Posting No. 127 : Dari KL ke KB ke CH ke KL dan ke KL Semula
Seperti yang telah dimaklumkan di dalam entry sebelum ini, saya telah bercuti di Kelantan pada 24 hingga 27 Julai 2009. Buat pertama kalinya saya telah menaiki penerbangan domestik. Sekejap jer dah sampai, 50 minit jer dari KL ke KB. Tak dan nak boring2 dalam flight. Flight semua on schedule, takde delay. Aku bertolak dari KL lebih kurang 6.30 petang dan sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu lebih kurang pukul 7.30 malam. Member aku awal2 lagi dah tunggu kat sane, aku masih kat KLIA, dia dah call dia kata dia dah tunggu aku di Kota Bharu.
Malaysia Airlines flight 1402 approching runway at
Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu
Memula kawan aku ni telah bawak aku makan malam di sebuah gerai, nama gerai tu Mee Kampung Pek. Dia kata agak glemer gak lah gerai tu kat area tersebut. Menu kami pada malam itu adalah Mee Kuah, yang pada pandangan dan rasa aku macam Mee Bandung jer. Dimaklumkan pada aku, org Klate panggil mee tu mee kuah. Boleh tahan jugak mee kuah tu, walaupon kuah dia tak sepekat mee bandung laen yang pernah aku makan.
Aku tiba di destinasi aku kira2 dalam pukul 10 malam, tak igt plak apa nama kampung kawan aku ni, dan aku pon tak le pulak nak bertanya (ape ler aku ni.. ). Memang ke dalam giler, bagi aku, itu boleh dikelaskan sebagai dalam hutan, walau pon rumah nyer agak moden. Malam tu, kami just berbual kosong sampai tak sedar jam dah hampir pukul 2 pagi.
25 Julai 2009
Betul kata kawan aku madeyz, orang Klate sarapan pagi makan nasi, so pagi tu aku bersarapan nasi berlaukkan ayam goreng dan kari. Makan je lah, sebab itu jer yang ada, takkan aku nak demand nasi lemak plak. Pagi tu aku meneman kawan aku ni pergi tukar tayar kereta dia. Dah botak giler, berani dia bawak kete dia tu balik kampung dengan tayar botak macam tu. Then kami ngan aweks kawan aku tu pi makan kat satu kedai, kedai makan Nasi Ulam. Tak igtlah pulak nama kedai tu, tp dekat ngan pintu gerbang dalam gambar entry aku sebelum ni. Mmg femes kedai ni, ramai pelanggan yang dtg masa kami makan kat sane. Ni adalah antara lauk pauk yang telah kami ambil tengahari itu.
(1) Ikan Patin masak aper tah (2) Budu
(3) Ulam-ulaman (4) Licin semuanya
(5) Permandangan selepas makan (6) Aku dan Wazi
Baru aku tau nasi ulam tu macam mana. Dia nasi biasa jer, tapi dimakan dengan pelbagai jenis ulam-ulaman seperti pucuk ubi, pucuk paku, daun ketereh, timun dan pelbagai jenis daun lagi, di mana aku tidaklah makan sangat daun2 itu.
Kemudian, kawan aku ni telah membawa aku ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Panas giler petang tu, berpeluh giler aku. Rasanya macam dah kurus jer. Tak buat aper pon kat sini, just aku ade beli 2 helai baju batik yang sangatlah murah berbanding dengan kat KL saner.
Permandangan di sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Kami sampai rumah lebih kurang pukul 8.00 malam. Lepas Isya' kami keluar semula. Tujuan utama nak ke Wakaf Che Yeh. Sebelum tu kami telah pergi sekali lagi ke gerai Mee Kampung Pek untuk dinner. Kami telah order Mee Goreng Basah untuk dinner kami malam ni. Aku pelik sebab kedai ni dia hidang pakai satu pinggan besar dan customer kene cedok sendiri masuk pinggan masing2. Kawan aku ni bagitau, ni mmg style kedai ni. Klu order bende yang sama, dia akan letak dalam pinggan yang besar, pastu pandai2 lah cedok sendiri.
After dinner tu dalam lebih kurang pukul 10.00 malam, kami pegi ke Wakaf Che Yeh. Aku tak beli aper pon, tetapi membeli untuk orang laen. Ade ke kirim ngan aku tudung bawal, aku ni ikan bawal pon tak kenal yg maner satu, inikan pulak tudung yang dipakai si ikan bawal tu. Kawan aku ni pon lebih kurang aku gak, tak tau ape2 pasal tudung bawal ni. Lepas survey2 ape yg patut berpandukan papan2 tanda yg ada, kami berjaya mendapatkan 8 helai tudung bawal di sebuah kedai, 6 untuk aku dan 2 lagi kawan aku punye. Kami sampai rumah dalam pukul 1 pagi, dan terus tido.
26 Julai 2009
Pagi ni kami sarapan nasi, kari ayam, telur masin dan ikan goreng. Sungguh tidak boleh lagi tekak aku menerima sarapan seberat ni. Digagahkan jugak habiskan nasi dalam pinggan aku tuh, tp tak berjaya gak. Terpaksa mintak maap ngan mak kawan aku tuh.. takut dia kecik ati plak kan..
Pagi ni kawan aku membawa ku pi mandi sungai kat satu tempat yang dinamakan Jeram Mengaji, dalam 15 minit naik motor dari rumah kawan aku ni. Kenapa nama dia Jeram Mengaji? Kawan aku cakap, tempat tu menjadi lokasi budak2 kampung ponteng sekolah, so tempat tu dah jadi macam sekolah buat mereka, sebab tu le name tempat tu Jeram Mengaji. Tak tau le betul ke atau kawan aku ni kelentong jer Tapi masa kami di sana, mmg ade budak2 yang ponteng sekolah, lepak kat kawasan tu. Anyway, jeram ni kecik jer, air terjun dia kat bahagian atas, kami mandi di bawah jer. Pergh... sejuk... smpi kecut tel*r. Hahah...
Permandangan Jeram Mengaji
pergh... sejuk!! sejuk!!..
Aku ngan Wazi, atas motor dalam perjalanan balik lepas mandi kat jeram
Permandangan sepanjang perjalanan ke Jeram Mengaji
Dalam pukul 1.00 petang kami berangkat pulang. Kami meninggalkan kampung kawan aku tu dan menuju ke Cameron Highland. Actually kawan aku ni bekerja di Cameron Highland, jadi cikgu kat sekolah orang asli. Mengikutkan perancangan awal, hari Isnin aku akan naik bas balik ke KL, tapi memandangkan kawan aku ni kene attend mesyuarat pada hari isnin kat Kuala Lipis, dia akan bawak aku pergi Kuala Lipis dan kami akan terus balik ke KL lepas dia habis mesyuarat tuh.
Kami sampai di Cameron Highland lebih kurang pukul 6.00 petang. Sempat jugaklah kawan aku ni bawak aku pusing2 Cameron. Malam plak kami dinner kat sebuah kedai makan di Habu, then pergi berjumpa dengan beberapa orang kawan kepada kawan aku ni. Dalam pukul 1.oo pagi gak kiteorg smpi kat umah.
Permandangan ladang teh di Cameron Highland
27 Julai 2009
Seawal 4.45 pagi kawan aku tu dah gerak aku. Kiteorg kene pergi ke Kuala Lipis sebab kawan aku tu kene menghadiri mesyuarat. Kami keluar dari Cameron Highland dalam pukul 5.15 pagi menuju ke Gua Musang dan akan terus ke Kuala Lipis. Kami tiba di Kuala Lipis betul2 pukul 9.00 pagi. Jauh gak Kuala Lipis ni dr Gua Musang, aku igtkan dekat jer.
Dalam pukul 12.00 tengahari, kawan aku tu habis meeting dan kami terus balik menuju KL. Berenti di Raub untuk makan tengahari dan berenti lagi sekali di Bentong untuk solat dan berehat sekejap. Kawan aku hantar aku sampai rumah dan aku terpaksa hantar dia balik ke rumah abang dia di Kampung Dato' Harun memandangkan kawan aku ni fail jalan2 area KL ni.
Seronoklah dapat jalan2 jauh macam ni, bukan satu tempat jer yg aku pergi. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ke Cameron Highland ke Kuala Lipis dan balik ke Kuala Lumpur semua. Jauh perjalanan luas pengalaman.
Kepada kawan aku tu, Wazi, terima kasih banyak2... next time aku dtg Telanok plak...
33 comments
wow..bestnya jeram tu.
ReplyDeletebersih..
jauh perjalanan luas pandangan
hahah... pengalaman plak... pengalaman pon bole diluaskan gak klu jauh perjalanan kite.. ye tak?
ReplyDeletejeram tu air dia mmg bersih, siap leh nampak ikan lagi, pastu ikan tu gigit2 kaki ala2 terapi ikan gitu
tp.. jeram ni macam tak terjaga lah.. byk sampah dan sarap.. sayang jer
ooo..
ReplyDeleteamacam breakfast kat sana? haha..kalau ari2 camtuh..confirm leh gemuk ngan cpt..kalau tak control makan,
Breakfast dah cam lunch time dah..haih..
haha.. betul2. breakfast pon dah macam makan tengahari. makan tengahari lagi ler.. mmg bole gemok klu aku lama2 dok sini, sib baek 2 hari jer..
ReplyDeletewahhhhhhhhhh meriahnyeeee......pusing sakan hang piz...tp awat dok p makan malam kedai yang sama...p laa kedai2 lain...punya banyak tempai kedai yg sama hangpa p balik.... ;-) habaq kat kami p beli budu...hampeh....takdaq pon dalam cerita hang p beli tuk kami....huhuhuhh... ;-)
ReplyDeletekak noor & pijal pasni kita p laaa na..ambik gambaq banyak2 & tayang kat depa...apiz p, ambik gambar KB sikit sangat, rasanya tak lepas rindu kak noor kat sana...
CM dah p...tp tanak tunjuk gambaq kat kita.... :-(
hehe..
ReplyDeleteapiz..dapat tak jodoh kelate?
jerem mengaji tu celah mana eh? tak pernah dgr pon..mungkin tak komersial kot.
wah..rindu nasi kerabu daging bakar dan nasi berlauk. isk
hanis : kawe hanya mengikut tuan rumah, dah tuan rumah nak bawak kawe pi situ, kawe ikut je lah. Kawe dok mo susahkan si tuan rumah. Janji dapat makan ...
ReplyDeletehihih.. stok budu klate habis lah, penat i cari satu KB, takde pon.. tu yg tak belikan untuk hangpa semua..
gambar mmg tak banyak amik le hanis, aper yg ade tu, tu lah.. gmbar yg laen2 kurang menarik nak tunjukkan dalam ni..
Madey : tak dan nak cari jodoh ngan awek klate.. hahah, setakat usha2 awek kedai perabot jer
jeram mengaji tu tak tau le aku kat ner, nnt aku tanya kawan aku tu kampung dia aper name..
selamat kembali apiz..cikgu dgn kelate tak leh dipisahkan,,3 bulan sekali dok dtg jengguk..setiap kali hari raya mesti kena sampai sana...semua tempat apiz pi semua dah pi..kecuali ayer terjun tu jer tak sampai lg...
ReplyDeletebile kak mas nak bawak kami plak jalan2 ke Klate? nnt saya bole bawak kak mas ke air terjun tuh. Name dia Jeram Mengaji. bole kite mengaji sejarah sekali kat situ nnt, kak mas jadi cikgu nyer.
ReplyDeletehmm kalu mengaji kat jeram tu, entah apa lah yg cikgu mas duk ajar nanti.. hmm kak mas nak bawa kita jalan2? kita kena mimpilah apiz baru dpt merasa kak mas bawa kita jalan2..
ReplyDeleteAs Salam..
ReplyDeletedik.. first time nengok nasik kerabu kaler purple, terbeliak mata akak.. aik?? nasik kaler purple.. meriah sungguh.. nak telan pikir 5/6 kali.. tapi bila dah terbiasa.. ghindu lak nak makan.. kat KL nih tak pernah lagi jumpa yang sesedap kat KB.
stakat 2 hari, memanglah tak bleh nak cover semua tempat.. sebenar nyer banyak lagi tpt yang best2 kat sana.. opsss, tpt yg best2 bagi org pompuan tak semesti nyer best bagi org lelaki.. kan kan..
hanis, jadilah tu 2/3 keping gambar dik.. terubat gak ghindu.. daripada tak ada lansung.. he he
pijal : tu lah, ntah bile agaknye kak mas nak bawak kite jalan2. Jalan2 kt KL pon tak pernah, inikan pulak nak bawak kite ke KB kan? takpelah pijal.. kite jalan berdua je lah, biar menimbulkan gosip.. hahaha
ReplyDeleteKak Noor : betul tu kak, saya setuju semuanya. 2 hari tu pi maner2 pon tak cukup nak cover semuanya.
wow..bestnye apiz bercuti2 m'sia..
ReplyDeletewah, b'fast mcm mkn tghari..
erm..budu tu aku x penah tau..huhu sedap tak?
Ann : bukan nya selalu kawe dpt pi bercuti ni, rasanya setahun sekali pon susah. dah ade peluang ni pi je lah.. betul lah Ann, sarapan pagi dia macam makan tengahari, kalau kawe lah, kenyang smpi ke petang, tp klu asik makan jer, mau naik berat badan... budu tu masin2 jer rasanya, takde le pelik pon rasanya. org kata busuk.. maner de.. tipu jer semua itu.. hahaha
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteKak mas tak janjipun,hang pa yang dok mengusha,pastu cakap k.mas buat janji palsu lah..tak mau lah kawan dengan hang pa,suka buli k.mas...
jalan dgn k.mas pun gossip besar jugak dik,orang akan tengok cakap cam ni.."wah mokcik tu punya anak ikan "ganteeeng bangaaat"..hu,hu..tak pasal2 hang pa dilabel anak ikan..cheq tak mahu difitnah..cheq cari yg matang sikit bawak jalan..tak kena gossip.
kanda...kanda bawa cheq & kak noor p jalan & tengok movie "ketika cinta bertasbih" nanti naaa.....bawa kami tak kene gosip & fitnah... ;-)
ReplyDeleteKak mas : ade2 jer alasan kak mas ni. org tak mengata punya lah. kalau mengata pon, depa akan kata "wow kapel tu, sama padan sama cantik, sesuwai sgt..."
ReplyDeletekak mas nak cari yg matang camner lagi, takkan nak yg tua2 bongkok dan berjanggut kot (kawe pon ade janggut gak)
hanis : bawak saya sekali, kalau berempat pon tak menimbulkan gosip dan fitnah
piz...sungguh ke nie??? nak nak p tengok cerita KETIKA CINTA BERTASBIH???? nie cerita cinta tau...hang kate hang tak mau layan cerita2 cinta nie.....tp kalau sungguh...Alhamdulillah...hang pon dah tergoda ngan lagu yg cheq download tu.....wokeh..nanti kita p...
ReplyDeleteklu hanis belanja tiket wayang tu, layankan je lah... hahah.. tp kan nis.. lagu tu mmg sedap didengar
ReplyDeletehahaha piz, aku ok jer.. jalan berdua pun mana nak ada gosip.. lain ler laki dgn perempuan, ha mcm tu bahaya..
ReplyDeleteaku mmg suka nak berjalan cuma takde geng n peluang jer.. kalau ko nak, moh kiter..
hmmmmm hanis, ada org kata tak layan jiwang2, tapi nak ikut tgk wayang jiwang.. hmm kompius cheq..
pijal : jom2.. kite nak pi maner? klate ker? haha.. aku mmg kurang sikit nak tgk cite2 berasaskan cinta ni.. tp klu hanis nak belanja aper salah nyer... boleh jer dilayankan..
ReplyDeletepijal...tu laaa tak kose tul cheq ngan en abe kita nie...dalam tanak layan cite cinta jiwang nie...nak gak g layan kalau ade org belanja...hahahahahha....poyoooo tul kan...pijal takpe nanti kita tengok, jgn after cheq bawak dia, esoknya p tengok sorang2lg....hahahhahah...dah tu meleleh air mata gak....huhuhuuh
ReplyDeletehahaha... eh.. cite tu dah kuar ker?
ReplyDeleteala ko ni, baru balik adri kelantan takkan nak g kelantan lagi.. jom g cameron.. (walaupun ko baru je balik dari cameron) atau g pulau kapas ker, pulu pangkor ker, cherating ker..
ReplyDeletehanis, jom tgk wayang ramai2.. tapi x mau ler citer jiwang..
haha.. pijal, klu nak pi cameron ade member aku kat saner, bole aku mintak dia bawak kite jalan2, lojing jer kat umah dia nnt, tp cameron takde aper ler, bosan jer..
ReplyDeletepulau kapas, pulau pangkor aku tak penah smpi lagi.
jom tgk wayang hanis.. ramai2...
hmm kalau mcm tu, kita g pulau lah.. pulau kapas mcm menarik gak..
ReplyDeletecite ketika cinta bertasbih lom luar lg...cite baru tu....dok tayang kat indon sekarang nie...cheq ok je, cuma cheq nie tak up 2 date ttg movie2 nie...hangpa pilih cite & bg tau bila & kat nak tengok kat mane...lg meriah lakau kakak2 kita & handbag2 depa dapat join skali...
ReplyDeletepijal : pulau kapas? mungkin best ko. tak tau plak aku, tak penah smpi ler. pantai dia mesti cantik. tpkan klu pi pantai2 ni bukan leh wat bende lain, asik berenang ngan sun bathing jer.. takde shopping2.
ReplyDeletehanis : handbag tu harap2 berisi lah, jgn handbag jer lawa, tapi kosong.. hahah
orang lelaki kan hanis!!!bujang pulak tu..dia tak faham apa eri `hand bag'..pizz,4 ur info..kalau nak berjalan k.mas kena bawak 3 hand bag..satu jinjing,satu sandang satu lagi kepit..vouge gitu...nak keterangan lanjut..tanya si hanis tuuu???
ReplyDeletetak paham.. tak paham.. ko paham ke pijal? kenapa wanita memerlukan begitu banyak handbag?
ReplyDeletehanis sila beri keterangan lebih lanjut
hmm dah tu ko nak g tempat yg leh shoping2 ker? hmm kat ne ek?
ReplyDeletehmm aku pun tak faham lah piz tapi aku kompius kenapa nak kepit hand bag tu? kepit kat mana?
ko sungguh ke pijal nak pi bercuti ngan aku.. huhu.. takpe kite servey tmpt yg best2 yg byk aktiviti bole buat, klu tepi pantai tu, harap2 dpt snorkeling ker, scuba ke.. en. madey bole ajar kite scuba.. dia certified diver. takkan nak meng'tan'kan body jer
ReplyDeletepijal, nasib baek ke ketiak ade dua jer, klu byk, aku rasa semua ketiak dia kepit dengan handbag..
hahahahah...puas cheq tahan gelak pagi nie..cheq rase org yg paling sesuai menerangkannya adalah kak noor...nanti kita tunggu kak noor terangkan apa itu "hand bag" naa.... ;-)
ReplyDelete