929 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 23) - Banana Cake with Chocolate Rice and Almonds
Beberapa minggu yang lepas, disebabkan ada beberapa biji pisang yang telah terlalu masak, aku pon dengan rajinnya mencuba satu resepi baru yang aku jumpa di FB. Resepi tu adalah kek pisang. Oleh kerana nampak biasa saja nama kek pisang itu, maka aku pon upgrade dia sikit menjadi Banana Cake With Chocolate Rice and Almond. Kalau guna nama orang putih ni nampak sedap sikit walaupon sama je sebenarnya.
Kepada yang berminat untuk mencuba, aku sertakan resepinya yang aku perolehi dari buatoranglapo.com. Nama yang diberi, Kek Pisang Gebu Bersama Coklat Chips Yang Mudah.
Bahan-bahan
4 biji Pisang Berangan (aku guna pisang ape ntah, tak tau namanya) 3 biji telur1 cawan minyak jagung (aku guna minyak masak biasa jer sebab takde minyak jagung)
1/2 cawan gula putih
Cara-cara
Kisar telur, minyak, gula dan esen vanilla lebih kurang 3-5 minit, kemudian baru kisar bersama pisang (part ni aku tak ikut resepi, pasal tak baca dulu. Aku lenyek pisang tu dulu, pastu baru masuk ke dalam bahan yang di kisar tadi). Actually sama jer kan...
Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung dan kacau sebati. Masukkan coklat rice atau apa-apa bahan lain yang disukai. Aku masukkan kacang badam yang telah dihiris halus.
Kemudian, tuangkan ke dalam acuan yang disukai.
Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 40 minit atau sehingga masak. Aku bakar selama 60 minit, baru confident masak.
Bila dah sejuk, boleh dihidangkan bersama minuman kegemaran anda sekeluarga.
Walaupon sukses dan rasanya sedap dan kurang manis (pasal aku kurangkan gula), tapi kek aku ni agak padat dan terlalu moist. Mungkin sebab gunakan minyak. Aku ni tak berapa gemar buat kek guna minyak, pasal selalumya mesti tak berapa nak jadi. Mesti akan jadi terlalu padat dan terlalu moist macam tak berapa nak masak dalamnya. Mungkin kene belajar lebih lagi dalam bidang baking ni.
Apa-apa pun aku akan terus mencuba lagi resepi ni, mungkin akan try guna butter plak.
Selamat mencuba.
6 comments
thank you sharing resepi ni! boleh cuba :)
ReplyDeleteselamat mencuba atie
DeleteSaya suka rasa kek kurang manis. Penggunaan minyak atau marjerin atau mentega akan mempengaruhi tekstur kek.
ReplyDeleteSy tak biasa guna minyak bila buat kek. Dah buat kali kedua kek ni, sy kurangkan minyak tu, nampaknya ok skit
Deletebila la nak boleh makan hasil tangan the most eligible bachelor di PPUM ni..
ReplyDeleteBila abam tersesat kat cyberjaya bole sy buatkan.. hehehe
Delete