931 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod Akhir) : Tuntutan Insuran Perjalanan

Selama aku travel ke beberapa destinasi antarabangsa ni, jujur aku katakan yang aku tidak pernah mengambil travel insurance. Bukannya sebab aku ni jenis berani mati atau hati kering, tetapi sebenarnya aku tak tahu pon wujudnya travel insurance ni ketika aku mula-mula belajar travel dulu. Tambahan pula aku hanya ke destinasi yang dekat-dekat jer sekitar Asia Tenggara, maka aku fikir, tak mengapa lah. 

Aku mula membeli travel insurance untuk melindungi diri aku sejak aku ke Tokyo, Jepun pada tahun 2017. Masa itu aku hanya menggunakan polisi insuran yang ditawarkan di jabatan aku, maka ianya percuma sahaja dan coverage dia aku tak berapa pasti sebab takde lah nak baca sangat polisinya. Aku terlintas untuk mendapatkan travel insurance semasa ke Jepun adalah kerana aku akan berada di Jepun bagi tempoh 7 hari dan aku akan menggunakan kenderaan awam. Tambahan lagi, perancangan perjalanan ke Jepun itu dirancang sendiri dan aku tidak menggunakan apa-apa khidmat travel agency. Tambahan lagi, aku mula terbaca kisah-kisah traveller yang ditimpa kesusahan semasa berada di luar negara. Belanja terutamanya belanja perubatan di luar negara adalah sangat mahal bagi orang-orang asing.

Untuk perjalanan ke Korea Selatan pada 2019, sekali lagi perancangan perjalanannya dirancang sendiri oleh kami dan kami tidak menggunakan khidmat mana-mana travel agency.  Untuk travel kali ini aku telah mendapatkan perkhidmatan travel insurance dari Etiqa. Aku telah memilih plan Trip Care 360 pada kadar premium RM48.70. Apa yang menarik tentang plan ini adalah faedah Cashless Overseas Medical Care yang diberikan yang mana ia bermaksud semua perbelanjaan perubatan yang berlaku di luar negara itu akan ditanggung oleh pihak syarikat penanggung dan kita tidak perlu membayar dahulu kemudian claim dengan syarikat insuran. Jika sebarang musibah berlaku, kita hanya perlu call Etiqa Travel and Medical Assistance Helpline yang dibuka 24 jam sehari, dan pihak Etiqa akan menguruskan semuanya.

Tidak banyak syarikat insuran yang aku survey yang menawarkan faedah seperti ini. Kebanyakannya, menawarkan pembayar balik sebarang tuntutan yang dibuat. Ini bermakna, jika sebarang musibah berlaku ke atas diri kita di luar negara, kita perlu membayar dahulu perbelanjaan perubatan tersebut, dan membuat tuntutan semula perbelanjaan tersebut. Kalau dalam RM100 - RM200 mungkin boleh didahulukan, kalau kene RM10,000, mana nak cari duit masa tu. Takkan nak menjual tubuh plak, hahaha...

Bagasi aku setibanya di Incheon International Airport

Alhamdulillah, tiada apa-apa musibah yang berlaku kepada aku dan juga sahabat-sahabat aku sepanjang kami di Korea. Malangnya, setibanya aku di KLIA2, sahabat menyedari yang bagasi aku telah mengalami kerosakkan. Satu dari empat rodanya telah hilang dan bahagian roda itu juga telah terkopak. Memandangkan travel insurance yang aku beli juga melindungi kerosakkan dan kehilangan harta, maka ianya boleh dituntut dari syarikat insuran tersebut.

Bagasi aku yang mengalami kerosakkan setibanya di KLIA2

Sebelum membuat tuntutan, kita perlu mendapatkan laporan dari pihak penerbangan. Kalau anda naik Air Asia seperti aku, kena mendapatkan laporan dari pihak Air Asia. Untuk KLIA2 dan Air Asia, laporan boleh dibuat di Pejabat Lost and Found (MLO) di lantai Ketibaan berhampiran bahagian Tuntutan Bagasi. Pejabat ini terletak berhampiran conveyor belt No. 10 (atau J, kalau tak silap). Setelah laporan dibuat, pihak Air Asia akan mengeluarkan Property Irregularity Report dan laporan ini perlu dihantar kepada syarikat insuran semasa membuat tuntutan. Jika bernasib baik seperti aku, pihak Air Asia akan bermurah hati untuk memberikan sebuah bagasi sebagai ganti kepada bagasi yang rosak itu. Tetapi dengarnya, jika kita ambil beg itu maka kita tidak boleh membuat tuntutan insuran dan laporan juga tidak akan dikeluarkan. Macam kes aku, pegawai tu siap cakap, 'Encik ambil jer beg ni kemudian buatlah tuntutan insuran'. Terima kasih aku ucapkan kepada dua orang pegawai yang bertugas ketika itu

Property Irregularity Report yang dikeluarkan.

Bagasi-bagasi yang dibawa pulang ke Malaya
1. Bagasi Hitam Besar adalah bagasi yang diberi oleh Air Asia sebagai ganti bagasi yang rosak itu
2. Bagasi Pepel adalah bagasi yang rosak itu
3. Bagasi Hitam Kecil adalah bagasi yang dibeli di Korea tatkala bagasi sedia ada ada
tidak mencukupi untuk memuatkan hasil tangkapan di Korea.
4. Bagpack Hitam pon penuh jugak untuk perjalanan pulang.

Untuk membuat tuntutan pula, pada mulanya aku menggunakan Live Chat dari website Etiqa untuk bertanya bagaimana untuk membuat tuntutan. Aku kemudiannya diberikan satu nambor telefon dan diminta untuk membuat tuntutan tersebut dengan menghantar laporan dan juga gambar bagasi yang rosak itu. Nanum, setelah 4 hari laporan dihantar melalui applikasi WhatsApps, dan hampir setiap hari juga aku menghantar peringatan, aku masih belum menerima apa-apa maklumbalas dari pihak Etiqa. Pada hari ke-5 barulah aku menerima jawapan dan pihak Etiqa telah meminta nombor akaun bank aku untuk tujuan pembayaran. Tiga hari kemudian aku mendapat message mengatakan bahawa tuntutan aku akan diproses oleh pihak Etiqa. 

Kemudian ......

Setelah dua minggu menunggu tanpa apa-apa makluman, aku menghantar message sekali lagi. Malangnya, nombor tersebut tidak lagi digunakan dan meminta aku untuk menghubungi satu nombor yang lain. Aku segera menghantar message kepada nombor yang baru itu, tetapi seakan mesin pulak yang menjawabnya, 'Type 1 for English, Balas 2 untuk Bahasa Malaysia'. Aku pon macam bodoh ikut lah arah mesin tu sehingga sampai ke satu ketika, mesin tu balas 'Maaf, kami tidak menerima sebarang jawapan. Sesi perbualan telah berakhir'... Ahh.. sialan, getus hatiku. 

Aku mencuba lagi. Sampai ke suatu ketika mesin tu menjawab, 'Terima kasih atas maklum balas anda. Waktu operasi kami adalah... blah.. blah.. blah..'. Aku yang dah sakit hati ni terus saja memaki, 'Apa status claim saya? Saya bukan nak tau waktu operasi'. Dengan serta merta, ada orang pulak yang menjawab dan memaklumkan bahawa tuntutan aku sekarang sedang dalam proses pembayaran. Dan pada 5 November 2019, setelah hampir sebulan menunggu dan berusaha, aku telah berjaya mendapat tuntutan ke atas kerosakan bagasi aku itu sebanyak RM700.00. 

Dalam marah-marah tu bahasa aku masih lagi berlapis. 
Sib baek dia jawab sebelum aku maki secukupnya.

Dalam kes tuntutan ini, aku rasa aku memang untung besar. Sebab apa? Pertama, berjaya menuntut sebanyak RM700.00. Kedua, aku juga telah mendapat sebuah bagasi baru untuk menggantikan bagasi aku yang rosak itu. Ketiga, bagasi aku yang rosak itu sebenarnya aku dapat free jer. Dan jumlah premium insuran yang aku bayar hanya RM48.70.

Jadi kepada sesiapa yang nak travel jauh selepas musim Covid19 ni, aku syorkan untuk ambil sahaja travel insurance ni. Tak mahal mana pon tapi perlindungannya amat berbaloi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Till then, travel safe, stay safe.

(disclaimer : jalan cerita ini dan cara tuntutan dari syarikat insuran tersebut adalah benar pada hari kejadian. Jika tidak sama sekarang, mungkin prosedurnya telah berubah)

You Might Also Like

14 comments

  1. insurance perjalanan mmg perlu klu kita nak check in bag

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak perlu kot pasal pernah jer saya check-in bag tanpa travel insurance. then rasanya dia org tak pernah mintak or tanya pon pasal travel insurance ni. ini optional. tapi tak tau lah kalau ade peraturan baru sejak2 PKP ni.. hahaha

      Delete
    2. no, i meant mmg perlu sbb utk kerosakkan ni, sbb diorg baling jer beg kita... even kita lekat sticker fragile pun diorg ada counter timing utk load beg2 satu flight tu .. sbb tu travel insurance ni penting, at least ada back up utk kerosakkan nt... and bukan compulsary for sure....

      Delete
    3. Owh... klu camtu betul lah. Kite pon tak tau camne diaorg handle beg kite. Klu nasib tak baik mmg boleh rosak. Nasib tak baik lagi bole hilang plak

      Delete
  2. Travel insurance memang wajib ambil. Walaupun tak selalu hadapi musibah tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Sewaktu kami ke Nepal, kapal terbang delay 10 jam di Kathmandu Airport. Sampai KLIA, semua bbeg penumpang tertinggal di Khatmandu Airport. Di KLIA sibuk mengurus, isi borang itu ini, sehingga ada di antara penumpang yang mengamuk kerana terlepas penerbangan berikutnya. Kami pun sama. Sepatutnya terbang ke Sabah pukul 7:20 pagi naik MAS, tapi urusan tak selesai lagi. Terpaksalah beli tiket baru dan terbang naik Air Asia sebelah petang, dan turun di Sandakan pulak. 4 hari kemudian beg baru sampai! Syukurlah. Claim insuran pun dapat juga. Tak silap saya, beli insurance Etiqa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga delay tp 3 jam je masa di cambodia. Masa tu x amik insuran. Tak tau la bole claim ke tak klu delay 3 jam..

      Delete
  3. Replies
    1. Sangat penting sebab dia akan cover banyak benda jugak

      Delete
  4. Tak pernah tau sal insuran bila nk pergi jalan2 obersea.

    Alhamdulillah ilmu baru nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak minta perkara buruk berlaku pada kita semasa travel, tapi malang tak berbau, kalau kene sekurang-kurang ni insuran ni boleh membantu. banyak perkara yang dicover, kene banyak buat research insuran mane yang tawar coverage terbaek

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.
    Seelok-eloknya ambillah travel insurance ni kan kalau cecuti oversea bak kata orang sediakan payung sebelum hujan.
    Tapi jenuh jugak nak dapat respon tu sampai sebulan tunggu. Kalaulah kat oversea berlaku sesuatu acaner tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan tu kalau nak claim rasanya. klu ape2 jadi masa kite kat sana mungkin cepat repondnye.. wallahualam

      Delete
  6. Informasi yang bagus dan tentunya bermanfaat

    ReplyDelete