875 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 9) - Bila Ada Tetamu Datang Ziarah

Perancangan awalnya hanya nak ajak beberapa orang kawan lama zaman belajar di ITM dulu untuk lepak, sembang-sembang sambil mengeteh di Cyberjaya. Maklumlah, dah lama sangat tak jumpe kawan-kawan satu geng aku ni. Nak dengar juga kabar berita dan membawang panjang. Tiba-tiba ada kawan yang nak bawak famili sekali plak. Aku lantas terfikir, nak lepak-lepak ngeteh jer pon, takkan nak bawak famili. Tinggal sekejap pon tak bole ke. Bukan selalu pon. Ermm...

Plan terpaksa diubah, dari lepak di kedai ke lepak di rumah aku jer. Makan pula dibawa secara pot-luck. Seorang kawan telah setuju untuk membawa sup daging dan aku sebagai tuan rumah akan memasak nasi putih dan menyediakan air minuman dan buah-buahan. Yang lain masih tidak memberikan kata putus. Seorang tu memang dah beritahu tak dapat join, yang sorang lagi ada aktiviti apa ntah sampai ke petang dan seorang lagi yang nak bawak famili tu diam seribu bahasa. 

Pada hari yang dijanjikan, hanya seorang sahaja yang akan datang. Yang nak bawak famili tu tiba-tiba mak mertua nak datang ke rumah. Aku pagi-pagi lagi dan berkira-kira nak buat apa. Memandangkan Zam akan datang bawa sup daging, aku bercadang nak masak sayur chinese style yang aku pernah buat dulu je dan aku akan cuba buat puding roti sebagai desserts. 

Sebenarnya, bahan-bahan nak buat puding roti tu dah lama ada sebab dah lama cadang nak buat. Aku cuma beli roti sahaja. Aku check IG seorang instafemes ni cara-cara dia buat puding roti tu, sebab caranya agak senang. Sebenarnya sama je caranya kalau tengok mana-mana resepi pon, ahaks. Tapi aku meng'improvise'kan sikit resepi itu, aku letak Nutella supaya ada rasa-rasa coklat.

Puding Roti yang telah sedia untuk dibakar. Dalam resepinya, bakar dengan 
menggunakan teknik 'water bath'. Aku pon belasahnye menggunakan teknik ni. 
Aku pegi letak air biasa, sepatutnya air panas... hahaha

Dan seperti biasa bila aku mem'baking' menggunakan oven tu, hasilnya mesti hitam dan hampir rentung lagi hangus. Walau bagaimanapun, di dalamnya sangat cantik dan moist. Luar jer fail.. hahaha...

Hasilnya, hitam dan hampir rentung dan hangus kaedahnya. Hehehe...

Disamping itu, aku turut menyediakan Kuah Kastardnya. Semasa menyediakan kuah ini hasilnya agak berketul-ketul, mungkin kesilapan semasa memasukkan tepung kastardnya. Aku rasa ada baiknya memasukkan tepung yang telah dicairkan dengan air supaya dapat memastikan kepekatan kuah yang kita nak. Tapi aku pegi masukkan tepung semata-mata, terus kuah aku jadi macam berketul-ketul. Akhirnya aku tapis je kuar itu, so dapatlah kuah yang cantik. Bagi aku kuah kastard ni sangat sedap... hehehe

Puding Roti bersama Kuah Kastard. Presentasi mestilah kene A+, 
barulah nampak berselera nak makan. Jemput tengok semua...

Akhir kata, Puding Roti bersama Kuah Kastard aku mendapat pujian dari isteri dan anak kawan aku yang datang tu. Terima kasih kepada Zam sekeluarga kerana sudi datang ke teratak hamba (walaupon dia memang selalu datang pon, ahaks).

You Might Also Like

0 comments