965 : Projek Kuih Raya 2021

Assalamualaikum dan salam 26 Ramadhan. Semoga puasa dan semua amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima dah dikurniakan rahmat yang berlipat ganda oleh Allah swt. 

Gambar Hiasan


Tahun ini merupakan tahun ke empat aku dah sahabat mengusahakan projek kuih raya sendiri. Bermula dari tahun 2017 sehingga ke tahun 2020 aku dah sahabat membuat kuih raya sendiri. Hasilnya dikongsi bersama. Tahun ini juga kami tidak ketinggalan untuk menjayakan Projek Kuih Raya 2021. Projek ini telah dimulakan pada 29 April sehingga 2 Mei 2021 yang lepas. Bahan-bahan semua telah kami beli minggu lepas.

Pada 29 April sempena cuti Nuzul Al-Quran, kami telah memulakan projek kami yang pertama iaitu Projek Sarang Semut. Kuih tradisional Biskut Sarang Semut ini pertama kali aku cuba membuatnya pada tahun lepas. Memandangkan mendapat sambutan yang hangat, makanya pada tahun ini, projek pertama adalah Projek Sarang Semut. Aku juga turut untuk mengambil order dari rakan-rakan sahabat handai dan teman kalau-kalau ada yang berminat. Alhamdulillah, ada juga yang berminat. Makanya pada hari Khamis itu, aku dah sahabat membanting tulang untuk menyiapkan order yang diterima. Alhamdulillah, dapat disiapkan. Untuk diri sendiri jer yang tak buat lagi.

Biskut Sarang Semut

Keesokan harinya aku memulakan projek yang kedua iaitu Projek Coklat. Sengaja aku mengambil Cuti Rehat pada hari ini semata-mata untuk projek ini. Kuih raya yang telah disiapkan pada hari itu adalah Chocolate Chips and Almonds Cookies. Aku telah membuat sebanyak dua adunan yang aku sangkakan pada mulanya satu adunan tidak mencukupi. Tengok-tengok dua adunan sangatlah banyak, sampai malam aku mengentel dibuatnya. Lagi pon aku memulakan projek selepas Solat Jumaat secara solo. Sempat juga berhenti sekejap untuk keluar membeli juadah berbuka puasa.

Chocolate Chips and Almonds Cookies. Bentuknya
macam tak cantik jer. Leper sangat. Nasib baik sedap

Keesokan harinya, hari Sabtu kami memulakan projek seterusnya iaitu Projek Madu. Kali ini kami telah menyediakan Crunchy Honey Cornflakes with Cherries and Almonds a.k.a Cornflakes Madu. Saje jer bagi nama omputeh biar nampak canggih sikit. Kami telah menggunakan sebanyak 600 grams cornflakes. Hasilnya dapatlah sorang sebalang besar lebih sikit.

Crunchy Cornflakes with Cherries and Almonds. Kuih raya
fevret, dah empat tahun berturut-turut buat biskut ni.

Projek seterusnya adalah Projek Badam dan biskut raya seterusnya Biskut Badam. Ada dapat resepi biskut ini di internet. Biskut ini selalu dibuat oleh arwah ibu aku setiap kali raya. Tapi masa tu aku jadi pengacau jer, tak membantu pon. Bila ibu pergi, resepinya pon turut pergi bersamanya. Tak sempat nak berguru. Walau bagaimanapun, semalam aku berjaya membuat biskut ini dan rasanya sebijik macam yang ibu pernah buat dulu. Tibe-tibe rasa sedih plak.

Almonds Cookies sebelum dibakar

Almonds Cookies fresh from the oven. Makan biskut ni 
teringat biskut yang dibuat oleh arwah ibu masa kecik-kecik dulu

InsyaAllah, kalau takde aral melintang di mana-mana, hujung minggu ni ada lagi projek yang akan dilakukan dan masih ada order untuk dipenuhi. Masih ada yang berminat nampaknye. Alhamdulillah, rezeki. Walaupon aku ni sebatang kara dan kita berhari raya dalam PKP dan SOP bagai, tapi aku tetap bersemangat untuk menyambut 1 Syawal. 

Sesiapa yang kata raya sorang tu tak best adalah penipu sahaja, kita yang menjadikan dia best atau tidak. Kalau kita rasa dia tak best maka tak best lah dia bagi ko. Kalau kita rasa best maka hatta berhari raya di planet Neptune juga akan menjadi best.


You Might Also Like

30 comments

  1. Ini dah kira Industri besar2an!

    ReplyDelete
    Replies
    1. industri untuk makan sendiri2 jer uncle. baru nak cube2 amik order wat kuih raya tu...

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe... buat sendiri untuk makan sendiri jer...

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Isteri saya pun ada buat 3,4 jenis. Berkotak2 juga laku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat yang saya suke makan jer. selalunya kalau beli tu kadang2 nampak cantik tapi tak memenuhi citarasa. lebih baek buat sendiri

      Delete
  4. Rajinnya Afeezz buat kuih raya. Sebak rasa bila Afeezz terkenang arwah ibu. Moga rohnya tenang di sana bersama hamba-Nya yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sekadar suke2 jer kak. terima kasih kak, semoga roh ibu tenang di sana...

      Delete
  5. Semoga biz biskut raya thn ni lagi maju.

    ReplyDelete
  6. Afeezz, Kak Amie datang bawa berita.
    Tolong emelkan nama penuh, nombor akaun, dan nombor telefon ke salamiez@gmail.com
    Kak Amie nak bagi duit raya.
    https://salamisimon1.blogspot.com/2021/05/duit-raya-untuk-pengomen-bertuah-bulan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... InsyaAllah kak, nanti saya emelkan. rezeki jangan ditolak... huhu

      Delete
    2. Assalamualaikum Afeezz,
      Duit raya dah transfer ke akaun Afeezz ye. Selamat hari raya.

      Delete
    3. Terima kasih kak… selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin pd kak amie sekeluarga

      Delete
  7. betul kan, kita sendiri yg nak happy kan diri kita, kalau tau mmg kena raya sorg.. kita kena la cari keceriaan tu utk happykan diri kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tak perlulah nak komplen bagai, itu tak best ini tak best kan...

      Delete
    2. tak letih ka complain eh ? hahah

      Delete
    3. hahaha.. betul gak tu, tak letih ke semua nak komplen

      Delete
  8. Alhamdulillah. Seronoknya tengok orang berbakat buat kuih raya ni. Lepas ni boleh buat bisnes kuih raya.
    Semoga bertambah tambah lagi rezeki Afeezz.. Aaminn...
    Suka dengan positive vibes. Raya yang perlu diraikan dengan gembira :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak berjinak-jinak kak buat kuih raya ni, insyaAllah kalau ade rezeki bole la buat bisnes.. hehehe..

      Delete
    2. mula kecil kecilan dulu. InshaAllah nanti besar-besaran pulak :)

      Delete
  9. amboihhh meriahnyaaa projek kuih raya dia :)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Selamat hari raya, maaf zahir dam batin pd cikgu sekeluarga

      Delete
  11. Assalamualaikum afeez.. wah, rajin betul buat kuih raya ni.. seronok! Salam lebaran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. untuk makan sendiri je.. memeriahkan hari raya sendiri. Salam lebaran wat puan sekeluarga

      Delete
  12. pergghhhh cantik kejadian kuih2nyaaa.. kalau saya buat ahah hancursss..
    memang xdak bakat. tau makan ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... alhamdulillah menjadi semua kuih2 saya, sayang nye tak boleh nak raya pulak. terpaksalah habiskan sorang-sorang

      Delete