874 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 8) - Bila Sudah Terlebih Rajin
Ini merupakan kali pertama aku mencuba kedua-dua juadah ini. Sebelum ni aku hanya tengok dan makan sahaja. Sesampai sahaja di rumah, selepas Zuhur, aku segera membuat persiapan. Perancangannya hari ini, hendak membuat Bubur Ayam dan Mix Veggies Chinese Style.
Bawang merah dan bawang putih ditumis terlebih dahulu kemudian masukkan kepingan ayam.
Selepas itu campakkan sahaja ke dalam periuk yang nasinya sedang ditanak.
Masukkan sedikit garam untuk rasa dan serbuk lada hitam jika suka. Tanak sehingga masak nasi tersebut.
Setelah nasi tersebut hampir kering, gaulkan ia dan masukkan air panas
mengikut consistency bubur yang kita nak. Bubur aku ni terkering plak,
dah macam risotto plak jadinya.
Sambil menunggukan bubur itu masak, aku pon menyediakan juadah kedua aku pada hari itu iaitu Mix Veggies Chinese Style. Resepi dia aku ikot IG ntah sape ntah. Nampak macam senang, tu pasal lah aku cube buat. Alhamdulillah menjadi la jugak walaupon terlebih masin pada awalnya.
Mix Veggies Chinese Style. Terlebih masin dan terlebih tepung jagung,
so kuah dia jadi sangat pekat.
Bubur Ayam yang terlebih kering, sekali pandang macam risotto jer.
Walau ape pon, rasanya tidak mengecewakan.
Presentation kene A+. Barulah berselera nak makan.
Jemput tengok semua. Hehehe...
Petang itu semasa sedang seronok melepak, tiba-tiba sahabat ajak buat Kek Sarang Semut atau Kek Gula Hangus. Aku pon berkata, kenapa lah dia ni nak buat kek yang susah tu. Tetapi sahabat mengatakan ianya tidak susah. Aku terus google cara membuat kek itu, dan bagi aku, tidaklah sesusah yang aku fikirkan. Cuma satu bahan sahaja tiada dalam stok aku, iaitu Soda Bikarbonat. Kami terus ke pasaraya berhampiran untuk membeli bahan tersebut dan tepung gandum memandangkan stok tepung gandum aku sudah kekurangan. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami memulakan projek Kek Sarang Semut kami. Resepi dan cara membuatnya, kami ikut blog mane ntah.
Telur dan susu pekat manis yang telah siap digauli. Kemudian dimasukkan pula
campuran tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak.
Kemudian barulah masukkan gula yang telah dicairkan itu.
Semasa melihat resepi yang kami ikut dari blog mane ntah tu, tak perasan pulak yang kek ni perlu diperam terlebih dahulu sebelum dimasak. Ada juga yang aku baca, tempoh peraman adalah antara 1 hingga 3 jam. Tapi ada juga sahabat di FB mengatakan, tak peram pon takpe, jadi juga kek nyer nanti. Makanya, sebagai beginners dalam bidang ni, kami pon peramlah dahulu selama 2 jam. Pukul 8.30 malam barulah kek kami dapat masuk oven.
Itu dia.. Kek Sarang Semut yang baru sahaja dikeluarkan dari oven
Alhamdulillah, cantik naiknye.
Kek yang sudah disejukkan dan diterbalikkan. Cantik tak?
Berdebar-debar nak potong untuk melihat hasil di dalamnya.
Ada atau tidak sarang semutnya.
Alhamdulillah, menjadi jugak kek kami. Jemput tengok semua.. Hehehe...
Alhamdulillah, menjadi juga kek kami walau pon pada pandangan aku macam tak berapa cantik dalamnya. Rasanya juga agak manis bagi selera aku. Mungkin boleh diperbaiki next time. Akan ku cuba sekali lagi nanti. Dapat juga aku bawa ke pejabat pasal ada seorang kakak tu macam teringin plak nak rasa. Semua yang merasa mengata sedap dan memuji kek aku. Kembang aku sekejap... hehehe
0 comments