1059 : Makan Malam Di Cili Kampung, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya

Assalamualaikum

Beberapa minggu yang lepas aku telah meneman seorang sahabat ke Alamanda Shopping Centre kerana sahabat hendak menukar telefon bimbitnya ke sebuah telefon bimbit yang baru. Dapat sponser dari majikan tempat dia bekerja katanya, huntong la.. Aku hanya mampu jeles sahaja. 

Tetapi sebelum kami pergi ke tempat yang dituju, kami telah singgah makan dulu di Cili Kampung. Sahabat yang ajak makan di sana sebab tak tahu nak makan apa malam itu. Awal-awal lagi sahabat dah warning, harga makanan kat sana mahal dan aku dengan selamba pergi pecah rahsia yang gaji aku dah masuk.. hahaha.. Tambahan lagi aku pon tak pernah makan di sana.

Sesampai sahaja di sana, masih tidak ramai pelanggan tetapi ada meja-meja yang sudah dibooking. Restorannya agak cantik dan cozy dengan dekorasi ala kampung. Melihat menu, memamg harganya agak mahal. Takpelah, sekali sekala nak makan sedap (pujuk hati). 

Sebahagian deko di dalam restoran. Tenang dan damai. 
Lighting juga sesuai dengan dekonya. Restoran juga agak luas.

Pilihan minuman kami, Lychee Lime and Rose dan Rambutan Lengkong Cincau.
Air Rambutan Lengkong Cincau tu tak manis sesuai untuk mereka 
yang sedang cut sugar

Nama menu ini Cili Api Squid. Sesuai dengan namanya, ia sangat pedas.

Ayam Bakar Lomak Pucuk Paku

Bagi aku, aku amat berpuas hati dengan makanan di sini. Portion makanan juga besar dan satu portion boleh dimakan 2-3 orang. Ayam Bakar Lomak Pucuk Paku itu juga ada 3 ketul ayam bakar di dalamnya. Selain itu juga kami ada pesan Telur Dadar yang besar dan tebal. Ayam Bakar Lomak Pucuk Paku adalah favorite aku, sampai sekarang tak bole move on, sebab tak pernah rasa Masak Lomak Pucuk Paku sebelum ni. Sangat recommended. 

As for pencuci mulut, kami telah order Pisang Goreng Gula Hangus Aiskrim sebab dalam gambar nampak sedap. Dan ianya memang sedap cuma batter pisang gorengnya aku tak berapa suka yang jenis crunchy macam ni. Aku lebih suka yang style orang lama. Portionnya juga besar boleh makan 2 orang sebab pisangnya yang agak tembam.


Pisang Goreng Gula Hangus Aiskrim

Selesai bersantap, masih ada baki yang tidak dapat dihabiskan. Kami minta di tapau, boleh buat makan esok.







You Might Also Like

0 comments