... dan aku menulis untuk diri sendiri
Tahun 2017 sudah sampai ke penghujungnya dan tahun 2018 menjelang tiba. Banyak kenangan pahit manis di tahun 2017 akan ditingalkan. Simpanlah menjadi kenangan suka duka bersama. Tetapi barang lepas jangan dikenang, just move on. Semoga 2018 menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang telah ditinggalkan.

Throwback sepanjang tahun 2017, kisah suka duka aku.

Azam 2017
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun 2017 yang lepas, aku telah berazam untuk tidak berazam. Semak je azam-azam ni. Aku tak berazam pun matlamat aku kebanyakkannya tercapai. Alhamdulillah.

Kehidupan 
Hidup perlu diteruskan walaupon banyak ranjau sepanjang jalannya. Kesihatan aku agak tidak baik sepanjang tahun 2017. Sakit kulit di kaki aku semakin hari semakin parah. Ditambah lagi dengan sakit lutut yang sering menyerang aku. Apabila aku dah tak tahan lagi dengan keadaan itu dan ubat-ubat dari klinik yang sering aku pergi sudah lagi tidak berkesan, aku terpaksa mencari alternative lain. Ramai kawan-kawan kat pejabat yang mengesyorkan aku pergi ke sebuah klinik di Bangsar. Nak tak hendak, terpaksa aku pergi juga semoga ada perubahan. Encik Doktor yang merawat aku memarahi aku kerana lambat mendapatkan rawatan sehingga keadaan kaki aku sudah sangat teruk. Aku terus menerangkan kepada beliau yang sebelum ini aku telah pergi ke dua klinik pakar kulit, tetapi rawatan yang diberikan tidak berkesan. Encik Doktor meneruskan rawatannya dan membekalkan aku dengan ubat. Terkejut dan hampir pengsan aku (penyedap ayat jer ni) dibuatnya bila bil yang aku terima mencecah RM700.00. Selepas beberapa hari menggunakan ubat yang dibekalkan, aku sudah nampak perubahannya. Dan sehingga kini, keadaan sakit kulit di kaki aku sudah terkawal dan sejak itu, aku tidak lagi diserang sakit lutut dan kaki. Bengkak di kaki aku juga telah surut. Syukur, Alhamdulillah. 

Pada bulan Oktober 2017, sekali lagi aku diduga. Kali ini aku dikejarkan ke Hospital Selayang kerana sakit perut yang amat sangat. Encik Doktor yang merawat mensyaki aku mengalami appendiks. Aku dibedah pada keesokkan harinya dan ditahan di wad selama empat hari. Aku juga diberi Cuti Sakit selama dua belas hari. Alhamdullillah, semuaya dipermudahkan. 

Harta dan Kekayaan
Alhamdulillah, selepas lebih dua tahun menunggu, akhirnya aku telah menerima kunci rumah pertamaku pada 26 Disember yang lepas. Walaupon tidak besar, aku bersyukur kerana ia milik aku. Walau bagaimanapun aku takde perancangan lagi untuk berpindah. Banyak perkara yang aku terpaksa fikirkan sebelum berpindah sepenuhnya ke rumah baru. Urusan penyerahan kunci berjalan lancar, walaupon terdapat sedikit masalah pada awalnya mengenai bayaran Vacant Possession. Pada 30 Disember, aku telah mengupah seseorang untuk melakukan defect check, dan telah menemui 100 defect pada rumah itu. Walau bagaimanapun semua defect yang ditemui adalah minor sahaja dan normal pada kebanyakkan rumah baru. InsyaAllah kalau takde aral melintang, laporan untuk defect akan diterima pada hari Isnin, 1 Januari 2018 dan akan diserahkan kepada pihak pemaju pada weekend minggu depan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Kereta aku kalau mengikut jadualnya akan habis dibayar pada akhir tahun 2018. Makanya, pada tahun hadapan aku tidak lagi boleh nak berpoya-poya sangat. Takut kesempitan pula. Komitmen sekarang dah banyak.

Kerja
Kerja semakin hari semakin membosankan. Ditambah pulah dengan boss yang mengamalkan pemerintahan kuku besi, semua benda kene ikut cakap dia. Setiap pagi macam berat untuk bangun pergi bekerja. Hari-hari cuti memang ditunggu-tunggu. Tugas aku semakin banyak bila mana aku terpaksa mengambil tugas seorang kakitangan yang telah ditukarkan tanpa pengganti. 'Terima kasih' kepada urusan naziran yang dilakukan oleh UM. 

Kerja bagai nak mampus pon tidak dihargai oleh boss berkuku besi itu. Markah KPI tahunan tak sampai 80%, itu pon setelah memujuk rayu PPP untuk memberikan markah yang lebih (dapat 2 markah lebih jer), dapat lah cover markah rendah yang diberikan oleh si kuku besi itu. Tahun ini juga aku telah dipanggil untuk ke sesi kaunseling kerana markah KPI tahun lepas aku di bawah 80%. 'Terima kasih' kepada boss berkuku besi itu kerana menghantar nama aku dan semua nama kakitangan pentadbiran ke Unit Kaunseling untuk sesi kaunseling. Bila kene tengking dengan sorang staf mengenai perkara ini, bole pulak dia cakap dia tak tahu. F*ck you boss...

Liburan
Tahun ni tak banyak acara liburan yang dapat aku nikmati. Walau bagaimanapun, tahun ini aku telah berjaya menjejakkan kaki ke Negara Matahari Terbit. Satu pengalaman dan percutian yang paling best selama aku mula belajar travel. Aku nak ke Jepun lagi...... 

Azam 2018
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi tahun 2018 yang akan bermula esok, aku berazam untuk tidak berazam. OK bye.

Merenung ke luar jendela. Merenung ke masa hadapan. 
Semoga 2018 adalah lebih baik dari tahun-tahun yang ditinggalkan. 
Selamat tahun baru 2018.

  • 3 Comments
Pada 21 November 2017 yang lepas bersamaan dengan hari Selasa, aku bersama dengan seorang sahabat telah pergi ke vForum2017. Ini merupakan tahun ketiga aku menghadiri forum seumpamanya yang dianjurkan oleh vmWare Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelumnya, forum ini dilangsungkan di OneWorld Hotel, Bandar Utama.

Pada permulaannya, aku sebenarnya tidak terpilih untuk menghadiri forum tersebut disebabkan aku bukan bekerja dalam bidang IT atau bidang-bidang seumpamanya. Agak sedih jugaklah ketika itu. Tujuan aku menghadiri forum itu disamping untuk update pengetahuan aku dalam bidang IT, aku juga ingin untuk collect hadiah-hadiah yang diberikan oleh pihak-pihak sponser. Oleh yang demikian, aku telah mencipta satu bogus identity semata-mata untuk menghadiri forum tersebut (matilah nak, kalau pihak penganjur dapat tahu) dan akhirnya aku berjaya. Huhu...

Pada hari kejadian, aku bersama sahabat telah sampai di OneWorld Hotel lebih kurang pukul 7.30 pagi. Walau bagaimanapun, barisan peserta untuk pendaftaran telah panjang sehingga telah sampai ke tingkat dua hotel. Mahu atau tidak, terpaksa lah aku dah sahabat berbaris untuk pendaftaran. 

Setelah selesai pendaftaran kami masuk ke dewan utama dan bersarapan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh penganjur. Pagi itu, pengajur telah menyediakan bihun Singapore, ayam goreng dan roti manis juga teh dan kopi serta biskut. 

Selesai bersarapan, kami mula melawat booth sponser yang ada untuk collect free gift dan mendapatkan stamp para sponser. Ada booth yang kene jawab questionnaires dulu sebelum dapat free gift dan stamp. Lebih kurang 9.30 pagi kami masuk ke dewan untuk acara pembukaan, seminar, talk dan knowledge sharing. Agak membosankan jugak, sempat juga aku dan sahabat terlelap.

Makan tengahari dihidangkan pada pukul 11.30 pagi. Belum ape-ape peserta dan beratur panjang untuk mengambil makan tengahari yang sangat mewah. Ape-ape pon, lamb rendang dia sangat sedap. Selepas selesai makan tengahari, kami sambung lagi operasi mendapatkan stamp dan free gift.

In the end, free gift yang berjaya diperolehi sangat kurang dan tidak menarik berbanding dua tahun aku menghadiri forum ini. Semua sponser mengamalkan dasar berjimat cermat kot.

Free gift yang diperolehi tahun ni yang kurang lumayan

Free gift yang diperolehi pada tahun 2016

Free gift pada tahun 2015

Yang amat mengecewakan, nama sahabat naik untuk hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan, malangnya kami dah bergerak pulang. #sedihdankecewa #takdapattidurmalam

  • 0 Comments
... sambungannya 

12 Oktober 2017 (Khamis)

Hari kedua aku di Wad 4B Surgical. Doktor yang buat round-up pagi ni telah membenarkan aku untuk minum sedikit sahaja. Itupon sekadar clear fluid a.k.a air kosong. Waktu melawat tengahari itu, tiada siapa yang datang melawat aku. #sedey

Selepas waktu melawat tengahari itu, doktor buat round lagi. Kali ini doktor membenarkan aku untuk minum susu. Makan masih tidak dibenarkan kerana dikatakan bahawa kesakitan aku telah pecah di dalam. Confius aku sekejap, di dewan bedah semalam selepas pembedahan, aku dimaklumkan hanya bengkak sahaja, pagi ni pecah pulak. Ermmm... Apa-apa pon syukur kehadrat Allah swt semuanya telah selamat dan dipermudahkan. Aku segera menghantar message kepada kakak dan sahabat aku untuk membelikan susu untuk aku. 

Waktu melawat petang itu, sahabat aku datang melawat sambil membawa susu yang aku pesan. Sebentar kemudian, datang pula ayah, kakak serta anak-anak buah aku. Gembira aku mereka datang, takde la bosan sangat. Dok hospital ni memang membosan kan, dah la tak bole makan, nak berjalan pon tak bole pasal aku pakai dua drip di tangan aku. Nak pi toilet pon kene panggil nurse untuk cabut drip aku dulu, pastu baru bole pegi. 

Dah macam pipe line dah aku tengok mende kat tangan aku ni...

Malam itu, lebih kurang pukul 12.00 tengah malam, sedang aku baru nak lena, seorang Puan Nurse datang. Ditanya kepada aku samada aku boleh tak untuk ditukarkan wad, kerana wad aku ni sudah penuh dan ada kes lain nak masuk. Memandangkan aku sudah stabil dan sudah dibenarkan makan, mereka perlu memindahkan aku. 'What!!! Saya dah boleh makan, tak bagitau pon'. Dengan poyonye Puan Nurse menjawab, 'Tadi doktor datang nak bagitau, tapi encik tido'. Cis... dah malam baru nak bagitau, bukannya ade makanan pon. Puan Nurse offer aku biskut, tapi aku cakap takpelah, esok pagi je saya makan. Aku terus dibawa ke Wad 6A ORL/OS. 


13 Oktober 2017 (Jumaat)

Hari ketiga aku di Wad 6A ORL/OS pula. Pagi ini aku dapat makan makanan hospital, nasi goreng dengan teh. Disebabkan aku telah hampir 3 hari berpuasa, walaupon nasi goreng dia tak berapa nak sedap, aku makan dengan lahapnya, licin pinggan itu. Hehehe...

Makanan pertama aku selepas hampir 3 hari berpuasa. 

Puan Nurse juga ada memberitahu aku bahawa aku sudah boleh discharge hari ini. Semua dokumen telah disediakan menunggu doktor untuk datang melihat keadaan aku sahaja. Doktor sudah datang pagi tadi, tapi masa dia datang aku di dalam tandas. Makanya, dia tak tengok aku pagi ni. Ciss...

Petang itu doktor datang lagi. Diperiksanya keadaan aku dan luka pembedahan aku. Aku tidak dibenarkan discharge hari itu kerana luka aku masih belum kering. Terpaksalah aku bermalam di hospital lagi hari itu. Uhuks...


14 Oktober 2017 (Sabtu)

Hari keempat dan aku masih lagi di Wad 6A ORL/OS. Doktor pagi itu datang, memeriksa dan membenarkan aku untuk pulang ke rumah. Huhu... gembiranya aku. Lagi lama kat hospital ni, aku rasa tekanan darah aku makin naik. Ape taknya, tiap-tiap malam tidorku diganggu.

Hari ketiga di Wad 6A ORL/OS. Dapat katil tepi tingkap juga. 

Aku menguruskan segalanya proses discharge aku. Sebelum pulang, Puan Nurse membuat dressing pada luka aku, membekalkan semua dokumen yang berkenaan dan ubat. Lebih kurang pukul 1.00 petang, adik aku datang untuk membawa aku pulang.

Terima kasih yang teramat tinggi aku ucapkan kepada abang aku, yang telah menghantar aku ke klinik dan ke hospital. Sanggup menunggu aku sehingga pukul 3.30 pagi. Terima kasih juga kepada kakak aku yang hampir setiap hari datang melawat dan meneman aku di hospital. Terima kasih juga kepada adik aku yang datang menjemput aku untuk dibawa pulang. Terima kasih juga kepada dua orang sahabat aku yang datang melawat aku di hospital.

Terima kasih juga kepada semua doktor, jururawat dan semua kakitangan Hospital Selayang yang membantu saya sepanjang saya di hospital. Muah...


  • 0 Comments
... sambungannya

Encik Doktor itu mengarahkan aku untuk berpuasa, dan makanan terakhir aku hanyalah seketul roti bun dan air kosong pada 2.30 pagi, 11 Oktober 2017. 

Menjelang matahari terbit, mulalah para-para doktor ni buat round dari katil ke katil sambil membebel bende-bende yang kadang-kadang aku tak paham (bahasa doktor la tuh). Encik Doktor yang buat round itu memaklumkan bahawa aku terpaksa menjalani pembedahan dalam masa terdekat ni, tapi tak pula dia cakap bila. Bila aku tanya Puan Nurse, dia cakap tunggu queue untuk Dewan Bedah. Kemudian aku didatangi pula oleh tiga orang Doktor Pelatih dari UPNM. Mereka meminta kebenaran untuk bertanya aku beberapa soalan dan membuat check-up ke atas aku. Aku merelakan jer. Dekat 30 minit jugak aku dikerjakan oleh doktor-doktor pelatih itu. Mungkin kes aku istimewa kot, mereka tak jumpa lagi kes macam aku.

Wad 4B Surgical, Hospital Selayang. 
Dapat katil tepi tingkap. Dapatlah melihat permandangan luar

Menjelang tengahari tiba waktu melawat dan kakak aku datang berseorangan. Disebabkan aku sedang berpuasa, aku minta dia bawakan aku sebotol air mineral sahaja. Tak lama kemudian, datang pula seorang kawan aku bersama kawannya. Rumah kawan aku tu depan Hospital Selayang tu jer, kalau tak datang melawat aku, memang nak kena la tu. Dah la nak jumpe sekali sekala pon susah, mengalahkan retis. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi melawat aku.

Habis waktu melawat, kakak dan kawan aku tu pon beransur pergi. Datang pula seorang Puan Nurse ke katil aku, 'Encik... siap ye, kite pergi operation sekarang. Nanti saya bagi baju'. Terkejut aku sekejap dan terus berdebar-debar. Ni lah pengalaman pertama aku nak masuk Dewan Bedah dan kene bedah. Puan Nurse memberi aku sepersalinan pakaian berwarna biru tua dan terus membawa aku ke dewan bedah. 

Dihadapan pintu masuk dewan bedah, seorang Puan Nurse bertanyakan aku beberapa soalan lazim seperti siapa nama aku, di mana aku tinggal dan pembedahan apa yang aku akan jalani sebelum aku dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Di dalam dewan bedah, aku nampak terdapat beberapa orang doktor dan kakitangan dewan bedah itu telah bersedia menyambut aku. Aku makin cuak. 

Seorang doktor wanita berbangsa India datang menghampiri aku dan memperkenalkan dirinya. Beliau adalah seorang pakar bius yang akan mengendalikan kes aku. Beliau bertanya lagi soalan lazim yang sama seperti Puan Nurse sebelum itu dan menerangkan operasi yang akan dijalankan ke atas aku. Kemudian aku dibawa masuk pula ke dalam Bilik Bedah. Puan Doktor itu bertanya lagi soalan lazim yang sama (berapa kali mau tanya laaa....) Kemudian seorang kakitangan wanita di situ bersuara, 'maaf ye encik, tanya banyak soalan. Ini prosedur'. Aku pon, 'OK, noted'. 

Kakitangan dewan bedah itu terus mempersiapkan aku untuk menjalani operasi. Topeng oksigen dipasang ke hidung aku dan doktor menyuruh aku bernafas seperti biasa. Kemudian Puan Doktor berkata, 'Encik, kita masuk ubat sekarang ye, ubat ni pedas sikit'. Tiba-tiba salah seorang kakitangan dewan bedah itu mencelah, 'pedih!' Puan Doktor pon, 'Owh.... pedih'. Aku yang sedang berdebar-debar itu boleh lagi tersenyum. Dan aku dengar Puan Doktor berkata, 'Hehehe... he is smiling'. Dan.....

(Tiga jam kemudian)

Aku tersedar tatkala doktor sedang menarik keluar tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam tekak aku. Mengelupur aku sekejap, rasa sakit dalam tekak dibuatnya. Batuk teruk aku dibuatnya dan tekak aku berasa tak selesa selepas itu. Doktor memberitahu bahawa pembedahan aku telah selesai dan aku dibawa ke Observation Ward untuk seketika. Mata aku masih terasa berat dan sukar untuk dibuka. Kepala juga terasa pening. Aku macam hilang akal sekejap, confius dengan apa yang sedang berlaku.

Seorang kakitangan dewan bedah itu menghampiri aku, bertanya lagi soalan-soalan lazim itu, dan aku menjawab semuanya dengan baik. Aku dibenarkan keluar dari observation ward dewan bedah itu. Aku dibawa balik ke wad. Sampai di wad aku lihat ayah dan kakak aku sudah menunggu bersama dengan dua orang anak kakak aku. Syukur mereka aku telah selamat menjalani pembedahan. 

... bersambung

  • 0 Comments
Sudah dua belas hari aku berehat di rumah setelah diberi Cuti Sakit selama dua belas hari oleh doktor yang merawat aku. Dalam tempoh masa itu juga, aku berpeluang menginap di dua wad di Hopital Selayang itu selama 4 hari 3 malam dan turut berpeluang melawat ke Dewan Bedah. Semuanya gara-gara sakit yang dihidapi aku secara tiba-tiba. Syukur aku ke hadrat Allah swt, semua urusan aku sepanjang tempoh genting itu dipermudahkan. 

Semuanya bermula pada tanggal 10 Oktober 2017 (Selasa). Aku bertugas seperti biasa di kantor yang amat membosankan itu. Semuanya berjalan dengan lancar, walaupon aku super busy minggu itu mengendalikan 2 peperiksaan yang dijalankan pada minggu yang sama. Seingat aku, dalam pukul 11.00 pagi, perut aku mula meragam. Terasa kurang selesa tetapi aku membiarkan saja. Aku keluar dengan kawan-kawan aku membeli makan tengahari dan makan tengahari seperti biasa. Selepas waktu rehat tengahari itu, perut aku masih sakit dan aku menjadi lebih tidak selesa. Walau bagaimanapun, aku masih mampu bertahan sehingga ke pukul 5.00 petang. Aku segera balik ke rumah dan berehat dan akhirnya aku terlelap.

Setengah jam kemudian, aku terjaga dan perut aku tiba-tiba menjadi lebih sakit, memulas, mencucuk, perit, pedih dan sebagainya aku rasa. Tak dapat aku gambarkan kesakitan itu sehingga menitis air mata jantanku. Apabila kesakitan aku tidak dapat ku tahan lagi, aku capai telefon bimbitku dan segera menelefon abang aku. Dia seorang sahajalah saudara aku yang terdekat dan hanya dia yang dapat aku fikir ketika itu. 

Abang aku yang masih di pejabat berkata dia boleh sampai dalam masa 1 jam. Menunggulah aku dalam keadaan sakit yang hanya orang yang pernah mengalaminya tahu. Aku segera di bawa ke sebuah klinik swasta berhampiran. Encik Doktor menekan perut aku yang sakit itu dan membuat ujian air kencing. Akhirnya, beliau menulis surat dan menasihatkan supaya aku dirujuk ke hospital. Aku dibawa terus oleh abang aku ke Jabatan Kecemasan Hospital Selayang. 

Selepas diambil tanda-tanda vital dan pendaftaran, aku menunggu hampir 1 jam sebelum nombor giliran aku dipanggil. Sekali lagi Encik Doktor menekan-nekan perut aku dan mangarahkan aku untuk menjalani ujian darah. Darah aku diambil (3 tube) dan ubat 'pain-killer' dicucuk di lengan aku. Terasa kebas tangan aku sekejap. Aku terpaksa menunggu keputusan yang dijangka mengambil masa 2 setengah jam itu. Pada masa aku sakit aku telah berkurangan, aku rasa agak selesa ketika itu. Aku menyuruh abang aku balik dahulu, kesian plak dia penat. Apa-apa nanti aku akan bagitahu dia. Dia pon berlalu dan akan datang semua pukul 11.00 malam nanti. 

Dalam menunggukan keputusan darah itu, nombor aku dipanggil lagi. Kali ini Encik Doktor mengarahkan untuk aku membuat x-ray pula. Pergilah aku ke bahagian X-ray dan x-ray dada dan abdomen aku diambil. Tidak sampai 1 jam selepas itu, nama aku dipanggil dan aku diminta untuk duduk di dalam Observation Ward sambil menunggu Doktor Bedah. 'Uish.. belum ape-ape dan kene consult dengan doktor bedah ke?', fikir ku. 

Dalam pukul 2.00 pagi, dua orang doktor datang berjumpa aku. Ditekannya perut aku sekali lagi. Masih terasa sakit pada bahagian kanan apabila ditekan. Pot pet, pot pet... Encik Doktor itu meminta supaya aku ditahan di wad untuk observation lebih lanjut. Sempat juga aku bertanya kepada Cik Doktor yang turut ada bersama ketika itu, apa keputusan x-ray aku. Cik Doktor itu memaklumkan bahawa jika masalah seperti encik ni, x-ray memang tak tunjuk apa-apa. 'Ermmm... abis tu yang ko amik x-ray tu wat pe?', getus hatiku. Takpelah, dia Doktor, dia tau lah apa yang dia buatkan. 

Di kesunyian malam itu, aku masih menunggu keputusan makmal dan x-ray

Pukul 4.00 pagi, aku dan seorang lagi pesakit di bawa ke wad. Bermalam lah aku (walaupon dan pagi) di Wad 4B Surgical. 

... bersambung

  • 4 Comments
Setelah lebih dari dua tahun menunggu, akhirnya rumah pertama aku sudah hampir siap. Hanya menunggu pihak pemaju membuat serahan kunci yang dijangka dalam bulan November 2017 nanti. Pada 5hb Ogos 2017 yang lepas, pihak pemaju ade membuat majlis bertemu dengan bakal penduduk. Aku dengan dua orang sahabat telah hadir ke majlis ini. Kami dibenarkan masuk ke dalam beberapa unit rumah yang telah siap dengan kemudahan-kemudahan yang bakal kami dapat. Ada dua rumah contoh yang fully furnished, boleh la berangan-angan deko ape yang dibuat dalam rumah tu nanti. Disamping itu ada juga dibuat promosi jualan barangan perabut Fella Design dengan jualan barangan elektrik. Unit aku di Blok C tidak dibenarkan masuk dan rumah sahabat di Blok A tingkat 7 juga tidak dibenarkan masuk. 

Kemuncak majlis pada hari itu adalah sesi soal jawab bakal penduduk dengan pihak pemaju. Macam-macam soalan yang diajukan oleh bakal penduduk dan semuanya dijawab dengan baik oleh wakil-wakil pihak pemaju. Tahniah pihak pemaju kerana menganjurkan majlis ini. Selepas makan tengahari yang disponser oleh pihak pemaju, majlis bersurai. 

Unit aku ada di dalam gambar ini. Yang mana satu agaknye

Dalam menunggukan hari serahan kunci, aku sudah pon membuat persediaan awal. Sudah berangan-angan deko yang aku akan buat. Buat masa ni aku rajin mengunjungi pameran dan expo perabut yang dijalankan disekitar KL. Dalam kunjung-mengunjung tu, terbelilah juga beberapa buah perabut yang akan aku letakkan di rumah pertama aku tuh. Diam tak diam, dekat RM10k juga aku telah laburkan. Hehehe... OK bye....

  • 0 Comments
Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk empat hari kita di bulan Zulhijjah. Masih ada lagi yang berhari raya ke? Masih ada yang berkorban? Alhamdulillah, semoga rezeki kite sentiasa diberkati Allah swt. As for me, Hari Raya Haji ni macam hari-hari biasa jer, cuma makan jer sedap sikit dan tahun ni dapat cuti panjang. Aku bercuti dari 30 Ogos hingga 3 September kemudian ditambah pula dengan Cuti Umum Seluruh Negara yang diisytiharkan oleh Jibby tempoh hari untuk hari Isnin 4 September, makanya hampir seminggu aku bercuti. Best giler dapat lepak-lepak kat rumah walaupon kadang-kadang mencapai tahap kebosanan. 

Menjelang 10 Zulhijjah (Khamis, 31 Ogos 2017)

Hari ni Cuti Hari Merdeka yang ke 60. Seperti biasa aku buat-buat bodoh je kat rumah. Menjelang petang aku keluar, nak cari makan malam dengan nak beli sedikit barang untuk kariah surau yang bakal datang bertakbir malam nanti. Aku pergi pasar malam BBS untuk cari makan, tak ramai orang yang berniaga malam ni, tapi abang jual yong tau foo tu ade, dah lama mengidam yong tau foo dia. Akhirnya dapat jugak beli. Sebelum itu aku singgah di Pasaraya KK untuk beli ketupat segera dan beberapa barang lain. Selesai semuanya aku balik ke rumah dan terus merebus ketupat segera itu. Kemudian aku membasuh toilet dan bilik air, takut kakak aku bising plak toilet dan bilik air tak bersih.

Menjelang malam, kakak aku sampai. Dia dah siap masak juadah raya, kurma ayam dengan kuah kacang, memang makanan fevret kat umah ni. Adik aku nampaknya dia tak datang rumah tahun ni memandangkan dia di dalam pantang selepas melahirkan anaknya yang ke empat. Abang aku jugak akan datang esok.
  
Gerai lemang di Pantai Dalam, KL

Dalam pukul 9.00 malam, sahabat aku ,message nak ajak cari lemang dekat Pantai Dalam. Kami pergi satu kereta ke sana. Ramai juga yang menjual lemang di kawasan Pantai Dalam tu, tapi kami membeli di gerai lemang bapa saudara kepada sahabat, dapat la RM10 untuk sebatang. Aku membeli tiga batang sahaja manakala sahabat membeli empat batang. Kemudian kami ingin mencari rendang daging pulak. Kebanyakkan gerai yang kami tanya semuanya sudah kehabisan rendang daging, yang ada rendang ayam sahaja. Memandangkan aku sedang berpantang ayam, maka aku tak belilah rendang yang ada tu. Sib baek aku ada membeli serunding daging kat pasar malam tadi. Sesampai sahaja di rumah, kariah surai baru sahaja beredar.

10 Zulhijjah (Jumaat, 1 September 2017)

Hari Raya Aidiladha. Takde plan ape-ape pon hari ni. Petang itu aku dan keluarga kakak pergi melawat adik di rumah mertuanya di Bangi. Kami dihidangkan dengan nasi beriyani, ketupat palas dan macaroni bakar. Kenyang makan hari itu. Terima kasih kepada tuan rumah. Selepas itu aku terus balik ke rumah sementara kakak aku sekeluarga singgah di rumah mertuanya pulak. Aku malas nak ikut pasal rumah mertua dia tu susah nak parking kereta. Silap parking kene saman. Huhu... tahu sangat dah kawasan Bangsar South tu...

11 Zulhijjah (Sabtu, 2 September 2017)

Hari ni aku dan sahabat ke PWTC untuk ke Home Love Fair 2017. Sekadar mencuci mata dan mengisi masa terluang yang takde buat ape di rumah. Kalau-kalau ada yang berkenan bole gak beli. Hehehe.. Tapi bagi kami, pameran ni tak berapa best. Walaupon besar tapi barang yang dipamerkan tidak menambat hati kami. Asik-asik tilam, asik-asik tilam....


Selepas pusing sekali kami ke Putra Mall untuk makan tengahari.

12 Zulhijjah (Ahad, 3 September 2017)

Hari ini aku dan sahabat ke Rex Home Improvement and Renovation Expo di Mid Valley. Sekadar nak mencuci mata dengan barangan pamerannya. Pameran ni sedikit best dari semalam di PWTC. Ada satu sofa aku berkenan, cuma harganya di luar bajet aku. Hampir RM4,300 harganya. Kalau di dalam bajet aku, sure aku dah swipe credit card aku untuk sofa itu. Huhu...Barangan pameran yang lain sekadar biasa-biasa sahaja. Tiada di dalam list yang aku cari wat masa ni.


Malam pula semasa menghantar sahabat balik, sahabat mengajak pergi lepak di Selayang Mall bersama keluarganya. Kami lepak dan makan lagi di Johnny's Selayang Mall.

13 Zulhijjah (Isnin, 4 September 2017)

Hari ni Cuti Umum seluruh negara yang diumumkan oleh Pak Najib masa majlis penutupan Sukan SEA minggu lepas. Terima kasih Pak Jib... 

Esok sudah kene kerja kembali....

  • 0 Comments
Setelah lama tidak menyertai apa-apa larian pada tahun ni, akhirnya aku dan sahabat menyertai juga satu acara larian. Sempena semangat Sukan SEA yang diadakan di Malaysia tahun ni, aku pon menyertai Larian Sukan SEA 2017 di Putrajaya pada 19 Ogos 2017. Sekadar menyertai Fun Run 5km sahaja. Masih belum mampu untuk menyertai jarak yang lebih jauh.

Kami tiba di perkarangan Perbadanan Putrajaya lebih kurang pukul 7.00 pagi. Peserta punya lah ramai pagi itu. Tak sangka pulak larian ni diadakan sekali dengan pertandingan marathon Sukan SEA yang telah dimulakan awal pagi lagi. Aku dan sahabat tak tahu larian kami start pukul berapa, sebab tak dengar apa-apa pengumuman pon. Bila nampak semua orang bergerak ke garisan permulaan, kami pon join sekali. Tengok-tengok larian telah dimulakan. Takpelah, sekadar Fun Run, bukan dapat hadiah pon. Hehehe...

Trek Putrajaya ni first time kami lari. Takde bukit-bukau sangat, jalan landai sahaja dan banyak laluan untuk menipu larian. Tapi aku dengan jujurnya, dengan awek berpunggung montok di hadapan memberi semangat, aku teruskan juga laluan yang sah hingga ke garisan penamat. Penat dan letih jangan cakap la, sepanjang tahun ni, aku memang makan tidor sahaja. Aku sampai di garisan penamat dengan catatan masa melebihi 1 jam. Ahaks...

Satu yang tak best tentang larian ni yang rasanya pihak penganjur terlepas pandang ataupon tak menjangka adalah suasana kelam kabut semasa peserta nak mengambil goodie bag dan medal selepas tamat larian. Semua peserta Fun Run dan peserta larian yang lebih jauh tu, berebut-rebut di satu tempat untuk mengambil hadiah masing-masing. Kebanyakkan larian yang aku join, hadiah akan diberikan di garisan penamat, makanya takde la sesak macam apa yang terjadi di acara larian ni.

Hadiah yang diterima selepas tamat larian - 
medal, pisang, roti dan muffin.... Alhamdulillah

Apa-apa pon, it was a fun run...

  • 0 Comments
Assalamualaikum pembuka bicara.

Seminggu di Tokyo merupakan pengalaman terindah buat aku. Sebelum ini, tak terlintas untuk aku mengembara ke Tokyo. Tokyo tak termasuk di dalam wish list aku, tetapi memandangkan sahabat beriya-iya hendak ke Tokyo, aku mengikut sahaja. Dan Tokyo telah menjadi pengalaman terindah sepanjang aku mula belajar untuk travel ni. Dan aku menyimpan hasrat untuk kembali ke Jepun, walaupon bukan dalam masa yang terdekat ini. Untuk tahun 2018, sudah ada perancangan, tapi semuanya dengan  izin Allah, memandangkan tahun 2018, aku menjangkakan mungkin aku mengalami sedikit masalah kewangan. Tahun 2019, masih lagi kosong dan tiada perancangan awal, kalau perancangan tahun 2018 tidak dapat dilaksanakan, maka akan dibawa ke tahun 2019. Bagi tahun 2020 pula, sudah ada perancangannya.

Sepanjang seminggu kami di sana semuanya indah belaka, tetapi tidak dinafikan, berlaku beberapa insiden yang bisa aku jadikan kenangan mahupun ianya pahit. Yang pahit itu kita jadikan pengajaran agar tidak berlaku lagi. Jika ianya tetap berlaku, kita mampu menempuhnya. Walau bagaimanapun, kami berjaya menempuh segala rintangan itu dengan tenang. Dan bila dikenang semula, ia mampu menjadi sesuatu yang indah dan kami akan ketawa bersama bila mengenangkannya.

1. Masalah Dengan Tuan Rumah

Seawal hari kedua, kami telah menghadapi masalah. Pesanan ringkas dan panggilan melalui aplikasi skype kepada tuan rumah seperti yang disyorkan olehnya tidak berbalas dan tidak berjawab. Rasanya lebih 10 kali aku cube menelefon, masih lagi tidak berjawab, 'dah mati agaknya', pikir hati aku yang sedang sakit. Menunggulah kami di dalam kesejukan pagi di Komae Station itu. Kami cuba pula menggunakan telefon awam untuk aku memanggil satu lagi nombor yang diberikan, tak pastilah samada nombor handphone atau telefon biasa. Namun talian sibuk. Berkali-kali juga kami mencuba dan berkali-kali jugalah talian sibuk. Hati dah mula berfikir yang bukan-bukan, takut pula sekiranya kami ditipu. Aku memberitahu sahabat, 'jika tuan rumah tidak sampai-sampai jugak, kite pergi jer jalan kaki ke rumah dia', memandangkan sebelum aku ke Jepun, aku sudah pon check alamatnya dan lokasi rumahnya melalui Google Map dan Google Street. Maka, tahu jugak lah jalan ke sana. Walau bagaimanapun, aku tetap putus atas, terus cuba menelefon melalui skype. Akhir ikhtiar, aku cuba message melalui message box AirBnB. Sepantas kilat si tuan rumah menjawab dan wat-wat tergezut kami dah sampai. 10 minit kemudian, beliau sampai dan kami di bawa ke rumah sewa kami untuk sepanjang tempoh kami di sini. Bila aku komplen pasal phone tidak berjawab tu, dia bole wat derk jer. Chiss...

  • 2 Comments
Semalam, genap usia blog ini sembilan tahun. Sembilan tahun, aku gigih mencoretkan cerita-ceritaku untuk diri aku sendiri, dengan harapan ia akan menjadi kenangan untuk hari tuaku. Di usia yang sedang dimamah waktu, banyak perkara, banyak kenangan pahit manis cuba meninggalkan benakku ini. Dengan bercerita di dalam blog ini, aku dapat mengenang kembali saat-saat itu.
  • 0 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin 

Pejam celik pejam celik dah lima belas hari kita berada di bulan Syawal yang mulia ini. Ramai yang masih lagi berhari raya dan saling kunjung mengunjung. Selagi tak habis bulan Syawal, selagi tu lah orang masih sibuk beraya. Bagi aku, hari raya cuma sehari sahaja. Masuk hari kedua dan macam tak raya lagi. Sebatang kara macam aku ni, ke mana jer lah aku nak berkunjung, #kesian.

Menjelang 1 Syawal (Jumaat, 23 Jun 2017)

Aku masih lagi di pejabat. Malas nak mengambil cuti memandangkan Hari Raya akan jatuh pada hari Ahad nanti dan selepas raya nanti aku akan bercuti selama seminggu. Maka aku nak simpan sedikit cuti yang masih berbaki untuk aktiviti-aktiviti lain. Kat pejabat hari tu, ramai yang dah bercuti termasuk pegawai-pegawainya. Agak bosan jugaklah nak menunggukan waktu balik. Mood nak wat keje dah lama ke laut, makanya aku hanya wat bodo je sepanjang masa. Disebabkan tahap kebosanan dan sampai ke kepala, aku terus apply half-day untuk hari itu. Pukul 12.15 tengahari aku terus balik ke rumah.

Dapat duit raya dari boss.. terima kasih boss

Sebelum sampai di rumah, aku singgah di Tesco Selayang untuk membeli ketupat segera, memandangkan aku telah ditugaskan untuk memasak ketupat tersebut (itu je lah yang aku bole buat). Malangnya, sebesar-besar Tesco tu, cuma ade dua jenama jer. Itu pun jenama yang aku tak pernah dengar, jenama Lazat ngan jenama Nani. Aku nak cari jenama Nona, tak pon Adabi. Memandangkan kedua-dua jenama yang aku cari tu takde, terpaksa lah aku mencari di tempat lain. Mungkin petang nanti aku akan cari lagi. Kecewa dengan kejadian itu, aku terus balik ke rumah.

  • 3 Comments
Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke 25 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ni aku mengambil Cuti Kecemasan, tahap kesihatan tidak mengizinkan aku pergi ke opis. Masuk hari ni dah 4 hari aku tidak sihat, hanya duduk di rumah sahaja, makan minum untuk bersahur dan berbuka pon sekadar mengharap belas ehsan orang. Macam la nasib hidup sebatang kara. Ahaks...

Sebelum tahap kesihatan aku merosot, sempat juga aku shopping-shopping raya. Beli ala kadar jer. Baju Melayu tahun ni tak beli. Recycle je lah yang tahun-tahun lepas punya. Dalam almari tu dah penuh dengan baju melayu, rasanya adalah dalam 6-7 pasang, aku pon dah lupe. Makanya, hari tu aku cume membeli t-shirt sebanyak 3 helai. Tak mahal pon, masa tu ade sales, 3 pasang RM50. Dan t-shirt dia pon cantik-cantik. Then aku ada juga membeli sepasang selipar Fippers dan sepasang sandal, tak mahal mane pon, tak sampai RM100 kedua-duanya. Pastu aku ada membeli sepasang seluar jeans yang agak mahal gak lah. Hehehe... itulah item paling mahal aku beli untuk raya tahun ni. Disebabkan aku dan sahabat aku tu berbelanja hampir RM400 kat kedai tu, aku dapat sehelai lagi t-shirt percuma, dan kami juga sempat mengepow kakak tu 4 pek sampul raya. Cukup lah tu untuk hari raya. Lagi pon, raya aku tak ke mana pon, kan aku sebatang kara, ahaks. 

Done shopping raya

Disamping itu, aku ada juga mengorder beberapa jenis kuih raya. Beli tak banyak pon, 4 jenis 50 bijik masing-masing. Cukuplah untuk buat syarat hari raya. 
  • 4 Comments
Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk hari ke enam belas kita di bulan Ramadhan tahun ini. Pejam-celik-pejam-celik dah separuh bulan kita berpuasa. Masa bagai tak terasa plak berpuasa tahun ni. Sampai tak sempat nak wat ucapan Selamat Berpuasa kepada semua. Harap-harap tiada siapa yang terkantoi puasanya tanpa sebab. As for me, puasa aku masih terpelihara, cuma pahala puasa itu tidak dijamin dapat 100%. 


Untuk bulan puasa tahun ni, aku rasa sama jer macam bulan-bulan puasa tahun-tahun sebelum ni. Mostly, aku akan bersahur seorang diri dan berbuka puasa pon seorang diri. Begitulah nasib hidup sebatang kara kat kota ni. Di awal bulan puasa ari tu, kesihatan aku tak berapa nak baik. Sakit tu datang menyerang berulang kali. Kalau tak kiri, kene kanan, kalau tak kanan diserangnya sebelah kiri. Sejak akhir-akhir ni kerap pulak kene. Pantang makan sampai semua benda aku tak makan, tapi kene jugak. Akhirnya aku terfikir nak makan rumput je. Tapi Alhamdulillah, di hari ke enam belas ni, dah terasa ok sikit. Mungkin berkat berpuasa. Harap tak kene sekerap dulu. Tersiksa rasanya.

Beberapa hari selepas mula berpuasa juga ayah aku ditimpa kemalangan. Jatuh tangga katanya sebab nak betulkan siling yang dah rosak. Petang itu aku balik rumah agak lewat sebab berbuka puasa di rumah kawan. Dalam pukul 10 lebih aku sampai rumah, rumah gelap gelita. Bermacam benda bermain di fikiran aku masa tu. Kalau black-out, takkan rumah aku jer, rumah laen terang benderang. Kalau ayah aku dah tidor pon, selalunya ada lampu yang akan dibuka. Aku berfikiran positif jer ketika itu. Masuk je rumah, ayah sedang terlantar di kerusi. Diceritakan segalanya pada aku. Aku nak bawak ayah ke hospital tetapi ayah taknak, lama sangat nanti katanya. Makanya aku bawa ayah ke klinik sahaja, nasib baik ada klinik 24 jam. Doktor mengarahkan untuk dibuat x-ray. Alhamdulillah, tiada tulang yang retak. Doktor cuma prescribe pain killer sahaja. Sekarang, nampaknya ayah dah ok.

Di bulan puasa ni, tugas-tugas di pejabat terpaksa dilaksanakan juga. Sepanjang bulan puasa ni, aku akan masuk kerja pukul 7.30 pagi, lunch hour dipendekkan ke 1/2 jam sahaja dan balik pada pukul 4.00 petang. Sejak dua menjak ni terasa banyak sangat kerja aku. Setelah seorang staf yang bekerja dengan aku ditukarkan ke jabatan lain dan jawatannya tidak akan diganti, maka kebanyakkan tugas-tugasnya ditanggung oleh aku. Kadang-kadang rasa terbeban sangat, malah ada diantara tugasnya yang aku belum buat lagi sehingga sekarang. Entahlah, sampai bila aku bole bertahan. Kalau macam ni lah sampai ke tua, rasanya memang aku akan amik optional pencen awal. 

Oklah, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa Kepada Semua. 

  • 0 Comments
... sambungannya

9 Mac 2017 (Khamis)

Hari terakhir kami melihat matahari terbit di Negara Matahari Terbit ini. Kami akan terbang pulang ke tanahair pada malam ini. Pagi itu tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan. Badan terasa letih dan penat setelah beberapa hari menjelajah seluruh Tokyo tanpa henti. Kegembiraan membuat rasa penat itu hilang. Keterujaan membuatkan kita handak menjelajah lebih jauh lagi. Apakan daya, masa tidak mengizinkan.

Pagi itu, setelah bersarapan pagi dengan menghabiskan semua bekalan yang dibawa, kami mengemas beg pakai masing-masing. Aku duduk termanggu di tepi katil, tidak tahu mana hendak dimulakan. Barang terasa makin banyak pulak, tak muat sudah beg aku yang sebesar alam itu. Ku sumbatkan juga selagi boleh. Akhirnya, 6 buah beg kami kesemuanya, 2 beg setiap seorang. Tiada tambahan beg, syukur. Sebelum meninggalkan rumah yang kami inapi selama 6 hari 5 malam itu, kami berkemas-kemas sedikit agak tidak kotor dan bersepah, sekurang-kurangnya, tuan rumah boleh bagi komen positif untuk aku nanti (and he did). Jika kita menggunakan khidmat AirBnB untuk mencari penginapan, selain kita bole meninggalkan komen baik atau tidak untuk tuan rumah, tuan rumah juga boleh memberi komen kepada penyewanya. Jadi berhati-hati lah kalau menggunakan AirBnB.

Sebelum checking-out kami termanggu lagi. Beg terlalu berat untuk dibawa ke Stesen Komae yang sejauh 15 minit berjalan kaki itu. Memandangkan beg aku bukan dari jenis beroda, nak bawak 2 orang pon rasanya agak tersiksa. Aku bersama sahabat keluar ke jalan utama untuk mencari teksi. Setelah kira-kira 10 minit menunggu dan teksi yang ditahan tidak berhenti, kami mengalah. Kami pulang semula ke rumah dan cuba mendapatkan bantuan tuan rumah. Nasib baik pekerjanya ada di bilik bawah itu. Kami meminta beliau memanggilkan teksi untuk kami, dan beliau sedia membantu. Tak sampai 10 minit kemudian, teksi pon sampai di depan rumah dan kami meninggalkan rumah itu dengan 1001 kenangan pahit dan manis. Aku akan merindui tempat itu.

Hasil tangkapan di Tokyo yang mahu dibawa pulang ke tanah air

  • 0 Comments
... sambungannya

8 Mac 2017 (Rabu)

Setelah bergaduh sekejap dengan tuan rumah pagi itu, kami mendapat khabar gembira. Tuan rumah telah datang ke rumah dan memberitahu bahawa pihak polis telah menelefon beliau semalam tentang telefon sahabat yang keciciran itu. Tuan rumah membantu mendapatkan maklumat lanjut dari pihak polis dan memaklumkan bahawa pihak polis ada menerima telefon dari model yang sama tetapi tidak dapat dipastikan sama ada sahabat adalah pemiliknya atau bukan. Oleh itu, pihak polis meminta kami ke Balai Polis Shibuya untuk membuat pengesahan dan mengambil telefon itu jika benar telefon itu adalah milik sahabat.

Selepas bersarapan serba sedikit, kami segera mengambil train dari Komae ke Shinjuku dan terus ke Shibuya. Dari Shibuya Station, kami berpandukan arah dari Google Map untuk mencari Shibuya Police Station yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shibuya. Tak susah mencari balai polis ni menggunakan khidmat Google Map (sangat berguna Google Map ni). Kami diberi pas dan segera diarahkan untuk ke tingkat 2 bangunan balai polis itu. Setelah beberapa maklumat diambil, polis yang bertugas segera mengambil telefon berkenaan dan menunjukkan kepada sahabat, dan ternyata telefon itu milik sahabat, terpampang gambar muka dia di skrin hadapan telefon itu. Suka hati sahabat tidak terkira, kami pon macam tak percaya boleh dapat kembali telefon itu. Kalau kat Malaysia, minta maaf la ye, sila beli baru. Syukur la nak.

Pas yang perlu dipakai semasa berurusan di Balai Polis Shibuya

Sahabat gumbira setelah mendapat kembali handphone beliau yang hilang

  • 0 Comments
Hari Sabtu lepas aku dan sahabat berkesempatan untuk menghadiri My Homexpo 2017 bertempat di Viva Home Shopping Mall. Ini merupakan kali pertama aku ke Viva Home Shopping Mall walaupon dan berpuluh malah beratus kali aku lalu dihadapannya sejak mall itu bernama UE3. Ini merupakan kali ke 3 aku menghadiri expo seumpamanya sejak-sejak aku akan memiliku rumah idaman aku tak lama lagi.


Expo pertama yang aku hadir dulu adalah Big Home Expo 2017 di Stadium Bukit Jalil dan yang kedua pula entah expo ape namenye di Mid Valley Megamall. Di Mid Valley, walaupon aku ade berkenan beberapa barangan, tetapi aku tidak pula membeli apa-apa. Kita cuba survey expo-expo lain dulu.

Berbalik pada My Homexpo di Viva Home itu, expo dia tak lah berapa besar dan bagi aku kurang menarik barangan yang dipamerkan. Mostly aku tengok banyak tilam dan katil sahaja, yang mana aku tidak berminat untuk mendapatkan tilam dan katil buat masa ini. Lagi pon tilam yang dipamerkan dijual dengan harga yang agak mahal dan katil pula tidak menepati cita rasa aku yang lebih kepada design old-skool. 

Aku dan sahabat berminat kepada koleksi grandfather clock yang dipamerkan. Susah nak jumpa grandfather clock dan sudah semestinya harga bole mencapai ribuan ringgit. Menurut sumber pekerja pameran tu, semua jam itu dijual murah sebab bos dia mahu tutup kedai. Semua jam di situ dijual adalah pada harga 50% diskaun. 

At the end of the day, aku pon terbelilah sebuah grandfather clock tersebut yang aku rasa lebih tepat granddaughter clock, memandangkan saiznya yang lebih kecil. Ahaks... aku mendapat lebih diskaun selepas aku bersetuju untuk membawa balik sendiri. Makanya, mengusunglah aku dengan sahabat aku jam itu ke pakir kereta. Nasib baik muat masuk kereta... huhu...

Ok... bye...
  • 0 Comments
... sambungannya

7 Mac 2017 (Selasa)

Kerana telah wujud satu kes yang tidak dapat dielakkan semalam, plan untuk datang awal ke Disneyland Tokyo untuk mengambil express pass terpaksa diubah. Kami ke Shibuya Mark City terlebih dahulu, ke tandas yang disyaki telefon bimbit sahabat itu ketinggalan, manalah tahu, kalau-kalau ia masih di situ. Malangnya, ia tiada. Kami berbincang langkah seterusnya yang perlu kami ambil. Kami ingin ke unit 'Lost and Found' Shibuya Mark City terlebih dahulu sebelum ke Koban berhampiran, tetapi pejabat itu hanya akan dibuka pada pukul 10.00 pagi. Kami cuba menelefon pejabat tersebut melalui nombor telefon yang terdapat pada brosur yang kami perolehi, tetapi mesin yang jawab dan mesin itu hanya tahu cakap bahasa Jepun sahaja. Inilah masalah yang kami hadapi.

Setelah buntu menghadapi situasi itu, kami decided untuk naik ke hotel berhampiran, Shibuya Excel Hotel Tokyu untuk mendapatkan bantuan, cuma untuk meminta tolong untuk menelefon pejabat 'Lost and Found' itu sahaja, tetapi malangnya petugas di situ tidak mahu membantu kami. Katanya dia akan bantu pelanggan yang menginap di hotel mereka sahaja.. Aku dengan nada tidak puas hati terus berkata, 'Ok fine, f*ck you', (hahaha... f*ck you tu dalam hati jer). Inilah masalahnya kalau dengan hotel-hotel besar dan mewah, sakit hati mak. Honestly, baek lagi hotel kecil macam kat Kanda tempoh hari.

Sahabat yang kehilangan telefon itu terus berusaha mencari alternatif lain sehingga beliau hilang dari pandangan aku. Tak tahulah dia ke mane, jangan dia plak hilang dah ler. Akhirnya kami terus sahaja buat laporan di Koban yang agak jauh jugak dari situ. Laporan kami diambil, walaupon dengan masalah komunikasi, maksud yang cuba disampaikan difahami oleh polis-polis yang membantu. Kami tinggalkan nombor telefon tuan rumah kepada polis berkenaan kerana itu saja nombor tempatan yang kami ada. Polis itu memaklumkan lagi, jika ada perkembangan terkini, ia akan dimaklumkan kepada kami melalui talian telefon tersebut. Selesai urusan di Koban, kami terus ke Shibuya Station untuk ke Disneyland Tokyo dan berjimba-jimba, lupakan segala masalah yang ada. Hehehe...
  • 0 Comments
... sambungannya

6 Mac 2017 (Isnin)

Seawal jam 4.00 pagi, alarm handset masing-masing telah berbunyi. Dengan malasnya, semua bingkas bangun. Sarapan pagi dan bekalan yang akan dibawa bersama disiapkan, nasi goreng dengan sandwich sardin, biskut dan jajan. Selepas sarapan serba sedikit, kami keluar meninggalkan Komae untuk ke Shibuya. Hari ini kami akan ke Kawaguchiko di mana berdirinya Gunung Fuji dengan megahnya yang menjadi simbol gah Negara Jepun. Kami akan menaiki bas dari Shibuya Mark City ke Kawaguchiko Station. Tiket bas kami sudah reserved secara online di highway-buses.jp. Pada mulanya kami hendak naik bas tersebut dari Shinjuku Station memandangkan ia lebih dekat, tetapi ada masalah dengan sistem bookingnya, tak tahulah samada sudah penuh atau memang ada masalah sistem. Akhirnya kami terpaksa booking tiket dari Shibuya pada harga JPY3,600 return ticket. Kalau dari Shinjuku, harganya pergi balik cuma JPY3,500.

Inilah bas yang akan membawa kami pergi ke dan pulang dari Kawaguchiko

Memandangkan kami sudah tahu di mana stesen bas Shibuya Mark City itu, maka tak perlu lah tergesa-gesa dan kami telah sampai di situ lebih kurang pukul 7.00 pagi. Slip booking ditukar kepada tiket di kaunter tiket station itu. Oleh kerana sahabat pergi menandas sebentar, terlepas kami bas yang lebih awal, pukul 7.15. Pukul 7.30 bas kami pon bergerak meninggalkan Shibuya. Bas membuat beberapa stop mengambil penumpang sebelum memasuki lebuhraya bertol menuju destinasi.
  • 0 Comments
... sambungannya

5 Mac 2017 (Ahad)

Celik je mata, terus terkejut dan bingkas bangun dari peraduan. Matahari dah meninggi, dah cerah kat luar sana. Adus... kesiangan sudah rupanya aku. Sahabat yang laen pon bukan maen sedap lagi tidor berselubung. Tangan segera mencari jam. Cis.... baru pukul 6.30 pagi rupanya. Tapi dah macam pukul 10.00 pagi kat Malaysia. Terus aku baring semula. Beberapa minit kemudian, kedengaran sahabat juga terkejut lalu bangun. 

Pukul 6.43 pagi di Komae. Suhu 1 darjah celcius. Matahari dah tinggi

Pagi itu sahabat menyediakan nasi dengan lauk pauk segera dan aku menyediakan sandwich sardin dan tuna sebagai bekalan jalan-jalan hari ini. Memang kami ada membawa bekalan dari Malaysia, sebab kami sedar, harga makanan di Tokyo ini agak mahal (itu main reason) disamping sukar mencari yang halalan toyyiban (second reason). Selepas bersiap dan bersarapan sedikit, kami bersedia untuk menjelajah Tokyo untuk hari kedua. Tak sabar rasanya. Seperti biasa kami menaiki train dari Komae Station ke Shinjuku Station, dan dari Shinjuku Station adventure kami bermula dengan mencari line untuk ke destinasi kami hari itu, Asakusa. Perjalanan dari Komae ke Asakusa lebih kurang 1 jam.
  • 0 Comments
... sambungannya

4 Mac 2017 (Sabtu)

Tidor di lapangan terbang adalah satu pengalaman baru buat aku dan sahabat, tapi pengalaman itu bukanlah satu pengalaman yang manis. Kesemua kami hampir tidak dapat tidor sepanjang malam, sekadar tidor-tidor ayam je bak kata orang. Telinga terdengar berbagai-bagai jenis bunyi yang mengganggu untuk lena. Sehingga ke pukul 2-3 pagi, masih ada lagi kapalterbang yang baru tiba. Makanya, penuhlah balai ketibaan itu dengan orang yang tidor dan ramai juga yang tidak tidor. Aku tengok ada yang sudah terbongkang lena, dah tak pedulikan orang lain. 

Disebabkan aku tidak dapat lena, maka aku pon explore lah lapangan terbang tu sorang-sorang pagi-pagi buta itu. Rasanya, terminal antarabangsa Haneda tidak lah begitu besar. Pagi-pagi buta macam tu memang takde kedai yang buka. Aku naik ke tingkat 4 di mana kedai-kedai di tingkat itu direka seperti rumah-rumah tradisional Jepun. Aku seterusnya ke tingkat 5 untuk ke Observation Deck. Aku keluar untuk melihat permandangan dari Observation Deck itu, agak tenang dan mendamaikan. Sunyi jer, tiada sebarang aktiviti yang berlaku. Aku tak lama kat situ memandangkan suhu yang sangat sejuk. Aku kembali ke tempat sahabat aku. Aku cuba untuk lena lagi.

Permandangan di dalam Haneda Airport di pagi-pagi buta

Haneda Airport Observation Deck 

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, kami decided untuk meninggalkan lapangan terbang itu. Bosan plak dok lama-lama kat situ. Sebelum meninggalkan lapangan terbang itu, kami singgah di sebuah kedai (aku rasa kedai travel agent) untuk membeli kad Pasmo. Sebenarnya tak tau pon ade jual Pasmo kat situ (masa aku explore pagi-pagi buta tadi tercari-cari juga tempat yang menjual kad ni, tapi tak jumpe), tetapi kami lihat ramai orang yang beratur, kami pon wat-wat sibuk nak tau kenapa orang beratur di situ. Rupanya diaorang nak beli kat Pasmo atau kad Suica. Senang cerita, kad Pasmo dan kad Suica ni macam kad Touch 'N' Go kat Malaysia, yang boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam dan membeli barang di kedai-kedai terpilih. So, kami pon amik kad Pasmo seorang satu pada harga JPY3,500, termasuk JPY500 untuk deposit kad, yang akan dipulangkan semula jika kita memulangkan kembali kad Pasmo tu.
  • 0 Comments
Alhamdulillah, tertunai sudah salah satu tanggungjawab aku kepada negara terchinta ini iaitu membayar cukai pendapatan. Tahun ni aku buat awal, sebab banyak masa terluang, taknak buat last minit macam tahun-tahun sebelumnya. Syukur la nak, tahun ni nampak nye banyak lebihan bayaran tahun taksiran 2016, berjumlah lebih RM500.00. Potongan PCB pon banyak tak hengat, dekat-dekat nak RM1,000.00, walaupon gaji takde la banyak mane pon. 

Tahun 2016 nyer taksiran nampaknya ade pulak rebat untuk bayaran perubatan untuk penyakit yang sukar diubati, sehingga RM6,000.00. Kalau aku tau, aku amik resit-resit klinik dermatologis yang aku pergi sepanjang tahun lepas. Kalau dok kira-kira ade la dekat RM500.00 dah aku bayar kat klinik tuh. Apa-apa pon walaupon takde resit, aku letak je RM300.00, to be safe. Tahun ni nampaknye kalau aku pi klinik tu lagi, kene la amik resit. 

Ok, selamat membuat taksiran cukai kepada semua. Sila lah bayar cukai pendapatan anda, jangan sampai anda ditahan pihak imigresen. OK bye.

  • 0 Comments
... sambungannya

2 Mac 2017 (Khamis)

Hari ini aku masih lagi bertugas, cuma jasad di pejabat tetapi hati sudah lama terbang ke Tokyo. Pukul 1.00 petang aku clock-out dan terus pulang ke rumah. Aku mengambil Cuti Separuh Hari Petang memandangkan aku masih lagi belum packing barang untuk di bawa nanti. Aku sebenarnya tak tahu ape yang nak aku bawa pergi, berapa helai baju dan sebagainya. Sehingga ke pukul 4.00 petang aku masih lagi termanggu dan berfikir-fikir ape yang patut aku bawa. Selepas asar aku mula berkemas perlahan-lahan dan berhati-hati agar tiada benda yang keciciran. Menjelang maghrib, selesai aku berkemas. Satu beg besar dan satu beg sandang. 

Malam pula sahabat aku sampai. Aku akan bermalam di rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn malam ini, dan esok kami aku bertolak dari rumahnya ke KLIA2 menaiki grab atau uber, yang mane dapat.


3 Mac 2017 (Jumaat)

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami bertolak ke KLIA2 menaiki grabtaxi. Sengaja keluar awal supaya tidak tergesa-gesa nanti. Flight kami dijadualkan pada pukul 2.40 petang. Sampai saja di KLIA2 kami terus melakukan check-in luggage. Dua buah beg telah dicheck-in dengan berat terlebih sedikit dari 25kg, lebihan berat yang dibolehkan oleh petugas kaunter. Tidak ramai yang beratur ketika itu, mungkin kami terawal. Untuk check-in diri sendiri, kami telah melakukan secara online dua hari sebelum penerbangan.

Untuk mengisi masa yang terluang sambil menunggu waktu penerbangan, kami telah lepak dan makan tengahari di Texas Chicken. Sebab utama Texas Chicken dipilih sebagai lokasi makan tengahari kami adalah kerana minuman yang boleh direfill. Makanya, bolehlah lepak dan minum sampai kembung.

Masing-masing nak tayang kasut baru...

Dalam sedap makan-makan itu, baru aku teringat yang aku masih lagi belum collect pocket wifi yang telah dibooking terdahulu. Janjinya dan collect pukul 12.00, tapi sudah kelewatan pula. Aku segera menghubungi pihak Travel Recommends melalui Whatapps untuk bertanyakan lokasi baru mereka memandangkan mereka sudah berpindah. Beberapa minit selepas itu aku mendapat jawapan balas dan aku segera ke tempat yang dinyatakan. Dua tiga kali pusing juga kat area Balai Ketibaan tu, akhirnya jumpa juga. Pocket wifi tersebut bertukar tangan dan hanya boleh digunakan setibanya kami di Jepun hari itu. Selepas itu kami sambung lepak dan makan di Texas Chicken. Diluar pengetahuan aku, aku sedang diperhatikan di sini...
  • 0 Comments
Alhamdulillah, dapat juga aku dan dua orang sahabat baik aku menjejakkan kaki ke bumi Negara Matahari Terbit itu. Berangan-angan itu tidak lama, bila syarikat penerbangan kegemaran rakyat marhein Malaysia membuat promosi, kami tidak melepaskan peluang keemasan itu. Pada bulan Oktober 2016, sebelah kaki telah berjaya kami jejakkan di Tokyo, sebelah lagi hanya menunggu hari penerbangan, 3 Mac 2017. Kos untuk tambang sahaja, pergi dan balik, kami dapat RM814.00 seorang tanpa makan, kos bagasi dan lain-lain. 

Penerbangan D7 522 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda

Perancangan awal dibuat oleh semua pihak memandangkan ini merupakan kali pertama kami akan ke sebuah negara yang lebih maju dari Malaysia yang tercinta ini. Sebelum ni kami hanya ke Indonesia, Thailand, Kemboja dan Singapura, yang boleh dikatakan lebih kurang sama dengan Malaysia dari pelbagai segi. Jadi perasaan gemuruh itu agak kurang. Itinerari perjalanan untuk sepanjang tempoh kami di sana dibuat bagi mengelakkan masa yang berharga tidak terbuang tanpa tujuan bila di sana nanti. Dua tiga pertemuan telah dibuat sesama sahabat untuk membincangkan mengenai itinerari, tempat-tempat menarik yang akan dilawati, aktiviti-aktiviti menarik dan kos perjalanan kami di sana. Dan akhirnya, itinerari kami siap dengan kos perbelanjaan kami di sana mencecah hampir JPY21,000.
  • 2 Comments

Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk meninggalkan tugas-tugas di pejabat yang rutin dan amat membosankan dan terbang jauh mencari damai di hati. 

Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh. Buku merah aku hanya akan tamat tempohnya pada tahun 2020. Masa banyak lagi untuk aku meluaskan permandanganku diluar kebiasaan. Masih luas lagi bumi ini untuk aku melihat kebesaran Allah.

Kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh. Maka, kami telah putuskan, 3 hingga 10 Mac 2017, dan kami akan terbang kira-kira 6 hingga 7 jam dari Malaya. 

Sehingga itu, doakan agar kami selamat pergi dan selamat kembali. InsyaAllah
  • 2 Comments

Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 tahun, ahaks. Seperti kebiasaannya, 25 Februari tahun ni sama je seperti hari-hari yang lain. Tiada apa-apa sambutan yang dibuat sempena tarikh ulang tahun kelahiran aku ni, tiada hadiah istimewa, tiada kek Secret Recipe , tiada bunga mawar merah dan tiada coklat Ferrero Roche. Hatta, belanja makan pon takde. Aku hanya duduk di rumah, memdobi baju sampai dua round dan yang selebihnya aku yang termenung memandang dinding sahaja #sedih.


Walau bagaimana pon, tahun ni aku menerima agak banyak jugak lah ucapan selamat dari sahabat, teman dan kawan-kawan. Terima kasih aku ucapkan atas ucapan dan doa untuk kesejahteraan aku. Aku juga doakan perkara yang sama untuk kalian. 

Alhamdulillah, masih ada yang sayang... 
  • 0 Comments
Poster Big Home Expo 2017

Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini adalah kali pertama aku menghadiri expo seumpamanya. Sejak-sejak akan dapat rumah sendiri yang baru tidak lama lagi, aku dah berangan-angan nak buat macam-macam dekat rumah aku nanti. 

Mengikut jadualnya, rumah aku tu nanti akan siap pada suku ketiga tahun 2017, dan aku jangka kalau tak ada aral melintang di mana-mana, rumah tu akan dapat diduduki menjelang tahun hadapan. Kalau dah dapat kunci nanti, aku berangan-anganlah nak buat sedikit renovasi. Memandangkan rumah aku tu comel dan partly furnished, makanya hanya sedikit sahaja renovasi yang aku dah rancang. InsyaAllah, aku nak buat plaster syiling, nak buat kitchen cabinet sikit dan tv cabinet. Dan kalau ade duit terlebih di mana-mana, aku nak convert 3rd bedroom tu jadi 'man cave', tempat aku bertapa sorang-sorang, ahaks. 

Bakal siap tak lama lagi... #taksabar

Berbalik pada Home Expo tadi, pameran dia takde lah besar sangat, tapi masa aku datang tu memang ramai pengunjung. Ada beberapa bende yang aku berkenan kat expo tu. Yang pertama adalah tv cabinet. Harga promosi yang diletakkan di situ adalah RM3k. Simple jer dan aku memang suka style macam tuh. Then aku berkenan jugak kat satu set ruang tamu dengan harga promosi hampir RM7k yang terdiri daripada sofa 3 seater, 2 seater and 1 seater, 1 coffee table, 1 side table, 1 tv cabinet dan 1 console table. Agak menarik gak. Pastu aku berkenan dekat satu pintu tu. Tak tanya plak berapa harga promosi dia, tapi aku rasa antara RM1k hingga RM2k. 

At the end of the day, aku terbooking tv cabinet tuh. Hahaha.... Ok.. bye..

  • 0 Comments
Masih lagi menerima hadiah-hadiah sempena bulan kelahiran aku tahun ni. Terasa macam banyak plak. Tahun lepas terasa sunyi jer birthday aku.

Kali ni aku nak mengucapkan terima kasih kepada Encik Golden Scene Cinemas atas dua tiket percuma untuk filem-filem terpilih sahaja. Tiket tersebut hanya sah laku sepanjang bulan Februari sahaja. Hadiah ini masih belum sempat aku nikmati lagi. InsyaAllah, sebelum expired akan aku gunakan.

Keduanya, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Hotlink atas hadiah berupa 1GB internet secara percuma. Tempoh sah laku adalah sehingga hari ahad, 26 Februari 2017. Yang mana, hadiah ini masih belum aku tuntut memandangkan kuota data aku masih ada lagi.

Last but not least, aku nak mengucapkan terima kasih kepada kakak aku sendiri yang sudi membelikan aku kek hari lahir sempena hari lahir aku dan juga hari lahir suaminya yang hanya selang 2 hari dari tarikh lahir aku. Love u sis, muah ciked....

Birthday Cake.. Happy Birthday to me...

Anyway, aku masih lagi menunggu kot-kot ada lagi sesiapa yang nak bagi aku birthday present...

Ok.. bye..

  • 0 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Sihatimerahjambu
    Derma Health's Skinlabs Aloe Vera Moisturising Gel Bagus Untuk Alahan Kulit Muka
    4 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Berjalan, Berlari dan Berlarian Anak Lagi
    4 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Nasi goreng putih by rabia
    15 hours ago
  • MRS.A my blog my stori
    Pergi Tak Kembali
    17 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    June 23, 2025
    21 hours ago
  • Travel My Way
    Dinner With Family At Aison Bakery & Coffee Ampang Branch
    1 day ago
  • KomenSen
    KISAH SAYA DENGAN BANK RAKYAT.
    1 day ago
  • CikCappuccinoLatte
    Pagi di Office: ZUS Coffee & Biskut Jadi Peneman
    1 day ago
  • AMMI
    Utusan cinta buatmu Khilfi
    1 day ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Selamat Menyambut Hari Warga Emas
    1 day ago
  • Bola Katok
    Buat ayam goreng celup tepung guna tepung Puteri.
    1 day ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Asam Pedas Sayap Ayam
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    Kelebihan Program Mass Communication: Peluang Luas Dalam Dunia Komunikasi Moden
    2 days ago
  • Warisan Petani
    Matahari, Sungai, Rumput dan Rina
    2 days ago
  • fairus.com
    WW : Self Portrait by AI
    6 days ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Review kamera Samsung Galaxy A35
    1 month ago
  • SEMUT SENYUM
    Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor
    1 month ago
  • PESONA ETUZA
    Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie & Fikri
    3 months ago
  • Aiman Abdullah
    Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun
    4 months ago
  • cikguzim
    Petua & Cara Membersihkan Hati
    5 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    1 year ago
  • Shida Radzuan Blog
    Aku Masih Ingin Menaip
    2 years ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    2 years ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    2 years ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    3 years ago
  • ixa-rism
    One Hundred Eighty Seven
    5 years ago
  • Dunhill guy
    Seketika di bangi
    10 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (29)
    • ▼  December (1)
      • 837 : Catatan Terakhir 2017
    • ►  November (3)
      • 836 : vForum2017 - Datang Hanya Untuk Collect Free...
      • 835 : Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa (Episod ...
      • 834 : Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa (Episod 2)
    • ►  October (1)
      • 833 : Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa (Episod 1)
    • ►  September (2)
      • 832 : Angan - Angan Akhirnya Menjadi Kenyataan (Ep...
      • 831 : Empat Hari Di Bulan Zulhijjah 1438H/2017M - ...
    • ►  August (2)
      • 830 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (...
      • 829 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod Ak...
    • ►  July (2)
      • 828 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2017
      • 827 : Tujuh Hari Di Bulan Syawal 1438H/2017M - Sel...
    • ►  June (2)
      • 826 : Dua Puluh Lima Hari Di Bulan Ramadhan 1438H/...
      • 825 : Enam Belas Hari Di Bulan Ramadhan 1438H/2017M
    • ►  May (2)
      • 824 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 8)...
      • 823 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 7)...
    • ►  April (5)
      • 822 : My Homexpo 2017 (Episod 2)
      • 821 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 6)...
      • 820 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 5)...
      • 819 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 4)...
      • 818 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 3)...
    • ►  March (4)
      • 817 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 3) - Ja...
      • 816 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 2)...
      • 815 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 1)...
      • 814 : Jangankan Gunung Fujiyama, Puncak Himalaya K...
    • ►  February (4)
      • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
      • 812 : Big Home Expo 2017
      • 811 : Birthday Present (Episod 2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK
    Sepanjang tempoh berehat aku dulu dari tahun 2022, 2023 dan berlanjutan sehingga ke tahun 2024, sempat juga aku bercuti ke Pulau Langkawi. P...
  • 196 : Lipasophobia. Part II
    Kebelakangan ni takde cerita nak dikongsi bersama, takde idea nak menulis. Hidup terasa kosong. Kekosongan dan keseorangan. Siang malam term...
  • 1034 : Surat Beranak Yang Hilang? Pengalaman Mendapatkan Sijil Kelahiran Yang Baru
    Simpan punya simpan last-last masa nak guna, masa tu lah tak jumpa. Beberapa minggu yang lalu, setelah beberapa hari melakukan proses mencar...
  • 1033 : Wordless Wednesday (Episod 10) - June 2025
      Title : Lembaga Hitam (The Black Entity) Location : Cyberjaya, Selangor, Malaysia Date : 13 February 2023 (Monday) Time : Unknown
  • Posting No. 148 : Mari Berhibur
    THE SATURDAYS - UP [Una] Go, go, go, It's time to make a move and we both know, It's time to step it up a notch, I'm ready to lo...

Labels

Hanya Nak Cerita (300) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (45) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (18) Famili (10) Wordless Wednesday (10) Pengetahuan Bersama (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top