976 : #TEAMASTRAZENECA
Aku tak ingat tarikh sebenar bila aku mendaftar untuk program vaksinasi di applikasi MySejahtera. Seingat-ingat dan kalau tak silap aku pada awal bulan Mac aku sudah mendaftar, tetapi sehingga ke sudah masih tidak mendapat janji temu yang ditunggu-tunggu itu. Apabila Program Vaksinasi Astrazeneca Secara Sukarela yang pertama dibuka untuk pendaftaran, aku tidak pula mendaftar untuk vaksinasi. Pada masa itu, ramai juga kawan-kawan aku yang sudah mendapat janji temu dan divaksinasi. Aku merasa rugi pula pada masa itu kerana tidak mendaftar.
Apabila Program Vaksinasi Astrazeneca Secara Sukarela dibuka sekali lagi untuk kali kedua, aku tidak melepaskan peluang itu. Seawal pukul 12.00 tengahari aku telah menghadap handphone bersiap sedia untuk mendaftar sejurus sahaja pendaftaran dibuka. Pada awalnya terdapat sedikit masalah teknikal di mana aku gagal untuk memasuki laman pendaftaran itu. Apabila masalah teknikal itu dapat diatasi, terdapat masalah tidak boleh memilih negeri pula terjadi. Bukan aku saja, khabarnya satu Malaysia mengalami masalah yang sama. Usaha tangga kejayaan, akhirnya aku dapat memilih negeri, Kuala Lumpur dan seterusnya memilih pusat vaksinasi. Pusat vaksinasi pilihan aku adalah Pusat Vaksinasi Universiti Malaya, kemudian aku mula memilih tarikh vaksinasi. Banyak tarikh yang telah penuh, jenuh juga aku cuba dan terus mencuba tanpa lelah. Akhirnya aku berjaya mendapat tarikh 30 Jun 2021 untuk tarikh janji temu vaksinasi, pada pukul 5.30 petang, Alhamdulillah.
Sebenarnya, aku boleh mendapat vaksinasi lebih awal dari tarikh itu jika aku menggunakan keistimewaan sebagai warga Universiti Malaya, malangnya semasa bos aku memaklumkan kepada aku mengenai perkara itu, aku sedang tidak sihat dan tidak dapat ke Pusat Vaksinasi Universiti Malaya pada tarikh tersebut. Oleh kerana aku telah ada tarikh janji temu, aku rasa aku akan pergi pada tarikh itu sahaja lah.
Pada tarikh yang dijanjikan, aku tiba seawal 5.15 petang di pusat vaksinasi. Proses semuanya berjalan dengan lancar. Penerima vaksin pada ketika itu juga tidak ramai dan Pusat Vaksinasi Universiti Malaya itu juga tidak sesak. Pada pukul 5.50 petang, aku sudah bergerak pulang.
Sebelum menerima vaksin, jujur aku katakan yang aku agak risau dan gentar bukan kerana takut dicucuk tetapi aku risau akan kesan sampingan selepas divaksin. Macam-macam cerita yang aku dengan dari kawan-kawan. Ada yang demam teruk pada malam selepas menganbil vaksin, pening kepala, lemah-lemah badan, lenguh tangan yang divaksin dan sebagainya.
Selepas 24 jam divaksin, Alhamdulillah, aku tidak mengalami apa-apa kesan sampingan vaksin tersebut. Sekadar terasa sakit di bahagian yang dicucuk. Pada malam itu pula, badan aku terasa seram sejuk, kepala pon terasa macam nak berat, tetapi selepas aku mandi badan terasa sedikit segar. Alhamdulillah, bangun pagi selepas itu, aku berasa seperti biasa. Selepas 48 jam divaksin, boleh aku katakan yang aku tidak mengalami apa-apa kesan sampingan vaksin tersebut.
Untuk dos kedua pula, aku telah dijadualkan untuk menerima dos kedua pada 1 September 2021 pada pukul 5.30 petang di Pusat Vaksinasi Universiti Malaya.
14 comments
Saya sudah selamat dos pertama Sinovac 1 Julai lalu.
ReplyDeletedos kedua dah dapat temujanji ke?
DeleteAlhamdulillah. Segalanya sudah selamat. Jaga kesihatan selalu dan patuhi SOP.
ReplyDeleteInsyaAllah, tunggu 2nd dose je ni.. selangor dah kene pkpd skrg ni, nak tak nak terpaksa lah patuh sop
DeleteAlhamdulillah.. tahniah team AZ
ReplyDeleteAlhamdulillah….
DeleteAlhamdulillah...Semoga baik baik je hendaknya dan dipermudahkan urusan second dose nanti. Aaminn...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. 2nd dose bulan 9 nanti, sementara tu kene lah patuh segala sop bagai…
DeleteEh! Sama la! Sama AZ dan sama UM! Rugi tak terserempak!
ReplyDeleteHehehe… klu jumpe bole gak pow uncle ape2 yg patut… hehehe
DeleteTahniah dah dapat vaksin. Jarak 2nd dose dengan yang pertama lama ya untuk AZ.
ReplyDeleteMrs. A belum dapat tarikh lagi setakat hantar Emak dengan mak-mak sedara ajelah huhuhuhu...
kalau dapat vaksin AZ jarak mmg jauh dr 1st dose ke 2nd dose. Memula dulu sy dimaklumkan 14 minggu.. baru2 ni dipendekkan ke 9 minggu kot klu tak silap...
DeleteBersabarlah mrs.A, tak lama lg dapat lah tu appointment...
Alhamdulillah. Selesai dos pertama, tunggu dos kedua pula. Lama juga jarak masanya ye. Apa pun syukurlah, dapat suntukan.
ReplyDeleteAZ memang lambat dose kedua dia. Apa2 pon alhamdulillah dah dapat dose pertama
Delete