949 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 30) : Bingka Jagung
Cuti sempena Tahun Baru Cina yang lepas terasa amat membosankan. Dah la PKP memang tak dapat ke mana-mana. Kalau tak sekurang-kurangnya boleh jugak lepak-lepak shopping complex atau menonton wayang. Oleh kerana dah terlalu bosan, aku pon mencuba la satu resepi baru yang tak pernah aku cuba lagi. Lagipon bahan-bahannya telah sedia ada di rumah. Seperti biasa, resepi nya aku dapat di IG resepiibu.my. Bole follow IG tersebut kalau nak tengok lebih banyak resepi yang menarik.
Di sini aku sharekan resepinya. Kepada sesiapa yang berminat, boleh la cuba.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 tin jagung manis ala krim
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
3 biji telur gred B
3 sudu marjerin atau minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit bijan
Cara-cara
1. Blend ke semua bahan-bahan di atas hingga sebati kemudian tapis (aku tak tapis pon pasal terlupa plak pasal tapis-tapis ni).
2. Sediakan loyang. Sapukan loyang tersebut dengan sedikit marjerin.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend dan ditapis itu ke dalam loyang tersebut dan taburkan sedikit bijan. Aku tak letak bijan pasal bijan takde.
4. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.
5. Bila sudah masak, tunggu sehingga sejuk baru boleh di potong.
6. Siap, boleh dihidangkan untuk minum petang bersama yang tersayang.
Selamat mencuba
******
Pada mulanya aku nak buat 1/2 adunan sahaja sebab kalau buat satu adunan banyak sangat dan tiada siapa yang nak makan. Dalam syok-syok mencampak semua bahan-bahannya ke dalam blander, baru aku terperasan yang aku telah memasukkan 1 cawan santan instead of 1/2 cawan untuk 1/2 adunan yang aku nak buat itu. Oleh kerana itu, adunan aku menjadi agak cair. Nak tak nak, terpaksa aku masukkan lagi satu cawan tepung. Memandangkan tepung gandum dah habis, aku masukkan jer tepung kek. Hasilnya bingka aku tu kembang sedikit.
Apa-apa pun, sukses percubaan aku untuk membuat Bingka Jagung ni. Rupanya agak cantik dan rasanya juga sedap. Daripada pengalaman yang lepas, aku tunggu bingka itu sejuk dahulu sebelum potong. Kalau ada ketul-ketul jagung dalam tu agaknya lagi sedap rasanya.
10 comments
kalau dekat dah pi menyinggah. dpt makan seketul dua pun dah cukup!
ReplyDeleteklu dekat ofkoz saya akan bg abe kie sepinggan..
Deletehebat tu kerana rajin memasak., ;p
ReplyDeletehehe.. takde la hebat mane wak, itu pon tersalah adunan.. nasib baik boleh di makan
Deleteehehe baru hari tu try buat tapi lembik mcm puding hahah
ReplyDeletehahaha ye ke? ada tersalah kat mana mana la tu. takpe, next time bole cube lagi ye...
DeleteNampak sedap :)
ReplyDeletesedap jugak la... hehehehe
DeleteHebatnya awak buat kuih, saya hebat membeli je lah haha
ReplyDeletetak la hebat mane pon, itu pon tersalah adunan masa buat tu.. nasib baek bole di makan
Delete