979 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 34) - Makanan Jangan Dibazirkan

Kebelakangan ini sedih bila dengar ada di antara kita yang keputusan bekalan makanan, keputusan sumber kewangan dan sebagainya. Kempen kibar #benderaputih adalah salah satu langkah yang diambil bagi membolehkan masyarakat membantu mereka yang memerlukan di dalam keadaan dan masa yang terdesak ini. Alhamdulillah, sepanjang pandemik ini, aku masih punya makanan, aku masih punya sumber pendapatan. 

Oleh yang demikian, makanan yang ada, rezeki yang datang jangan kita bazirkan. Ingatlah pada mereka yang tiada.

Gambar hiasan


Beberapa minggu lepas adalah aku membeli sebuku roti. Tujuan utama hanyalah untuk buat sarapan pagi. Nak beli yang bersaiz kecil jenama Gardenia, dah habis pulak, terpaksalah beli yang bersaiz besar jenama yang tidak aku minati. Itu jer yang ada, nak ke kedai lain malas pulak time-time macam ni.

Setelah beberapa hari, roti itu hampir expired, masih adalah 3/4 lagi tidak bersentuh. Roti itu kalau sudah expired pon, kalau aku tengok masih tidak berlapuk dan berkulat, aku akan makan juga. Kepala berfikir apa aku boleh buat dengan roti itu kerana tidak mahu membazir.

Maka, sebagai ikhtiar pertama untuk menghabiskan roti itu, aku akan buat Cucur Roti. Seperti biasa resepinya aku dapatkan online, tak ingat plak dari sumber mana. Aku cume menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah sahaja - tepung, bawang, cili, telur dan kiub ayam. Maka jadilah Cucur Roti untuk sarapan pagi aku hari itu. Alhamdulillah.

Cucur Roti yang masih panas sedap dimakan 
dengan sos kegemaran anda. Kalau ada sambal kicap lagi sedap ni.

Keesokkann harinya, masih lagi terfikir nak buat apa dengan lebih roti yang masih berbaki tu. Akhirnya aku putuskan untuk buat Puding Roti sahaja. Resepinya banyak boleh dapatkan secara online. Tak ingat pulak aku gunakan yang mana satu. Guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja - telur, susu cair (bahan lain tak ingat plak) Malas nak keluar mencari bahan-bahan lain, Janji jadi Puding Roti itu. Jadilah sarapan pagi aku untuk 2-3 hari selepas itu. 

Puding Roti makan begitu saja. Malas nak buat sos
kastard nye. Makan macam tu pon sedap.

Baru keluar dari oven. Tabur sikit chocolate chip 
dengan almond. Sedap jugaklah jadinya.

Geledah-geledah gerobok kat dapur di suatu petang yang damai, terjumpa cornflakes yang dah expired beberapaa bulan lalu. Ditengok-tengok masih cantik dan tidak berkulat dan masih lagi rangup. Kepala terfikir-fikir nak buat apa dengan cornflakes itu, nak dibuang sayang dan tidak mahu membazir. Membazir kan amalan syaiton!! Nak buat Cornflakes Madu macam  dah biasa sangat. Makanya aku decided nak buat Crunchy Cornflakes Cookies jer lah. Bahan-bahan semua dah ada di rumah - tepung gandung, tepung jagung, gula, telur. Ditambah dengan Chocolate Chips ngan Almonds baki masa buat kuih raya dulu mesti lagi sedap. Maka jadilah Crunchy Cornflakes With Chocolate Chips and Almonds.

Crunchy Cornflakes Cookies with Chocolate Chips and Almonds. 
Kali kedua buat, memang layan bila makan sambil menonton tv seorang diri.
 

Geledah-geledah gerobok sekali lagi di suatu hari terjumpa plak 1/2 peket spegetti. Rasanya dah lama gila dah spegetti tu dalam gerobok tu, rasanya macam dah expired. Tapi bila dikaji-kaji keadaannya, nampak masih selamat untuk dimakan. Sel-sel otak terus berhubung. Nak wat spegetti goreng je lah. Bahan-bahan main campak-campak je lah, janji aku bole makan. Yang nak makan pon aku sorang jer. Akhirnya, jadilah Spegetti Goreng Bodo untuk makan pagi sampai ke malam hari itu. Janji sedap di tekak sendiri.

Menarik jugaklah kejadian Spegetti Goreng aku ni.
Makan dari pagi sampai malam.

Kene selongkar lagi gerobok kat dapur tu, cari lagi apa benda yang boleh di buat makan. Baru tau makanan banyak rupanya kat rumah ni, rajin tak rajin jer lah nak buat apa-apa. Tak elok membazir tau, Allah marah.

You Might Also Like

18 comments

  1. Bila time time macam ni kena jadi kreatif memasak. Sel sel otak berhubung dengan baik, function sangat bila diperlukan. Menarik betul puding roti tu ha..tahap kayangan tu ada chocolate chip dan almond. Walaupun tak ada sos kastard tetap kayangan pergi dia. Betul betul, kita nak makan kita masak sendiri tak ada hal nak makan selera sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon baru nak rajin memasak, masih perlu tgk2 resepi. Klu ade yg menarik, suka nak cube. Puding roti tu biase jer, bahan ade, campur je lah, janji sedap…

      Delete
  2. Selongkar2 masak.. oklah tu dpd x buat apa kn? Masa terisi perut pun terisi.. janji hepi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drp dibuang je baik kita makan. Jimat sikit belanja. Janji kenyang janji hepi… kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Hahaha… kecik jer, takde la besar mane bakat saya tu… itu yg jadi je saya tunjuk, yg x jadi takde la nak amik pic..

      Delete
  4. Cucur roti? Waa.. Kena google resepi ni.. Macam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak je versi cucur roti tu bole dpt kat google or youtube. Bole la cuba nanti…

      Delete
  5. woww spagheti goreng tuu nampak sedap. resepi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha… malu nak share resepi sebab resepi campak2 jer… janji sedap bole dimakan..

      Delete
  6. Boleh jadi idea utk menu saya ni. heheh nampak menarik. ada bahan dan kerajinan, semua menjadi. cookies tu nampak sedaaapp betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe… sy ni memasak klu rajin je.. klu malas order jer.. hahaha

      Delete
  7. Rajin Afeezz pelbagaikan resipi. Kak Amie pun kalau roti dah lepas tarikh luput, kalau masih elok Kak Amie makan. Kalau rajin, kakak panggang dalam air fryer bagi garing. Lagilah tahan lama dan tak berkulat. Boleh buat minum petang atau sarapan pagi,celup dengan Milo panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak tu kak buat roti kering, cicah kopi mesti sedap, utk minum2 ptg. Tp saya belasa makan pagi pon bole

      Delete
  8. mcm abe kie plak...segala lauk ayam, ikan n daging yg x abis tu abe ki tumbuk lumat2 sblom dibuat pergedil. bila buat pergedil gerenti abis dimkn oleh anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu idea yang menarik ni.. tak terfikir pon nak buat bergedil macam ni. next time kalau ade lauk berlebih, bole buat bergedil

      Delete