930 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 9) : Kenangan Dan Pengalaman Pahit Manis Di Seoul

Setahun sudah berlalu, atau lebih tepat lagi pada 3 hingga 9 Oktober 2019, aku bersama dengan tiga orang sahabat yang lain telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Kami hanya melancong di kawasan Seoul dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sahaja. Masih belum berpeluang untuk mengembara lebih jauh dalam negara itu. Walaupon begitu, ia tetap memberikan sedikit sebanyak pengalaman kepada kami tentang negara itu. 

Sepanjang kami di sana, banyak pengalaman manis dan tak dapat dinafikan ada juga kenangan-kenangan kurang manis yang berlaku kepada kami. Walaupon kenangan-kenangan itu tidak sehebat apa yang kami alami semasa kami di Tokyo sehingga melibatkan pihak polis Jepun, ia tetap menjadi pengalaman yang tetap kami ingati. 

Di sini aku senaraikan beberapa kenangan kurang manis itu untuk aku tatapi di hari tua kelak. 

1. Roda Bagasi Sahabat Yang Tercabut

Seawal hari pertama kami sudah mengalami masalah walaupon tidaklah begitu serius. Setibanya kami di Seoul, dengan perasaan yang sangat gembira apabila dapat melepasi pihak imigresen dan kastam Korea yang ketat itu, kami terus menuju ke stesen keretapi untuk mengambil keretapi AREX menuju ke bandar Seoul. Dalam perasaan gembira itu, sahabat perasan yang bagasi yang ditariknya seperti tidak stabil. Setelah diperiksa, didapati bahawa salah satu dari empat rodanya telah hilang. Tercabut dan bukannya disebabkan oleh kerosakan bagasi. Berlarilah si sahabat itu menaiki eskelator kembali ke atas untuk mencari roda bagasinya itu. Beberapa ketika kemudian, sahabat turun dengan roda bagasinya di tangan bersama skru yang tercabut itu. Dipasangnya kembali dan Alhamdulillah, sehingga pulang ke Malaysia dan kemudian ke Jakarta pula, roda itu masih utuh.
         
2. Tersalah Rumah

Selesai adegan dengan roda bagasi itu kami menaiki keretapi AREX menuju ke Seoul Station. Dari Seoul Station, kami decided untuk berjalan kaki sahaja menuju ke rumah kediaman yang pada jangkaan kami itu tidak jauh (rupa-rupanya jauh...). Sesampai sahaja di rumah kediaman, mengikut maklumat yang diperolehi dari tuan rumah, rumah kami adalah di tingkat 1, kami cuba untuk membuka pintu rumah itu menggunakan nombor PIN yang diberi, tetapi tidak berjaya (dah la kawasan rumah tu gelap, tak nampak ape pon). Banyak kali jugaklah kami mencuba tetapi masih tidak berjaya sehingga kami ditegur oleh seorang lelaki. Lelaki itu mengatakan bahawa rumah itu adalah rumah beliau (nasib baik dia tak marah. Daripada slang dia cakap tu rasanya dia orang Malaysia, tak sempat plak nak tanya). Dalam keadaan yang keliru, dah la penat dengan perjalanan yang panjang, tiba-tiba salah rumah pula, kami mencuba nasib untuk rumah yang di bawah pula. Alhamdulillah, pintu rumah dapat dibuka.

3. Masalah Menggunakan Google Map

Di Tokyo, aplikasi Google Map amat membantu kami dalam mencari jalan ke satu-satu destinasi, sama ada untuk menaiki train atau berjalan kaki. Tetapi lain pula di Seoul, Google Map tidak membantu seperti yang diharapkan. Jika kita set sesuatu lokasi yang ingin ditujui, Google Map akan menyarankan untuk menaiki bas walaupon lokasi yang hendak dituju itu boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja, dan setting untuk berjalan kaki nampaknya tidak boleh digunakan. Google Map juga akan menyarankan kita untuk menaiki bas walaupon stesen Metro adalah lebih dekat dan mudah. Jalan di Seoul ni jem jugak tau macam kat KL, maka kalau naik bas akan sangkut jugak dalam jem. Makanya, kepada yang hendak ke Seoul, gunalah applikasi lain yang lebih membantu.

4. Namdaemun Market

Namdaemun Market adalah sebuah kawasan wisata wajib lawat jika kalian ke Seoul. Banyak barangan yang boleh dibeli di sini dari cenderahati, pakaian, perhiasan diri hinggalah ke barangan kelengkapan rumah. Kalau kaki shopping, inilah syurganya. Bagi aku Myongdong tu tempat kedua. Kami tak sempat untuk menjelajah Namdaenum Market ini kerana kami tersalah waktu. Untuk pengetahuan, Namdaemun Market ini dibuka waktu pejabat sahaja iaitu seawal pukul 7.00 pagi hingga ke 5.00 petang, kalau lajak pon sampai 6.00 petang. Dua kali kami cuba ke Namdaemun Market ini, malangnya kali pertama kami sampai, ianya telah ditutup dan kali kedua pula ianya hampir ditutup. Kali ketiga kami pergi waktu pagi, tetapi disebabkan kekangan masa ketika itu, hanya sempat menjelajah sedikit sahaja walaupon masih banyak KRW untuk dihabiskan dan dibazirkan.

5. Hilang Arah di Seoul Station

Hari terakhir kami di Seoul, dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang, kami telah ke Seoul Station untuk sekali lagi mengambil keretapi AREX untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Semasa di Seoul Station, kami telah sesat barat untuk mencari arah ke platform untuk AREX. Kami berpusing-pusing hampir 1/2 jam mencari arah kerana tiada papan tanda arah untuk ke platform keretapi AREX. Kami bertanya beberapa orang di sana tetapi tidak membantu kerana masalah komunikasi. Kami turut dibantu oleh seorang rakyat Malaysia setelah melihat kami macam hilang arah, malangnya beliau juga gagal membantu. Setelah mengikut kata hati, bertanya lagi kepada penduduk tempatan, mencuba kaedah trial an error akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju dengan susah payah. Punya lah susah, tak sangka besar rupanya Seoul Station ni. Selama ini aku gunakan Metro je, semua stesen bawah tanah. Rupa-rupanya stesen untuk AREX ni ada atas tanah, patut la tak jumpa. 

Teringat kembali kenangan dengan masalah yang hampir sama semasa di Tokyo. Shinjuku Station, Tokyo pon bapak besar...

6. Nyaris tak dibenarkan check-in di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

Akibat kelewatan di Seoul Station itu, kami tiba agak lewat dari perancangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Semasa membuat checking-in, pekerja kaunter Air Asia itu memaklumkan bahawa nama aku tidak terdapat di dalam senarai penumpang dan mempertikaikan kenapa nama aku di tiket penerbangan tidak sama dengan nama seperti di pasport. Aku menjadi kaget seketika tak tau ape nak jawab. Nasib baik di pasport aku ada tertulis 'Bearer also known as....' aku tunjukkan yang itu, nasib baik di paham. Dibuatnya dia tak paham dan melarang aku untuk checking-in, maka terpaksalah aku berkelana di Seoul untuk seketika dan menjadi PATI.

Nama bapa aku ade 'alias', semasa membeli tiket penerbangan aku menggunakan 'alias' kedua dan di pasport tertera 'alias' pertama. Macam manalah aku lupa pasal nama aku kat pasport semasa booking tiket penerbangan dulu. Kat situlah timbulnya masalah aku tu. Nasib baik dia tak mintak I/C aku, kalau tidak lagi konfius kakak Korea kat kaunter tu nanti. Kat I/C nama penuh. Hahaha...

Semasa pemeriksaan untuk masuk ke balai berlepas pon, kakitangan di situ bertanya perkara yang sama. Aku tunjuk jer di pasport aku yang tertulis 'Bearer also known as....' tu. Syukur aku dilepaskan masuk.

Menjadi pengajaran kepada aku, next time gunakan nama seperti di PASPORT!!!

7. Bermarathon di Incheon International Airport

Akibat dua drama itu, drama di Seoul Station dan semasa check-in, kami sudah sangat lewat. Ditambah pula, kami ke kaunter tax claim dahulu untuk membuat tuntutan cukai ke atas barangan yang telah di beli. Nak cari kaunter ni pon punya susah, sampai dua tiga tempat pergi, akhirnya sampai juga. Jumlah tax claim yang aku dapat cuma KRW2,000. Selepas itu, kami terpaksa berlari-lari macam emak dan bapak mengejar anak untuk ke pintu pelepasan. Penerbangan kami sudah Final Call. Kenapalah kalau naik flight pintu pelepasan aku mesti yang jauh-jauh. Sesampai sahaja di pintu pelepasan, masih ramai lagi penumpang yang belum boarding. Sib baek...

8. Kerosakan Bagasi

Setelah lebih kurang enam jam penerbangan, kami selamat sampai di KLIA2 lebih kurang pukul 10.00 malam. Setelah semua bagasi kami diambil, sahabat perasan yang roda bagasi aku telah hilang dan terdapat kerosakan pada bagasi aku itu. Walau bagaimanapun, kami terus sahaja keluar dari kawasan tuntutan bagasi itu. Kami sempat singgah makan KFC terlebih dahulu kemudian baru nak berbincang bagaimana untuk membuat tuntutan dari syarikat insuran memandangkan aku ada membeli travel insurance sebelum aku ke Korea dulu.

Untuk membuat tuntutan insuran atas kerosakan bagasi aku tu, aku memerlukan surat laporan dari pihak penerbangan. Tetapi kami tidak tahu di mana untuk membuat laporan dan mendapatkan surat laporan itu. Setelah bertanyakan kepada dua buat information counter, akhirnya kami diarahkan untuk ke pejabat Lost and Found (MLO) di dalam kawasan tuntutan bagasi tadi. Aku terpaksa masuk semula ke kawasan tuntutan bagasi itu untuk ke pejabat yang dikatakan. 

Setelah laporan dan pemeriksaan kepada bagasi aku dibuat, pihak Air Asia telah mengeluarkan Property Irregularity Report dan bermurah hati untuk memberikan aku sebuah bagasi sebagai ganti bagasi aku yang telah rosak itu. Hehehe.. terima kasih Air Asia.

Walau apa pun halangan yang berlaku, jangan kita serik untuk travel lagi.

Baca juga pengalaman pahit manis kami di Tokyo, Jepun pada tahun 2017 : baca di sini

Setibanya kami di Seoul Station

"Travel isn't always pretty. It isn't always comfortable. Sometimes it hurts, it even breaks your heart. 
But that's OK. The journey changes you; it should change you. It leaves marks on your 
memory, on your consciousness, on your heart, and on your body. 
You take something with you. Hopefully, you leave something good behind".
 - Anthony Bourdain

You Might Also Like

10 comments

  1. Pengalaman travel menjadikan kita dapat selesaikan masalah dengan lebih matang ketika berada di negara asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh. pengalaman di setiap negara adalah berbeza, dan cara untuk menyelesaikan masalahnya juga berbeza

      Delete
  2. klu salah tengok map tu, mmg tak boleh elak.. hahaha sebab Korea dgn Japan rasanya train line diorg terlalu byk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak dibuat perbandingan, train di Jepun dan train di Korea berbeza. Di korea banyak subway tetapi di jepun banyak yang atas tanah. bg saya, di jepun lebih mudah walaupon jaringan trainnya sangat banyak, thanks to google map

      Delete
  3. lain kali abe kie nak join travel sekali la. Boleh tak? hehehe

    ReplyDelete
  4. roda bagasi tercabut tu kira masalah besar, sebab tak larat nak pikul beg berat2 tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. betul tu, mmg masalah besar. Nak tarik x bole nak pikul x larat

      Delete
  5. wah bestnya pengalaman jalan korea...teringin nak jalan korea jugak lepas covid ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah sampai korea, menyimpan hajat untukke korea sekali lagi

      Delete