932 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 8) - Usaha Ke Arah Berat Badan Unggul
Semua orang berdoa untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Sama seperti kebanyakkan orang diluar sana, aku juga sering berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, berdoa sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik itu tidaklah berguna. Maka tak perlulah kita berdoa kalau macam tu.
Kali terakhir aku berusaha je arah kesihatan dan cara hidup yang lebih baik adalah lebih kurang dua bulan sebelum ke aku Korea pada tahun lepas. Di mana pada masa itu, boleh dikatakan aku amat komited untuk mendapatkan berat badan unggul. Maka aku pon berusaha mengamalkan diet sihat dengan mengawal pemakanan dan juga membuat beberapa senaman ringan. Keputusannya, aku berjaya menurutkan berat badan hampir empat kilogram. Alhamdulillah.
Malangnya, selepas kembali ke tanah air yang tercinta, habis punah program diet aku. Aku kembali makan apa yang aku hendak mengikut selera. Selera pulak menjadi-jadi masa tu. Senaman memang tak buat dah. Sehingga berat badan aku kembali ke berat asal mungkin lebih. Takut nak timbang masa tu.. hahaha.
Tersentak dengan berat badan yang sudah berlebihan itu, aku sekali lagi berusaha untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Kali ini aku lebih komited. Sehingga ke hari ini, sudah masuk bulan kedua aku mengamalkan pemakanan dan diet secara sihat. Aku tidak mengambil apa-apa produk pelangsing atau pil menurunkan berat badan malah apa-apa jua bentuk supplement lain. Apa yang aku amalkan hanya pemakanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, gula dan makanan yang berminyak. Kadang-kadang ada juga tercheat day, macam semalam, aku termakan McD.
Sebelum ini selalunya on weekdays, aku akan bersarapan pagi dengan mengambil sama ada nasi goreng, mee goreng atau bihun goreng bersama dengan telur goreng atau telur rebus sambal. Kadang-kadang aku akan ambil nasi lemak juga. Kadang-kadang siap beli kuih lagi. Untuk tengahari pula, aku akan makan nasi, beserta lauk utama samada ayam atau ikan, satu jenis sayur dan satu lauk lain. Malam pula aku akan makan nasi sekali lagi dan selalunya nasi goreng. Aku akan makan lebih banyak on weekend. Ermmm....
Sejak mengamalkan pemakanan sihat ni, untuk sarapan pagi aku akan mengambil overnight oats dengan buah pisang (selalunya), dan aku akan selang-selikan dengan roti wholemeal bersama telur rebus. Untuk makan tengahari, aku akan mengambil nasi, bersama lauk utama samada ikan atau ayam, sayur dan lauk sampingan lain. Sebelum ini, kalau amik nasi selalunya aku akan amik satu bungkus penuh, kemudian aku kurang kepada 1/2 bungkus dan sekarang aku sudah boleh ambil 1/4 bungkus sahaja. Lauk utama pula aku akan amik yang kurang berminyak dan kurang berlemak. Sebelum ini aku memang suka sangat kari dan masak lemak, sekarang, rasanya dah lama aku tak ambil kari dan juga masak lemak itu. Untuk cukupkan satu bungkusan itu, aku akan ambil banyak sayuran, selalunya sayur kobis lah sebab itu jer yang ada kat sini (asik-asik kobis, asik-asik kobis, takde sayur lain ke diaorang ni). Malam pula aku akan makan yang paling minima. Selalunya aku akan ambil buah-buahan sahaja atau minum susu Omaega Plus secawan. Aku juga sudah meminimakan pengambilan gula tambahan atau sebarang makanan atau minuman manis. Aku cuba untuk mengambil minuman yang manis sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu sahaja.
Aku juga menggunakan applikasi MyFitnessPal oleh Under Armour untuk aku menghitung jumlah pengambilan kalori setiap hari. Sebagai seorang lelaki dewasa seperti aku, jumlah kalori yang disyorkan setiap hari adalah sebanyak lebih kurang 2,200cal/day. Untuk menurunkan berat badan yang telah disasarkan, pengambilan kalori yang disarankan oleh apps itu untuk aku adalah sebanyak 1,500cal/day dan aku boleh mencapai berat badan yang aku sasarkan itu dalam tempoh lima hingga enam bulan. Untuk mencapai sasaran itu, pengambilan kalori aku setiap hari aku tetapkan pada kadar lebih kurang 1,200cal sahaja. Aku juga cuba untuk meminimakan cheat day aku. Aku penah terbaca somewhere, semasa kita sedang diet, kita boleh sahaja untuk makan burger McD, tapi pastikan jumlah kalori harian kira adalah pada kadar yang telah kita sasarkan. Ini yang aku amalkan.
Aku juga sekarang sedang mengamalkan senaman ringan dan senaman yang aku jalankan hanyalah brisk walking. Untuk orang macam aku dengan lemak berlebihan, senaman berjalan kaki ada yang terbaik dengan risiko untuk mendapat kecederaan yang rendah. Sekurang-kurangnya enam kali seminggu aku akan brisk walking di taman-taman berhampiran kediaman aku. Pada mulanya, setakat 3km hingga 4km sahaja dan sehingga hari ini, jarak paling jauh aku pernah brisk walking adalah sejauh hampir 9km. Walau bagaimanapun, memandangkan PKPP sedang dijalankan di Selangor, maka aktiviti brisk walking aku tidak dapat dilakukan. Aku perlu mencari alternatif senaman lain agar program aku ni tidak terjejas.
Untuk aktiviti brisk walking ini, aku menggunakan applikasi MapMyWalk by Under Armour. Apps ini akan mencatat dan menyimpan rekod jarak, masa, kelajuan, purata kelajuan dan jumlah kalori yang dibakar untuk aktiviti yang dilakukan samada berjalan, berlari atau berbasikal. Ia juga merekod dan menyimpan data laluan aktiviti yang kita lakukan itu.
Sehingga ke hari ini, Alhamdulillah sehingga ke hari ini nampaknya usaha aku membuahkan hasil. Doakan semoga aku terus komited dan istikomah untuk meneruskan usaha ini. Wiah me luck guys...
6 comments
Mudah-mudahan berjaya mendapat berat unggul. Teruskan amalkan pengambilan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat. In shaa Allah akan tercapai target.
ReplyDeletehehehe... terima kasih
Deletegood luck good luck, bukan senang nak ada semangat tuk jadi lebih sihat and turun berat badan ni, kekalkan senama tiap hari pun mmg susah... klu tadak kwn ,harapkan sorg diri mmg lagi laaaaaa penyakit malas tu ada ...
ReplyDeletesaya buat sorang2 jer, kawan takmo join, terpaksa la motivate diri sendiri
Deletekeep it up... abe kie ni mmg tgh kurus skrg sbb ada penyakit. x perlu diet bagai...
ReplyDeletesemoga abg kie dikurniakan kesihatan yang baik. dah ada penyakit ni kene jaga kesihatan lebih sikit.
Delete