873 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 3)
Seperti biasa, tanggal 25 Februari setiap tahun merupakan hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga aku berusia 21 tahun. Tiada istimewanya tanggal 25 Februari tahun ini, sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas. Pagi, seawal pukul 6.30 pagi aku sudah berangkat ke pejabat untuk mencari rezeki yang barokah. Minggu ini pula, merupakan minggu peperiksaan di mana aku seperti selalu akan menjalankan tugas-tugas aku sendirian untuk mengendalikan peperiksaan ini. Tiada sesiapa yang sudi membantu, hatta aku rasa tiada siapa yang tahu apa yang aku lakukan. Tetapi aku redho, rezeki aku masih di sini, uhuks.
Usai solat Zuhur petang itu aku kembali ke meja tugas ku. Tetiba ada sesuatu di atas meja. Bila aku tanya siapa punya, tiada siapa yang mengaku. Malah ada teman sepejabat yang mengatakan tu hadiah birthday aku. Aku amati bungkusan itu, sepotong kek Red Velvet dari Secret Recipe. Oleh kerana tiada siapa yang mengaku memberikan kek itu, aku membuat ucapan terima kasih secara terbuka. Terima kasih lah kepada yang sudi memberi kek itu.
Sepotong kek Red Velvet Secret Recepi pemberian teman pejabat.
Dua hari sebelum itu, kakak aku telah organize satu majlis sambutan hari lahir secara kecil-kecilan di rumah orang tua kami di Selayang, hanya dihadiri oleh ahli-ahli keluarga tersayang. Dia sponsor birthday untuk kami, aku dan suaminya yang menyambut ulang tahun hari kelahiran pada 23 Februari. Terima kasih aku ucapkan kepada kakakku yang tersayang kerana sponsor birthday kek untuk kami. Muah ciked...
Birthday Cake pemberian kakak tersayang
Sambutan Birthday Day kecil-kecilan bersama keluarga tersayang
Disamping kek dan majlis sambutan hari lahir kecil-kecilan dan kek Secret Recepi itu, aku juga ada menerima hadiah berupa minyak wangi tidak berjenama tapi wangi dari seorang sahabat yang telah diberinya sebelum ini. Terima kasih kepada sahabat itu. Aku juga ada menerima hadiah berupa tiket wayang percuma dari Encik Golden Screen Cinemas di mana aku tak sempat untuk menggunakan hadiah itu, kira burnlah tiket tu, sayang betul.
Hadiah birthday tahun ni, minyak wangi tidak berjenama
tapi wangi dan sepotong kek
Aku juga menerima banyak ucapan selamat hari lahir dari sahabat, teman dan kawan. Terima kasih kepada semua. Muah, love you all.
0 comments