980 : Selamat Hari Raya Aidiladha 1442H/2021M

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih belum terlambat lagi aku rasakan untuk aku mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog aku yang tak seberapa ni. Pada tahun ini, Hari Raya Aidiladha disambut secara sederhana tetapi meriah dengan tidak melupakan SOP yang telah ditetapkan. 

Gambar Hiasan

Pada tahun ini aku merayakan Aidiladha bersama sahabat sahaja, memandangkan sahabat tidak boleh merentas daerah untuk pulang ke kampungnya. Walaupon kami hanya bertiga, sambutan hari raya kami agak meriah. Siapa kata raya bersama sahabat tidak meriah? Siapa kata sambutan raya tak meriah kalau tak dapat balik ke kampung halaman bersama keluarga? Mengada-ngada sangat kan korang. Kita yang menjadikannya meriah. Hatta kalau korang berada di kampung pon, kalau korang rasa tak meriah, maka tak meriah lah ia. Walaupon korang beraya sorang diri di perantauan, kalau ko rasa meriah, maka meriah lah ia. Bagi aku, aku dah biasa beraya seorang diri, jadi aku akan memeriahkan raya aku sendiri dengan apa cara sekali pon.

Untuk memeriahkan sambuatan Aidiladha aku pada tahun ini, aku dan sahabat telah merancang untuk menyediakan juadah hari raya bersama, di mana kami tak pernah melakukannya sebelum ini. Untuk itu, beberapa hari sebelum hari raya, aku dan sahabat telah keluar mencari dan membeli bahan-bahan mentah untuk menyediakan juadah kami. Alhamdulillah semuanya dapat dicari dan dibeli.

Menjelang Hari Lebaran (19 Julai 2021)

Sehari sebelum hari raya aku telah mengambil cuti tahunan. Sengaja aku mengambil cuti kerana tidak mahu 'Projek Juadah Raya' kami diganggu dengan urusan kerja. Potong mood nak raya je nanti. Kami memulakan 'Projek Juadah Raya' kami lebih kurang pukul 1.00 petang dan selesai lebih kurang pukul 6.00 petang. Dapat lah juga sahabat yang berpuasa hari itu berbuka puasa dengan juadah yang telah kami sediakan. 

Inilah juadah yang telah kami sediakan. 

Sambal Goreng - Resepi untuk Sambal Goreng ni aku perolehi 
dari ibu sahabat. Aku memang suka Sambal Goreng macam ni, ala-ala
Jawa gitu. Ini merupakan kali pertama aku memasak Sambal Goreng ni.
Alhamdulillah menjadi tetapi masih boleh ditambahbaik dari segi rasanya.
Walaupon renyah membuatnya, tapi puas hati memakannya.
InsyaAllah, untuk raya tahun depan boleh buat lagi.

Rendang Daging - Apalah maknanya Hari Raya tanpa Rendang kan.
Makanya kami buat jugak Rendang Daging. Rendang ni disediakan
oleh sahabat. Menggunakan pes Rendang sahaja sebenarnya. Kami menggunakan
Pes Rendang Cik Ain. Rasanya sebijik macam Rendang yang dibuat secara tradisional.
Kami sangat berpuas hati. Sesiapa yang berminat, boleh lah lawat IG Cik Ain.
(blog ini tidak ditaja oleh Cik Ain)

Masak Lodeh - Resepi Masak Lodeh ini pon diperolehi dari ibu sahabat.
Pertama kali juga aku mencuba memasak Masak Lodeh ni. Kerana terlalu
teruja nak masak, isinya pon agak meriah dari tempe, tauhu dan berbagai
jenis sayur-sayuran aku letak. 

Tragedi Masak Lodeh : Nampak cantikkan kejadiannya, tetapi apakan daya, 
kerana kekurangan ilmu memasak ni, Masak Lodeh aku menjadi kering kontang
umpama Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara gituh. Katanya terlalu banyak suhun
yang diletakkan, makanya suhun itu telah menyerap semua kuah yang ada. 
Memang betul pon, agak banyak juga suhun yang aku letakkan. Adohai...
Nasib baik rasanya ada, kita makan je lah dulu, nanti-nanti kita repair.

Bubur Pulut Hitam - Untuk manisan pencuci mulut aku telah 
menyediakan Bubur Pulut Hitam. Pertama kali juga aku cuba memasak
Bubur Pulut Hitam. Resepi aku dapatkan dari google, main klik-klik jer dan buat.
Dah siap baru perasan ikut resepi Che Nom rupenye. Patut la sedap.

Tragedi Bubur Pulut Hitam : Sebelum masak, aku meminta pendapat sahabat
berapa banyak nak masak. Beliau kata, buatlah semua, yang aku rasa adalah 
dalam 1/2 kilo pulut tu (ke sekilo? tak tengok plak). Rebuslah dalam
periuk kecil. Bila empuk, amik ko penuh satu periuk dibuatnya. Sahabat sorang lagi
tanya, apasal masak banyak sangat? Aku selalu buat dalam 1-2 pot jer. Amik ko...
Dah masak tu aku teruskan jer lah. Bila dah masak memang cantik dan sedap
kejadiannya. Tapi bila dah sejuk, jadilah macam Tragedi Masak Lodeh tu,
kuahnya mula mengering. Nak tak nak terpaksalah repair balik.

Sahabat juga ada membuat Kuah Kacang yang menggunakan pes Kuah Kacang. Tak ingak plak dia guna pes ape, lupe nak ambik gambar, next time aku amik. Hehehe.. Kuah Kacang itu pon sedap juga walaupon menggunakan pes sahaja.

Hari Raya AidilAdha (20 Julai 2021)

Memandangkan aku seorang sahaja di rumah, makanya aku terbangun lewat. Mungkin penat sangat memasak semalam kot. Masjid berdekatan tempat aku ni pon rasanya tiada Solat Sunat AidilAdha kerana persatuan penduduk kat sini pon macam takde bising-bising pasal Solat Sunat Hari Raya. So, aku pon husnuzon, takde semayang raya. 

Dalam pukul 10.00 lebih, sahabat-sahabat datang untuk menyambut AidilAdha bersama-sama. Sahabat tu orang sini juga, tak merentas daerah pon.

Ini sahaja juada Hari Raya kami. Puas hati sebab
masak sendiri makan sendiri. Tak banyak tapi jadilah
untuk membuat aku happy menyambut Hari Raya. Bukan 
ada tetamu boleh datang beraya pon kan.

Jemput makan semua. Ini cara aku suka makan
juadah raya. Makan dengan tangan. Meriah raya 
aku tahun ni. Alhamdulillah.

Dan seperti biasa, aktiviti utama Hari Raya dalam keadaan macam ni adalah makan, makan dan makan lagi. Sampai kembung perut. Habiskan semua makanan yang ada sebab esok ade projek lain pulah yang telah dirancang. Menjelang petang, MIL sahabat menghantar juadah raya pula. Dihantarnya melalui Grab Rice Give to Yani beserta lauk-lauknya dan juga laksam. Perghh... lama sudah tak makan laksam. Laksam ni merupakan salah satu makanan fevret aku. Huhuhu...

Laksam pemberian MIL. Terima kasih MIL. Nanti nak mintak
resepi lah, nak try buat pulak.

Begitulah sambuatan Hari Raya AidilAdha aku tahun ni. Meriahkan... hahaha

You Might Also Like

14 comments

  1. Tragedi Masak Lodeh?

    Macam tajuk lagu pulak! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tragedi Buah Epal Anita Sarawak atau Tragedi Oktober Awie?

      Delete
  2. Masa kecik2 selalu tolong arwah ibu kukus laksam atas tudung periuk pandai menari....hehehe...
    Skrg ni abe kie beli yg dah siap d pasar. Cuma buat kuah je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tahu laksam tu dibuat guna tudung periuk pandai menari. kalau nak buat sendiri, tudung periuk kat umah ni semua tak pandai menari.. susah la nak buat sendiri...

      Delete
  3. Seronok baca kisah orang bujang masak-masak di dapur. Di mana ada kemahuan di situ ada usaha kan Afeezz.
    Hasil masakan pun nampak sedap belaka. Sambal goreng dengan masak lodeh tu memang banyak jenis bahan nak guna, dan ambil masa juga untuk menyediakannya. Tabiklah Kak Amie untuk Afeezz yang rajin masuk dapur! Selamat hari raya aidil adha Afeezz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org bujang yang baru nak belajar memasak ni perlukan tunjuk ajar orang yang pakar macam kak amie..

      Delete
  4. Semangat inilah yang kita cari. Ye baiklah raya dimana mana kita kena raikan dengan meriah. Hebat tunjuk bakat masak memasak. Juadah raya pun meriah. favourite kuah lodeh tu. Alhamdulillah rezeki ada dapat makanan juga. Dapat makan apa yang dah lama tak makan.

    Apapun Selamat Hari Raya Aidiladha Afeezz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha Fiza. Tahun macam bersemangat nak masak sendiri untuk raya. Tu yang macam-macam masak. Kalau dapat beraya dengan famili dan rakan-rakan mesti lagi meriah, dapat jamu mereka dengan makanan yang kite masak.

      Delete
  5. Meriah juga makanannya.. Masak lodeh tu ramuannya kena banyak masa makan lagi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali nak memeriahkan raya sendiri, lagi pon tak bole nak kunjung mengunjung kan, terpaksalah masak sendiri makan sendiri. Lodeh tu saya masakkan bahan-bahan biasa jer, tauhu, tempe, kacang panjang, kobis, lobak, sayur fucuk dengan suhun.. itu pon dah kira banyak

      Delete
  6. Terbaik juadah di pagi raya... Walau tak boleh kunjung-mengunjung tapi juadah tetap kena meriah. Terubat juga rasa sayu di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak dapat kunjung mengunjung, kita kunjung mengunjung dan jamuan makan di rumah sendiri je lah

      Delete
  7. Replies
    1. kene la masak yang sedap-sedap, sebab semua tu mmg lauk fevret untuk raya

      Delete