978 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 33) : Pad Kra Pao Ayam

Soal makan masa musim-musim PKP-PKPD ni kadang kala menjadi satu isu yang rumit, terutama kepada orang yang hidup sebatang kara di kota raya yang penuh tipu daya ini. Kalau di pejabat, banyak saja pilihan di mana nak cari makan. Bosan dengan kantin-kantin di dalam, kita boleh keluar mencari kedai-kedai makan di luar, terutamanya area Pantai Dalam menjadi pilihan aku. Dah lama sangat PKP ni, makanya dah lama juga tak ke kedai-kedai tersebut. Rindu pulak rasanya.

Kalau bekerja dari rumah musim PKP ni, nak keluar mencari makan amatlah malas adanya walaupon banyak jer kedai-kedai makan yang buka di sini. Nak tak nak, terpaksalah order dari GrabFood atau Food Panda. Lama kelamaan, bosan jugak dengan makanan yang ditawarkan  di Grab dan Food Panda. Alternatif lain, masaklah sendiri. Jimat sedikit adanya daripada order online yang rata-ratanya mesti beharga antara RM15 ke RM25 sekali order untuk makan seorang. Kalau hari-hari macam ni, boleh bengkrap cepat aku adanya.

Beberapa hari lepas aku ada mencuba satu menu baru yang aku perolehi dari Youtube. Sebenarnya ini merupakan kali kedua aku mencuba resepi ini, pertama kalinya pada 27 Jun lepas dan yang terkini pada 8 Julai. Menu itu adalah Nasi Pad Kra Pao Ayam. Sedap juga aku masak Nasi Pad Pra Pao Ayam ni, itu yang sampai dua kali aku memasaknya. 

Resepi ini aku dapat dari Youtube seorang Youtuber masakan terkenal di Malaysia iaitu Che Nom. Tapi aku dah simplified sedikit menunya sebab ada beberapa bahan yang aku tak ada. Jadi rasanya mungkin agak berbeza, tapi sedap lah bagi tekak aku. Pernah juga rasa Pad Kra Pao Ayam ni di sebuah restoran berhampiran kawasan perumahan aku ni, tapi masakannya agak masin bagi tekak aku. Kepada yang berminat untuk mencuba resepi ini, bolehlah ke Youtube Che Nom (klik sini)

Seperti biasa, Pad Kra Pao akan dimakan bersama nasi putih 
dan telur goreng. Jemput makan semua. Bismillah...

Untuk resepi aku ni, aku tidak memasukkan Kicap Cair dan Kicap Pekat sebab aku tak ada, makanya aku letakkan Kicap Lemak Manis sahaja. Sos Ikan pon aku tak ada so aku letaklah sedikit garam sebagai perasa. 

You Might Also Like

22 comments

  1. Ringkas tapi sedap kan? Bahan2 pun mudah didapati n murah. Lalu ke makan sorang sokmo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah biasa bang makan sorang-sorang.. makan dengan bercucuran air mata.. hahahah

      Delete
  2. Telur mata memang wajib tu. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malas sangat nak masak, makan nasi panas ngan telur mata pon sedap, ditambah dengan kicap

      Delete
  3. Saya tak pernah cuba lago makanan sebegini.. Nampak macam sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah cuba kat satu kedai jer, tak tau lah rasa dia macam mana sebenarnya..

      Delete
  4. Adoi... rindula la nak makan kat kedai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... ntah bila la bole lepak mamak lagi..

      Delete
  5. Tak daya juga nak membeli hari hari kan. memasak lah cara yang jimat ikut selera kita. Suka juga tengok youtube Che Nom tu. Senang nak ikut resipinya. Pad Kra Pao Ayam ni tak pernah makan lagi. Boleh cuba gak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa order makanan tu lagi mahal harganya drp beli sendiri kat kedai. Saya kalau tak tau nak masak ape.. selalu gak tgk youtube che nom tu. banyak resepi menarik

      Delete
    2. Betul tu, banyak pulak chargenya kan. Sesekali boleh lagilah nak melayan. masak sendiri memang banyak jimatnya.

      Delete
    3. Saya pernah check, klu beli sendiri di kedai dalam rm12 harganya, beli online jadi rm14 x termasuk delivery charge. Ni dah habis pkpd ni bole la pegi beli sendiri di kedai

      Delete
  6. masa PKP nih... mcm2 idea...macam2 resepi yang baru di cipta....
    PKP membuatkan orang lebih kreatif berfikir huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pkp ni lah yg tak pandai masak dan yg tak pernah masak nak cube memasak… sebab tu macam2 resepi baru keluar… apa2 pon ini sesuatu yg baek…

      Delete
  7. Sedapnyaa rabia tak pernah masak lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga lah bagi saya walaupon x cukup bahan2nye

      Delete
  8. Cantiklah kejadian Pad Kra Pow ini. Tak sempat merasa menu ini walaupun sudah 2 kali ke Thailand. Tapi pernah makan di Brunei, di restoran Thai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kesah lah cantik ke tak, janji bole makan.. hehehe.. ay pon 2-3 dah pi siam, tp x pernah rasa org siam yg masak

      Delete
  9. Bosan jugak asik order grab baik main masak2 puas hati.. sesambil cuba resepi yg kita x penah try kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu bukak grab ke foodpanda ke asik yg sama je keluar smpi x tau nak makan ape. Itu lah yg terpaksa rajinkan diri memasak

      Delete
  10. xpenah try lagi respi nii. kene try sekali nt ..

    ReplyDelete