968 : Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H/2021M - Tujuh Hari Di Bulan Syawal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik, pejam celik, pejam dan celik kembali, kita sudah memasuki hari ke 7 di bulan Syawal. Masih belum terlewat rasanya kalau saya mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog saya yang hidup segan mati tak mahu ni. Mohon maaf lahir dan batin. Ada yang dah start puasa enam untuk tahun ni ke? Atau ada yang masih menjalankan amalan kunjung-mengunjung sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga? Silalah jaga SOP masing-masing. Kalau kene saman tu sila tanggung sendiri la ye. 

Gambar hiasan


Malas rasanya nak cerita pasal raya tahun ni sebab rasanya semua orang pon tahu kenapa. Dua tahun dah kita tidak dibenarkan menyambut hari raya dengan riang dan gumbira. Sekurang-kurangnya tahun lepas dapatlah juga kunjung mengunjung walaupon sehari. Tahun ini langsung tidak dibenarkan. Dah la tak boleh, ade ke patut mereka suruh kita menziarahi rumah sendiri sahaja. Tak tahu lah aku nak gelak ke nak nangis.

Walau bagaimanapun, persiapan aku untuk menyambut Syawal boleh dikatakan hebat juga. Aku telah berjaya menyediakan 5 jenis kuih raya iaitu Biskut Sarang Semut, Biskut Cornflakes Madu, Biskut Chocolate Chips, Biskut Badam dan yang terakhir Kuih Gunting. Aku juga sempat membeli sejenis kuih lain iaitu Maruku. 

Kuih-kuih raya yang aku buat sedia telah dimasukkan ke dalam balang


Menjelang 1 Syawal (Rabu)

Sehari sebelum Hari Raya, aku telah memohon Cuti Tahunan. Pada hari cuti itu aku telah menyediakan 2 jenis kek iaitu Kek Buah dan Kek Chocolate Chips. Walau bagaimanapun, kedua-dua kek aku tu tak berapa nak cantik kejadiannya walaupon rasanya sedap. Ingatkan nak buat Agar-Agar Santan Gula Merah juga, tapi tak berkesempatan pulak (malas sebenarnya).

Kek Buah dan Kek chocolate Chips yang berjaya aku buat,
walau pon kejadiannya tak berapa nak cantik

Petang itu, aku telah ke rumah kakak yang terletak hanya sebatang rokok dari rumah aku. Tidak juga merentas daerah mahupon negeri, tetapi aku tetap berhati-hati dan menggunakan applikasi waze kot-kot ade sekatan jalan raya di hari raya ni. Alhamdulillah, takde. Sampai di rumah kakak, kakak telah siap menyediakan juadah untuk hari raya - Nasi Impit, Rendang Ayam dan Lemang segera. Aku juga datang bukan dengan tangan kosong. Sahabat ada bekalkan aku dengan Nasi Impit, Kuah Lodeh, Sambal Goreng Jawa, Kuah Kacang dan Ayam Masak Merah. Aku bawa semuanya ke rumah kakak memandangkan kalau aku makan sorang pon tak abis nanti. Buat pertama kalinya di bulan Ramadhan tahun ini aku berbuka bersama keluarga. Pada malam itu, kami 4 beradik telah mengadakan video call sempena tidak dapat beraya bersama. Cuma abang sulung yang berada di Johor tak dapat join video call kami kali ni.

1 Syawal (Khamis)

Aku bangkit lewat pagi ini memandangkan aku tidak mendapat tempat untuk bersolat Sunat Aidilfitri di masjid berhampiran. Masjid punyalah besar tetapi cuma 50 jemaah sahaja dibenarkan untuk bersolat Sunat Aidilfitri. Takpelah, InsyaAllah nanti dapatlah solat Sunat Aidiladha.

Sarapan aku di pagi raya - Nasi Impit, Kuah Lodeh 
Sambal Goreng Jawa dan Ayam Masak Merah. Menu semalam.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari aku ke rumah kakak lagi. Cuma aku dah keluarga kakak sahaja yang menyambul Aidilfitri kali ini nampaknya. Aktiviti utama di Aidilfitri tahun ini hanyalah makan dan layan drama di Youtube sampai malam. 

Juadah Hari Raya yang disediakan oleh kakak - Nasi Impit, Kuah Lodeh,
Rendang Ayam, Ayam Masak Kurma dan Kuah Kacang. Ada juga kuih-kuih 
raya dan birthday cake - Terima kasih kakak kerana sediakan semua 
juadah ini, love you sis..


2 Syawal (Jumaat)

Sahabat berkunjung ke rumah aku. Sahabat tidak merentas daerah pon, kami ni dalam kejiranan yang sama, rumah sebumbung. Aktiviti hari ni, main games sampai lebam.

Makan tengahari aku di Syawal ke dua.
Sahabat datang rumah bawa Soto Ayam.
Terima  kasih kepada sahabat

Rezeki lagi di Syawal ke dua. Seorang teman
menghulurkan juadah untuk makan malam.
Nasi Ayam. Terima kasih teman yang memberi


3 Syawal (Sabtu)

Aku rasa sambutan hari raya aku tamat di sini sahaja. 

Hari Isnin aku dah start puasa enam. Wish me luck untuk berpuasa selama enam hari di bulan Syawal secara berturut-turut. Ahad depan, kita raya semula. InsyaAllah.

Aidilfitri 2021 Family Portrait

You Might Also Like

24 comments

  1. Replies
    1. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

      Delete
  2. Walaupun suasana raya sepi, tapi banyak rezeki datang. Rajin Afeezz buat kuih raya. Tahun depan boleh buat lagi.
    Selamat berpuasa 6. Kak Amie start raya ke-4, selepas 3 hari berhari raya. In shaa Allah Jumaat ini cukuplah 6 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masuk hari ni dah masuk hari ke empat, insyaAllah, Sabtu nanti cukuplah enam hari. Ahad bole raya.. hehehe

      Delete
  3. kuih raya tersusun rapi dalam balang... orang berseni ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susun kuih dalam balang jer, ape yang seninya uncle... biasa jer tu

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir n batin...

    P.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
    http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari rya aidilfiti kepada abe kie sekeluarga, maaf zahir dan batin

      InsyaAllah, saya akan join GA abe kie tu nanti... make sure saya terpilih sebagai pemenang ye.. hahahah

      Delete
  5. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    Mohon singgah juga di blog saya jika berkelapangan :)

    sharifuddinlennon.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri saudara Sharifuddin Lennon, maaf zahir dan batin. terima kasih kerana sudi singgah di sini..

      Delete
  6. meriah juga raya.. Alhamdulillah :) bestnyaa tgk makanan yg ada and betul..SOP kena jgaaaa... itu forever :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah bila la bole raya dengan aman dan damai tanpa SOP kan...

      Delete
  7. selamat hari raya :) meriah jugak tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. time2 pkp ni kene lah meriahkan diri sendiri

      Delete
  8. Selamat hari raya Afeezz. Banyak juga kuih raya Afeezz buat tu, dengan kek lagi. memang salutelah! Alhamdulillah syukur dapat meraikan dengan keluarga yang duduk dekat. Saya pun belum habis puasa 6 berbaki 4 hari lagi :) Lontong & soto tu my fav. Tak dapat lagi makan raya ni. Kena rajin buat sendiri nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidilfitri fiza, maaf zahir dan batin. buah kuih dan kek tu sekadar untuk makan sendiri jer..

      Delete
  9. Kita boleh je sambut dgn meriah..walau dgn norma baharu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer sebab kita yg menjadikan dia meriah atau tidak, tp SOP tetap kene jaga..

      Delete
  10. Replies
    1. salam aidilfitri sis, maaf zahir dan batin

      Delete
  11. selamat hari raya afeez... walaupun raya pkp byk kuihnya tu.. menu pun sedap² je tiap hari.. hehehehe... raya tetap raya kan? kena gembirakan diri sendiri jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidilfitri kak mim, maaf zahir dan batin. betul tu raya tetap raya, yang penting kita happi walau apa jua keadaannya

      Delete
  12. Salam syawal n salam ukhwah... Byak kuih raya... umh akak xde kuih raya.... ni br teringin nak makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri kak shiela, maaf zahir dan batin. tak banyak mane pon sy buat kuih tu, cukup2 utk makan sendiri jer..

      Delete