives.com sehingga ke suatu ketika aku mula mengabaikannya. Antara muka blogdrives.com ketika itu bagi aku amat kurang mesra pengguna dan agar susah untuk membuat sesuatu post terutama post bergambar (pada masa tu lah, sekarang tak tahu). Catatan aku yang terakhir di blogdrives.com bertarikh 11 November 2007. Akhirnya pada malam 14 Julai 2008, lahir lah blog imwrittingformyself.blogspot.com.
Awalnya, aku tak pasti yang aku boleh bertahan sehingga post yang ke 1000 berdasarkan kepada pengalaman dengan blog-blog aku yang lain. Against all odds, aku berjaya. Blogging ni ada pasang surutnya. Tidak dapat dinafikan, suatu ketika dahulu dunia blog aku amat meriah. Dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang lain yang kebanyakkannya berpusat di Lembah Kelang. Selain daripada berbalas komen di blog masing-masing, penah jugak kami bersua muka. Jemputan ke kenduri kendara, masjlis perkahwinan, hari raya tak kurang juga sekadar lepak-lepak bersama tanpa tujuan. Siap ada tubuh kelab, Geng Kelab Bujang dan Geng Perempuan Kaya. Sangat meriah masa itu. Sekarang, semua blogger yang aku kenali dulu sudah meninggalkan blog masing-masing. Sepi sesepinya blog mereka tanpa sebarang update, bak kata mereka dahulu, bukan sahaja sudah bersawang, malah sudah berhantu blog yang mereka tinggalkan. Kebanyakkan mereka sudah berpaling ke media sosial yang lain, tetapi persahabatan kami masih terjalin. Tinggal aku yang meneruskan perjuangan seorang diri.
Selepas seorang demi seorang rakan blog meninggalkan blog masing-masing, blog aku dirundung kesepian. Aku tetap teruskan usaha aku untuk menulis walaupon aku tahu tiada siapa yang membacanya. Sesuai dengan tajuk blog aku ni, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri. Aku jadi blog ini catatan untuk hari tua aku untuk dibaca oleh anak cucu aku nanti. Harap-harap bila aku telah tiada nanti, ada seseorang yang akan membacanya.
Sekarang blog aku kembali ceria. Ada kawan-kawan blogger baru yang sudi memberi sokongan kepada blog aku. Membuat aku makin bersemangat untuk terus menulis di sini walaupon ada kalanya mood menulis itu berada di laut dalam. Terima kasih aku ucapkan kepada kalian semua. Muah3..
Aku tak pandai nak buat Give Away atau apa-apa peraduan sempena post ke 1000 blog aku ni. Makanya aku bukak lah ruangan komen post ini untuk korang komen apa saja yang korang nak, sama yang positif atau negatif. Yang negatif itu boleh juga aku buat panduan untuk memperbaiki diri dan blog ni. Jangan risau, aku akan pastikan aku tak koyak... hehehe...
15 comments
Tahniah Afeezz.
ReplyDeleteKak Amie pula sudah cecah 4001.
Tahniah juga pada akak dah berjaya capai 4000 post. saya ni tak mampu nak buat post banyak2... nak capai 10 sebulan pon payah.. ada tips tak kak?
Deletethanks abe kie...
ReplyDeletetahniahnyer.,. terus updet blog walopon skrg org dh x heran dgn blog sbb dh ada fesbuk, IG, tiktok larhh.,. hehehe
ReplyDeleteinsyaAllah akan terus berblog untuk dijadikan kenangan untuk diri sendiri di kemudian hari
Deleteno worries...ada orang akan membaca blog anda..
ReplyDeleteharap2 lah ada yang akan membacanya
DeleteSemoga terus le entry beribu-ribu juta!
ReplyDeletekagum dengan uncle, hari2 ada entry terbari.. syabaz beta...
DeleteFirstly, tahniah dah mencapai lebih apa yang disangka. Jangan pernah berhenti menulis. Ada je yang membaca, cuma kita tak tahu. Saya bermula zaman blogspot sejak 2009. Tak dinafikan rakan rakan blog ramai yang dah sudah menyepi. Dapat kenal kawan baru seronok jugak. Tak pernah tahu pulak modblog, efx2.com, blogdrives.com tu. huhu..banyak rupanya platform blog dulu. Sekarang yang tahu blogspot dan wordpress je.
ReplyDeleteterima kasih kak fiza. bila dah ramai rakan blogger yang menyokong blog ni, makin rajin saya nak menulis lg. InsyaAllah akan teruskan selagi mampu. modblog ngan efx2 tu rasanya dah berkubur dah, blogdrives tu tak pasti plak, rasanya masih ada pasal blog lama saya masih bole ditengok.
DeleteTahniah. Bukan senang nak cecah entri 1000 ni. Ramai bloggers yang aktif sekalipun, entri tak cecah 1000. Yang penting niat kita untuk berblogging kena betul, jangan ikut trend.
ReplyDeleteSemoga saya pun mampu bertahan dalam dunia Blogger, selagi platform ni wujud.
betul tu, bukan senang nak capai entry sampai 1000, saya pon makan masa 14 tahun nak capai angka tu. tapi saya pon bukan aktif sangat berblog, slow and steady jer.
Deletesaya ucapkn tahniah..
ReplyDeleterupanya awak betul-betul otai dalam dunia blogging ini.
tahun 2006 tu...saya tak reti sangat dengan benda alah nie hehehe
hahaha... terima kasih. sy pon tak sangka dapat bertahan dalam dunia blog ni selama ni.
Delete