964 : Top 10 Commentators - April 2021

Assalamualaikum dan salam 23 Ramadhan. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan sebelumnya dan semoga kita akan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah.

Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada semua teman-teman blog yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ini. Kehadiran teman-teman semua sekali lagi menceria dan memeriahkan blog aku ini setelah mengalami zaman suram yang agak lama. Blog aku ini pernah meriah dengan kunjungan dan celoteh teman-teman suatu ketika dahulu. Tetapi ramai teman-teman blog ketika itu mula meninggalkan blog masing-masing dan berpindah ke medium media sosial yang lain. Akhirnya blog mereka bukan sahaja telah bersawang, malah ada yang sudah berpenunggu kerana telah lama ditinggalkan. Tinggallah aku seorang diri, berbicara sendirian tidak berteman, menghiburkan hati sendiri.

Sejak akhir-akhir ini blog suram aku ni kembali ceria dengan kunjungan dan komen-komen teman-teman. Aku gumbira. Aku lebih bersemangat untuk terus menulis. 

Terima kasih aku ucapkan kepada teman-teman yang sudi memeriahkan blog ni. Terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hatiku kepada Top10 Commentator blog ini bagi bulan April 2021. Sokongan kalian amat aku hargai. Maaf, tiada hadiah yang dapat aku berikan kali ini, cuma aku akan abadikan nama kalian di sini. InsyaAllah, ada rezeki nanti aku bagi lah seposen dua kepada top commentator akan datang. Hehehe...

Gambar Hiasan


TOP 10 COMMENTATORS - APRIL 2021

1. AZHAFIZAH - Blog Sihatimerahjambu

2. FAIRUS - fairus.com

3. AMIE - Amie's Little Kitchen

3. UNCLE GEDEK - Blog Begin At Forty

3. WAK LAT - Tiga Lalat 2021

6. ABAM KIE - Abam Kie : The Man of the House

6. KAKMIM - Monolog Kakmim

8. ATIE ZIEYA - Lady Like Me !

8. MRS. A - Mrs. A My Blog My Stori

10. SITI YANG MENAIP - Siti.Yang.Menaip


You Might Also Like

28 comments

  1. Tahniah Afeezz kerana rumah kembali ceria. Rajin-rajin menulis ya. Moga tambah meriah. Tahniah juga buat top 10 comentators yang rajin tinggalkan komen yang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. klu bertambah meriah, makin rajin lah saya akan menulis. terima kasih pd kak amie sudi sokong blog saya..

      Delete
  2. Fuh.. nombor 2 tu.. macam tak percaya pulak. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. percayalahhhhh.... (tibe2 nyanyi lagi datuk siti)

      Delete
    2. Hahhaha… sib baek percaya, klu tak tak tau nak wat ape lg dah

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih abam kie. antara yang terawal menyokong blog saya...

      Delete
  4. Semoga terus ceria dan meriah blog Afeezz dengan kunjungan pembaca dan rakan rakan blog. Terima kasih untuk penghargaan ni :) Tahniah untuk semua top komentator :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga pd kak fiza kerana sudi memeriahkan blog saya

      Delete
    2. sama². Ada masa dapatlah singgah sini sementara tak sibuk saling kunjung berkunjung alam maya gitu :)

      Delete
    3. jangan lupa singgah selalu ye..

      Delete
  5. u jump ai jump.,. ehh silap silap.,
    afeez dtg komen blog wak, samalah sama2 bertandang ghittuu., aminn
    mugo kita semua jd rakan2 siber yg baik2 sajeww ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wak… blog wak blog wajib saya blogwalking

      Delete
  6. Wah! Uncle tersenarai!

    Apa lagi? Open table lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah uncle masuk dlm senarai. Table dah bukak tp kene pkp plak, takde org dtg

      Delete
  7. eh eh.. nama kakmim pun ada rupanya... walaupun dh x sehebat dlu bw sana sini... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakmim kerana menyokong blog saya…

      Delete
  8. Waahah.. tahniah kepada semua blogger yang terpilih... memang semua tu blogger rajin2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik semut pon salah seorang dr blogger yg rajin

      Delete
  9. eh eh , my name is on the list juga hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. name atie kat mane-mane pon mesti naek as top10 commentators, keep up the good work, rajin memberi komen dan pendapat pada blog kawan2

      Delete
    2. itu la.. klu boleh nak kekal kan, bukan nak hadiah pun cuma best tgk info tapi tu la.. now kekangan masa :(

      Delete
    3. sama lah, sy pon ada kekangan masa. klu sekali blogwalking tu mmg banyak post kawan2 yg belum dibaca..

      Delete
  10. haha wak dpt top 3 share jugak erk., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... no. 3, no. 6 ngan no. 8 kene share hadiah...

      Delete
  11. wahh terselit juga nama saya yaaa.. dahla tak aktif beberapa bulan ni..
    insyallah ada masa akan kunjung lagi kesini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tahniah walaupon dapat no last dalam kelas...

      Delete