876 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 5) - Simpan Sahaja Lebihan Itu
Alhamdulillah, tertunai sudah tanggungjawabku kepada negara yang tercinta ini. Setiap tahun terpaksa ditunaikan agar tidak dilabel sebagai pengkhianat negara. Tahun ni, pertama kali membayar kepada kerajaan Pakatan Harapan, kalau duhulu semasa Kerajaan UMNO, tak bayar akan dilabel sebagai pengkhianat negara, sekarang ni tak tahulah apa gelaran yang akan diberikan kepada mereka yang tidak membayar cukai ni. Huhu...
Najib kata tak bayar cukai akan dianggap pengkhianat negara
Tun M plak nak anggap apa?
Tahun ini tak banyak pengecualian cukai yang aku pohon, sekadar yang biasa-biasa sahaja termasuk pengecualian untuk gaya hidup. Bahagian ini aku akan tuntut pada kadar maksima kerana aku ada melanggan perkhidmatan internet sehingga bukan November tahun lalu. Aku juga ada membuat tuntutan ke atas bayaran perkhidmatan kesihatan dan juga untuk insuran. Selain itu jangan lupa pengecualian untuk zakat...
Makanya, jumlah cukai terlebih bayar aku tidaklah sebanyak tahun lalu, dapatlah dalam RM300 lebih sahaja. Jadilah. Dan duit lebihan itu, jika dapat nanti boleh aku simpan untuk aku berjimba-jimba di Korea bulan Oktober nanti.
Tak sabar nak menunggu hari ke Korea. Nak drag macam ni bole tak?
0 comments