872 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 7)

Cuti panjang sempena Hari Wilayah dan disambung dengan cuti Tahun Baru Cina terasa amat singkat. Sekejab saja rasanya cuti selama enam hari itu walau pon cuti panjang aku tu tidak aku menfaatkan dengan aktiviti berfaedah. Hari Isnin, 4 Februari itu sengaja aku mengambil Cuti Rehat, walaupon aku tiada apa-apa plan semasa memohon cuti tersebut. Sebab malas nak pi keje, makanya aku ambil cuti jer pada hari itu.

Akibat dah tak tahu nak wat apa untuk mengisi masa yang banyak terluang itu, aku pon plan lah nak cuba memasak sesuatu yang mudah, untuk makan sendiri jer pon. Terpikir-pikir hendak membuat kek sahaja dan bahan-bahan pon sudah ada dalam simpanan. Aku pon terus keluarkan sebuku mentega dan telur dari dalam peti sejuk untuk disuhubilikkan. Menunggu mentega dan telur itu disuhubilikkan, aku pon skroll-skroll IG. Tersinggah di satu IG yang popular ni. Terer gak mamat ni memasak. Skroll punya skroll ternampaklah beliau memasak Puding Roti. Disebabkan aku suka gak Puding Roti dan caranya pon agak mudah, aku pon decided untuk mencuba Puding Roti itu. Skroll lagi ternampak plak dia buat Puding Jagung. Wah... macam sedap gak Puding Jagung ni. Dah lama tak makan. Nak wat Puding Jagung gak lah.

Aku pon bersiap-siap seadanya untuk ke sebuah pasaraya berhampiran untuk membeli bahan-bahan. Shopping punya shopping, lebih RM100 jugaklah aku berbelanja termasuk benda-benda yang tak termasuk dalam plan memasak aku petang itu. Ciss...

Malam itu aku pon memulakan projek aku. Menu yang bertuah dipilih oleh aku pada malam itu adalah Puding Jagung. Sebab jagung dalam tin tu dah ada, lama dah aku beli, takut expired plak. Resepinya boleh carilah dalam google atau IG, tak perlulah aku share, pasal aku pon ikut resepi dalam IG, hehehe..

Proses awal. Campurkan semua bahan-bahannya 
dan kacau perlahan-lahan sehingga kental

Bila adunan dah mula kental, godak adunan dengan sepenuh tenaga 
supaya tak terkeras plak bahagian bawahnya nanti

Inilah hasilnya Pusing Jagung aku. Jangan kecam sebab tak cantik, tapi rasa tidak mengecewakan. Oklah untuk pertama kali percubaan. Komen dari kakak aku sendiri yang merasa, katanya keras sedikit mungkin terlebih tepung kastard itu. Ok, noted kakak.

Hasilnya...


Lagi satu, sebab tak cantik pasal aku terlambat letak dalam bekas itu. Dalam resepi kata, biar sejuk sedikit kemudian baru masukkan ke dalam bekas. By the time aku nak masukkan dalam bekas, adunan itu sudah mula mengeras plak. Hehehe...


You Might Also Like

0 comments