1039 : Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa - Rendang Daging Landak

 


Rendang Daging Landak 

Selasa lepas ada seorang sahabat singgah ke rumah, nak beri lauk katanya untuk makan malam. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Rendang Daging Landak katanya, hasil air tangan emaknya. Aku pon tak pernah rasa daging eksotik ni. Seram pulak rasanya nak makan sebab ini adalah kali pertama.Tapi kalau tak rasa sekarang, bila lagi kan. Kalau nak membelinya, tidak lah sebab dengar kata harganya agak mahal.

Harga daging landak per kilogram bervariasi, tetapi umumnya berkisar antara RM130 hingga RM210Beberapa penjual menawarkan daging landak dengan harga RM150 per kilogram. Ada juga yang menjualnya dengan harga RM180 per kilogram. Satu posting di X menyebut harga RM130 dan posting lain di Facebook menyebut harga RM210.  - AI Overview

Daging Landak ni agak padat dan kenyal tetapi tidak liat, maka tidak la sakit gigi masa makan dan tidak pula lenguh mulut mengunyah. Dagingnya juga tidak berbau. Rasanya tkdak sama dengan rasa daging ayam, lembu atau kambing. Dan aku suka daging landak. Kalau ada sesiapa nak buat kenduri daging landak, jangan lupa jemput saya... hehehe 

You Might Also Like

20 comments

  1. Rezeki jangan ditolak kan. Dapat juga merasa daging eksotik. Itulah tu, rasa seram nak mencuba tu memang ada sebab tak biasa kan. Setakat ni tak pernah lagi makan daging landak. Paling eksotik makan daging kancil. Sedap! Selain tu daging rusa pun sedap, itu tak kira eksotik dah kan. Boleh tahan juga ye harga daging landak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade rezeki orang memberi, itu pasal la kite cube rasa jugak. kalau nak membelinya sendiri tu, rasanya tidak laa...

      Delete
  2. Uncle teringin nak try landak ni.. lom ada peluang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole beli online je kot, di shoppee. cube uncle cari... hahaha

      Delete
  3. Daging landak, tak pernah makan..jumpa danging landak pun tak..blog ni nampak masakan daging landak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni saya pernah dengar orang makan jer, kali ni saya yang dapat rasa...

      Delete
  4. wahhhh rezeki la ni dapat rasa daging landak...Taufik belum ada rezeki nak merasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, orang berbudi kita berbahasa...

      Delete
  5. Jaman kecik2 dulu selalulah makan daging landak ni
    Sebab landak liar bersepah kat kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah ada orang ternak untuk dagingnya...

      Delete
  6. Saya belum pernah makan daging landak..dulu arwah bapa kata landak boleh makan daging, tapi tak pernah nampak landak yang sebenar..hanya nampak gambar ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah tgk landak kat zoo jer. kalau org bagi dagingnye, mesti tak tahu itu landak...

      Delete
  7. Singah awal pagi..ada urusan di hospital..kalik blog sebelum keluar ke hospital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah. harap semuanya baik-baik sahaja

      Delete
  8. nak makan landak ni jgn tgk masa ia disiang nanti tak lalu hahahaa.. beli daging yg dah siap potong ok.. sedap rendang landak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... ye ke.. pasal plak tu jangan tengok...

      Delete
  9. Terimakasih bloglistkan blog PE ya

    ReplyDelete