934 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 25) - Ikan Bakar Ala Portugis
Hari pertama PKPB diisytiharkan di seluruh Selangor beberapa minggu lalu, aku memang tidak bersedia. Oleh itu, untuk makan hari itu aku hanya order sahaja di Grabfood dan Food Panda memandangkan aku memang tidak membuat apa-apa pembelian panik sebelum itu. Oleh kerana itu, aku telah membelanjakan lebih RM30 untuk makan tengahari dan makam malam hari itu. Tersentak dengan itu, aku mula berfikir, kalau sehari RM30, seminggu sudah RM210, sebulan akan jadi berapa pulak, malas aku nak kira. Kalau di pejabat, selalunya aku akan berbelanja paling banyak pon RM10 untuk makan pagi dan tengahari, kadang-kadang terlebih ada kalanya terkurang.
Kalau macam ni hari-hari sepanjang PKPB ini, mau cepat kering poket aku nanti, dah la tak dapat BPN, hahaha. Keesokan harinya aku mengajak seorang sahabat untuk teman aku membeli barang-barang dapur untuk dijadikan lauk pauk untuk hari-hari mendatang. Ambik itu ambik ini, jumlah kerugian aku hari tu sebanyak RM120++.
Pikir-pikir nak masak apa untuk perut sendiri. Tekak teringin nak makan ikan bakar. Seperti biasa aku mencari resepi ikan bakar di FB dan IG. Kalau boleh nak resepi yang senang-senang jer. And then aku terjumpa resepi Ikan Bakar Portugis, macam best jer ni kata hatiku. Aku pon survey lagi untuk mencari resepi Ikan Bakar Portugis yang senang dan akhirnya aku jumpe di Youtube. Sesiapa yang berminat boleh lah ke youtube channel ini, Geng Makan.
Di sini aku nak sharekan resepinya.
Bahan-bahan.
1/3 cawan air asam jawa
1/4 cawan minyak masak
1 sudu makan gula
Daun kesum (aku tak letak, daun kesum pon aku tak kenal)
Daun limau purut
Bacang bendi (yang ni aku tak letak, pasal tak suke bendi)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (aku tak letak)
Pembalut aluminium
Masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing dan tumiskan sehingga masak.
Setelah masak, lumurkan bahan-bahan tersebut kepada ikan. Boleh letakkan bahan-bahan lain yang disukai seperti daun kesum, daun limau purut dan bendi. Dalam kes aku, aku letakkan petai.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 15 minit atau sehingga ikan itu masak.
10 comments
Ya Allah sedapnya petai tu.. petai makan dgn apa pun sedap
ReplyDeletekan... saya pon baru jer belajar makan petai ni
DeletePetai tu yang buat naik selera. Sedap ikan bakar portugis ni tau.
ReplyDeletehehehe... sedap. buat sendiri puas makan
Deleteyang penting sedap di tekak kita. Dan confirm selamat dimakan sebab buat sendiri ;)
ReplyDeletedan puas makan klu buat sendiri..
Deleteterliur abe kie tgok. nak gi merasa pun jauh. hehehe...
ReplyDeleteklu kite berjiran bole gak bg sikit kat umah abg kie.. kan
DeleteSedap! Aroma petai dan sambal tu buatkan ikan bakar bertambah sedap.
ReplyDeletebetul tu... tapi sayang petai yang dibeli tu tak fresh....
Delete