963 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 32) : Bingka Pandan
Assalamualaikum dan salam 20 Ramadhan kepada semua. Semoga kita semua dilimpahkan kesihatan yang baik agar dapat terus menjalani ibadah puasa dengan sempurna, InsyaAllah. Amat sekejap terasa, sudah masuk kita ke hari ke 20 Ramadhan.
Hujung minggu beberapa minggu yang lepas aku berpeluang untuk mencuba satu resepi baru yang aku jumpa di FB tetapi menggunakan resepi yang aku dapat di IG. Actually bukan resepi baru pon, cuma kuih tradisional yang baru jer aku cuba iaitu Bingka Pandan. Sebelum ni aku pernah mencuba Bingka Ubi dan juga Bingka Jagung.
Hari Jumaat itu aku mengambil Cuti Tahunan. Saja jer nak bercuti rehat, lagipon tiada tugas-tugas penting yang perlu dilangsaikan segera di kantor. Pulang dari solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran, aku singgah di sebuah kedai runcit Acheh, kononnya nak beli daun pandan dan santan. Malangnya tutup pulak kedai tu, mungkin pekedainya pergi solat jumaat kot. Takpelah, aku datang kemudian. Usai solat Jumaat tadi ada terpandang pokok-pokok pandan di masjid, tapi segan pulak nak merembatnya, bukannya ape, kawasan masjidkan, berdosa nanti, dah la aku puasa hari tu. Nak taknak, pukul 3.00 petang, aku ke kedai Acheh sekali lagi. Nasib baik dah di buka. Ntah berapa la dia caj untuk 5 helai daun pandan yang aku ambil tu.
Di sini aku nak share resepi mudah Bingka Pandan atau Bengkang Pandan yang aku dapat dari IG resepiibu.my
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan
1 kotak kecil santan Kara (apa-apa brand pon bole sebenarnye)
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar marjerin (yang ni aku tak pasti kene masukkan dalam aduan atau untuk dioles di loyang)
Sedikit pewarna hijau
Cara-cara
Blendkan semua bahan-bahan di atas kecuali kulit telur dan kotak santan.
Panaskan loyang dan sapu sedikit margerin atau minyak (ermm... kene panaskan loyang dulu ke? Aku tak baca pon step ni. Aku terus jer masukkan adunan dan terus bakar)
Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak. Gunakan api atas dan bawah.
Apabila telah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong. Boleh lah makan semasa berbuka puasa nanti.
Alhamdulillah, sukses. Rasanya sedap dan tidak begitu manis. Semerbak bau pandan satu rumah.
Seperti biasa, bila aku mencuba resepi-resepi ni, aku akan postkan gambar di FB dan IG aku. Tiba-tiba ada seorang kawan nak order plak. Nak tak nak terpaksalah aku buatkan untuk beliau pada minggu berikutnya. Alhamdulillah, menepati citarasa pembeli itu. Aku juga ada lebih dan berikan kepada jiran. Alhamdulillah, jiran juga memberi komen yang baik.
16 comments
ingtkan jiran berikan anak dara yg baik.. hehehe wak gurau2 je 😅
ReplyDeletehahaha... huntong la klu dpt jiran mcm tu. hari2 saya akan hantar kuih ke rumahnye
DeleteBingka pandan macam sama saja dengan kuih bakar..
ReplyDeletesama je kot. tp kuih bakar selalunya org buat guna acuannya dan di bakar atas api. yg ni pakai oven jer... mungkin tu bezanya... wallahulam...
DeleteAlhamdulillah. Yang penting rajin mencuba, in shaa Allah menjadi. Takpe buka sorang-sorang, jangan sedih. Anak bujang Kak Amie di Perak pun masak sendiri, buka sendiri.
ReplyDeleteklu ada yang best dan senang mmg sy suke cuba, ada kalanya tak menjadi jugak.
Deletehehehe.. tak sedih lah kak, dah biasa dah sejak2 mak dah takde..
Sedap kuih tradisional berasaskan pandan. Suka bau pandan tu. Rajin ye buat bingka pandan. Elok kejadiannya pun. Okay sangat tu tak manis sangat. Alhamdulillah ada yang nak order dan rezeki dikongsi bersama jiran-jiran :)
ReplyDeletesuke buat sebab senang dan selalunya bingka ni sedap..
DeleteNampak sedap sangat tu
ReplyDeleteMrs. A suka jugak bingka pandan huhuhuhu...
klu umah dekat bole saya bagi sepotong pada Mrs. A
DeleteBetul lah! Bau pandan sampai ke rumah uncle!
ReplyDeleteUish… ye ke. Power betul pandan tu…
Deletehalah halah... x dpt merentas negeri lah ni kn? tp kejadian kek tu mmg terbaik la
ReplyDeleteHehehe… alhamdulillah menjadi. Klu tak takde la nak post kat sini
Deletehuaaaa, nampak sedap dan hijauuuuu ! i love it
ReplyDeletewarna hijau tu tambah sedikit pewarna makanan... tu yg cantik warna hijau nyer
Delete