933 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 24) - Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Cookies

Awal bulan ini, sewaktu aku sedang berbosan-bosan keseorangan tanpa berteman di rumah, aku pun terajin nak cuba buat satu cookies yang aku jumpa resepinya di IG. Sebenarnya, bahan-bahan untuk membuat cookies ini semuanya sudah ada cuma aku perlukan butter sahaja. Bila butter sudah dibeli, kita  menunggu pula mood untuk membuatnya datang. Kalau takde mood, memang tak buat lah jawabnya. 

Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Cookies yang enak.

Berikut adalah resepi untuk Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Cookies kepada sesiapa yang berminat. Aku dapat resepinya dari IG resepiorangkita. Boleh lawat IG tersebut untuk lebih banyak resepi.

Bahan-Bahan

250g Buttercup atau Planta yang mana suka (aku gunakan brand Emborg sahaja pasal dia tengah murah masa tu).

1 cawan gula aising (aku guna gula biasa ajer, boleh kurangkan sebab cookies tu agak manis pada taste aku)

1 sudu kecil esen vanilla

3/4 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

Cornflakes (terpulang la nak guna brand ape, aku guna yang beli kat kedai bakery jer, itu pon lebihan hari raya dulu)

Chocolate chips (ni aku tak masuk pasal masa tu aku terkonfius antara chocolate chips dengan chocolate rice)

Chocolate rice (optional, tapi aku letak, pasal ada dalam stok, lebihan raya dulu)

Almond cincang (optional juga dan aku letak pasal ada dalam stok, lebihan raya jugak ni)

Cara-Cara

Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanilla. Guna tenaga diri sendiri, tak perlu kacau sampai kembang.

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Resepi ni kata tak payah ayak tepung tu pon takpe, tapi aku ayak gak sebab terlebih rajin dan sebab ada pengayak baru. Bila dah sebati adunan ni akan lembik sedikit, makanya jangan panik.

Kemudian boleh lah masukkan cornflakes yang telah dihancurkan dengan cara meramas-ramas sahaja, chocolate chips, chocolate rice, almond dan apa-apa bahan lain yang disukai anda.

Sudukan adunan ke atas loyang yang telah disapu butter/planta. Aku guna baking paper jer sebab malas nak basuh loyang tu nanti. Nak guna style cubit-cubit pon boleh ikut kekrevitian masing-masing. Lepas tu kalau korang nak golek-golekkan aduan tu dalam lebihan cornflakes yang telah diramas-ramas itu pon bisa. Tiada masalah.

Cookies sebelum dimasukkan ke dalam oven. Pastikan penjarakkan
sosial antara cookies itu mematuhi SOP

Cookies yang baru dikeluarkan dari oven. Takdelah kembang 
sangat cookies dia sebenarnya.

Pastikan penjarakan sosial antara adunan tersebut dipatuhi sebab aduan itu akan kembang sedikit.

Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak. Api atas bawah katanya.

Bila dah confident masak, boleh dikeluarkan. Biarkan di atas loyang sehingga sejuk. Lepas dikeluarkan dari oven, biskut ni agak lembik, bila dah sejuk baru ia mengeras.

Sebelum makan, jangan lupa baca Bismillah.

Selamat mencuba, anda mampu melakukannya.

You Might Also Like

10 comments

  1. nak gi jalan2 ke rumah la. mana tahu dpt makan kek n biskut2 yg best2 gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang skrg rugi, pasal ape pon takde kat umah. air bujang jer lah

      Delete
  2. samalah mcm ammi..ada bahan lain takde butter. dah ada butter, rajin pulak tak sampai-sampai. sudahnya butter buat goreng nasi jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... memang macam tu lah. nak masak ni kene ade mood, kalau takde mmg tak jadi. tapi respek pada ibu-ibu diluar sana, mood ade ke tak, tetap akan masak

      Delete
  3. teringat nenek saya, dia suka sangat buat biskut ni

    ReplyDelete
  4. pernah buat cookies hari tu, then bulat2 letak ats try.. pastu cookies jadi besar dan lincin, check balik.. laa.. takyah bulat2 kan put.. cubit jer letak ats try rupanya hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupe bentuk tak penting, janji sedap... hahaha

      Delete
  5. Sedapnya cookies. Lagi puas hati buat sendiri dan makan sendiri. Janji kena dengan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul. kalau beli kat luar mahal gak harganya. puas kalau buat sendiri

      Delete