981 : Selamat Hari Raya Aidiladha 1442H/2021M (Episod 2) - Projek Juadah Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku masih lagi dalam mood raya, oleh itu aku nak cerita lagi pasal sambutan Hari Raya Aidiladha aku tempoh hari. 

Gambar Hiasan

Pada Hari Raya ke dua lepas, aku dan sahabat menjalankan satu lagi 'Projek Juadah Raya'. Sepatutnya projek ini telah dirancang untuk Hari Raya Pertama, tetapi memandangkan makanan masih banyak, kami tidak mahu membazir dan memutuskan untuk menjalankan projek tersebut pada Hari Raya ke dua sahaja. Untuk projek kali ini, kami telah mencuba untuk membuat Mee Rebus. Sekali lagi, resepi Mee Rebus ini kami dapat daripada ibu sahabat.

Tidak susah cara penyediannye dan Alhamdulillah menjadi Mee Rebus aku tu walaupon rasanya masih boleh ditambahbaik. Kata orang kalau tambah air rebusan daging bagi menggantikan air biasa adalah lebih sedap. Next time lah aku cuba dengan air rebusan daging.

Memandangkan hari itu aku WFH, maka aku curi-curi masa untuk memasak Mee Rebus ini. Nasib baik tidak berapa sibuk dengan tugas-tugas harian pada hari itu, mungkin ramai yang masih bercuti. Syukur la nak...

Mee Rebus sudah sedia dihidangkan untuk tetamu yang datang.
Selamat menjamu selera ye...

Maaf la ye. Hidang dengan kuali terus. Rumah bujang ni takde
mangkuk yang besar untuk kuah tu. Set pinggan mangkuk pon takde.
Hidang je lah dengan pinggan mangkuk yang ade.

Di sini aku nak sharekan resepi Mee Rebus itu kepada sesiapa yang berminat. Sharing is caring kan..

Bahan untuk kuah Mee Rebus

  1. 1/2 kg keledek kuning (direbus dan dikisar)
  2. 120g udang kering (dikisar - aku guna 100g sahaja sebab itu jer yang ada)
  3. 2 biji kentang (direbus dan dikisar - aku tak masukkan ubi kentang ni sebab stok dah abis masak sambal goreng dan lodeh semalam)
  4. 2 camca besar cili boh
  5. 2 labu bawang besar (dikisar)
  6. 3 ulas bawang putih (dikisar)
  7. 1/2 inci halia (dikisar)
  8. Garam secukup rasa
  9. Gula secukup rasa
  10. Air secukupnya
  11. Minyak untuk menumis

Cara penyediaan kuah Mee Rebus

  1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama  dengan cili boh sehingga garing
  2. Setelah garing, masukkan keledek dan kentang yang telah dikisar itu
  3. Masukkan air kemudian gula dan garam mengikut cita rasa masing-masing
  4. Kacau sehingga mendidih. Kepekatan kuah bergantung kepada cita rasa masing-masing
  5. Sedia untuk dihidangkan

Bahan-bahan lain

  1. Mee kuning (dicelur)
  2. Taugeh (dicelur)
  3. Daun bawang (dihiris halus)
  4. Daun sup (dihiris halus)
  5. Cili merah dan hijau (dihiris)
  6. Limau kasturi (dipotong dua)
  7. Tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
  8. Telur (direbus dan dipotong dua)
  9. Bawang goreng secukupnya.

Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan bersama ibu dan bapa mertua serta seisi keluarga.

Sedia untuk dimakan.

Jemput tengok ye semua. Bismillah...

You Might Also Like

22 comments

  1. Rajin memasak. Bagus bagus. Sedapnya mee rebus tu. Kuah pekat dan lengkap dengan accesoriesnya. Betul tu, letak kuah daging rebus lagi sedap rasa dia. Takpe, next time lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala masak, bukan selalu pon, untuk hari raya. Mee rebus ni kalau pekat kuahnya lagi sedap, dan aksesorinya kene lah lengkap, itu pon kurang lagi tu, sekalunya ade cucur kan, malas nak buat cucur tu, hehehe...

      Delete
  2. lama tak makan mee rebus..sejak-sejak pkp ni, tengok gambar pun senang tergoda..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee rebus ni kalau bukan time pkp pon memang susah nak jumpe, ape lagi yang sedap...

      Delete
  3. Replies
    1. sekali sekala je ni, selalunya malas... hahaha

      Delete
  4. Huh.. Samalah. Semalam baru makan me rebus..

    ReplyDelete
  5. boleh masuk list resepi yang ingin dicuba nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk jangan tak masuk, dah cube nanti bole la share yer...

      Delete
  6. nak belajar memasak dgn affeezz la... tunjuk ajarku sifu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, belum dapat tauliah lagi nak mengajar. saya pon tengok resepi..

      Delete
  7. Replies
    1. jemput makan rabia... sila-sila, jangan malu-malu... tambah lagi ye

      Delete
  8. Waaahhh... untung org bujang rajin dan pandai masak.. nampak sedap betul ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin tu tak sangat, selalunya malas..
      pandai tu belum berapa pandai lagi, banyak lagi kene belajar.. kalau rasa tu tau lah rasanya kurang, tapi tak tau ape yang kurangnye... garam kah? gula kah?

      Delete
  9. Tak bubuh kentang pun ok tu Afeezz. Keledek pun sudah jadi agen pemekat kuah. Kalau hidang mee rebus, memang Kak Amie suka bubuh banyak kuah bagi banjir satu mangkuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, ibu sahabat pon cakap macam tu. mee rebus ni kalau kuah banyak la sedap kan, kuah tu lah perasanya.

      Delete
  10. Gambar hiasan tu macam dah tahu-tahu je dia bakal PM.. Hehe

    ReplyDelete