966 : Berlalulah Sudah Ramadhan, Sebulan Tak Puasa

"Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan tak puasa
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semua tak pulang ke desa
Ibu dan ayah kesedihan, menangis tak terkira"

Gambar hiasan


Setiap kali tibanya Syawal aku akan bersemangat dan rasa sangat teruja. Aku buat kuih raya, aku buat kek raya. Aku beli baju baru untuk Hari Raya. Aku kemas rumah supaya bersih dan cantik. Walaupon aku tahu, tiada siapa yang akan menyambut hari raya bersama aku.

Kepada mereka yang mengeluh tidak dapat menyambut hari raya bersama keluarga di kampung, setidak-tidaknya kalian masih ada seseorang untuk menyambut hari raya bersama kalian. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin



You Might Also Like

18 comments

  1. Kenapa sebulan tak berpuasa?

    Pohon pandan tumbuh melata,
    pohon serai hidup merumpun;
    jari disusun maaf dipinta,
    silap dan salah moga diampun.

    Selamat hari raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha… itu lagu jenaka je. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada tuan sekeluarga

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada uncle sekeluarga

      Delete
  3. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada Afeezz sekeluarga.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya buat abe kie sekeluarga. maaf zahir dan batin

      Delete
  4. salam aidilfitri maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri dan maaf zahir batin untuk wak sekeluarga...

      Delete
  5. Replies
    1. selamat hari raya atie, maaf zahir dan batin

      Delete
  6. selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri, maaf zahir dan batin buat kak shaz sekeluarga

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Afeezz. Maaf jika ada salah dan silap ye.
    Alhamdulillah. Semangat meraikan raya buat kuih, buat kek, kemas rumah tu memang best. Terasa feel nak sambut raya tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri Fiza, maaf zahir dan batin.. semua tu sekadar menghibur hati sambut raya sorang diri.. hehehe

      Delete
    2. Bagus tu ada aktiviti dan menghiburkan hati. Jangan bersedih. kita bersyukur dan happy :)

      Delete
    3. hehehe.. kan, buat ape nak sedih2

      Delete
  8. kejap je pejam celik haaa 30 hari da berlalu puasa..
    selamat hari raya aidilfitri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ramadhan tahun ni mcm tak terasa, tiba-tiba dah nak raya dah...
      selamat hari raya aidilfitri buat siti sekeluarga, maaf zahir dan batin.

      Delete