961 : Hallo MYiptv4k, Goodbye Astro
Assalamualaikum. Pejam celik kita dah masuk hari ke-10 berpuasa. Moga-moga puasa kita semua terpelihara dan semua amalan baik kita di bulan mulia ini diberi ganjaran berlipat ganda dari Allah s.w.t. InsyaAllah.
Aku merupakan seorang pelanggan tegar Astro. Telah lama aku melanggan Astro sehingga aku pon lupa bila aku mula melanggannya. Dari rumah aku di Selayang, aku bawa pula ke rumah aku sekarang di Cyberjaya. Namun kebelakangan ini, aku semakin kurang menonton Astro walaupon aku mempunyai masa yang banyak untuk menontonnya. Aku lebih gemar untuk menonton Youtube dan Netflix berbanding Astro. Tak perlu aku komen banyak, sebab aku pon sedia maklum, ramai yang komplen benda yang sama mengenai Astro ni. Rasanya pendapat aku sama jer dengan yang lain-lain di luar sana. Betul tak?
Pada 27 Mac 2021, aku diperkenalkan dengan MYiptv4k oleh seorang sahabat. Sebenarnya aku sudah lama mendengar mengenai iptv, android tv atau yang seumpama dengannya, namun belum terlintas untuk melanggannya atau mengambil tahu mengenainya sehinggalah seorang sahabat aku datang bertandang ke rumah aku membawa MYiptv4k yang bukan miliknya (milik kawan dia, dia pinjam) untuk menonton cerita seram Penunggang Agama (dia takut nak tengok sorang-sorang katanya). Setelah itu, aku mula tertarik dengan MYiptv4k itu. Kebanyakkan channelnya sama sahaja dengan apa yang ditawarkan oleh Astro, malah lebih baik dari itu. Channel-channel yang kita tidak boleh tonton di Astro pon boleh ditonton. Tambahan lagi, langgannya juga jauh lebih murah dari Astro dan sangat berpatutan. Servisnya juga setakat ini adalah memuaskan.
Setelah berbincang dengan kawan kepada sahabat aku tu, beliau bersetuju untuk menjualkan Android TV Box nya itu kepada aku (sebab dia ada dua) pada harga RM80.00 sahaja. Kemudian aku segera melanggan langganan MYiptv4k pula. Aku menggunakan platform Shoppe sahaja. Setelah menjumpai seller yang boleh dipercayai (yang direkomen oleh sahabat aku tuh), aku segera melanggan untuk tempoh 12 bulan dengan kadar langganan berjumlah RM250.00. Aku segera menghantar pesanan ringkas kepada seller tersebut memaklumkan bahawa aku telah membuat bayaran untuk pembelian langganan aku tu. Tak sampai 10 minit, seller telah memberikan activation code kepada aku. Syabas kepada seller itu atas perkhidmatannya yang pantas.
Selain langganan untuk 12 bulan, ada juga langganan untuk 3 bulan dan 6 bulan pada kadar lebih kurang RM98.00 dan RM147.00 masing-masing. Sebelum menikmati siaran MYiptv4k tu, kita perlu untuk register akaun pengguna di MYiptv12k.com terlebih dahulu. Kemudian log-in masuk iptv kita di tv masing-masing dan gunakan activation code yang diterima untuk mengaktifkan iptv kita. Setelah sukses, boleh lah kita menikmati iptv kita dengan tenang tanpa risau bil bulanan yang tinggi.
Dan pada 30 Mac 2021 lalu, aku telah menghubungi pihak Astro untuk menamatkan langganan aku. Aku dimaklumkan bahawa permohonan aku akan diproses dan tarikh akhir langganan aku ada pada 3 April 2021 nanti. Sehingga itu, terima kasih Astro.
34 comments
Rasa mcm nk tutup astro gak
ReplyDeletekalau bayar tak mahal takpe lah abe kie. sy punya pakej ari tu rm104
DeleteAstro tu apa? (Eceh!)
ReplyDeleteastro tu sejenis kuih yg popular di bulan puasa. hehehe
DeleteSaya dah lama potong Astro. Tengok Youtube je..
ReplyDeletesaya pon layan youtube... astro cerita asik ulang2 yg sama jer
DeleteKami pun dah tak langgan Astro.
ReplyDeletebagus lah... rasanya macam rugi jer langgan astro tu, cerita sama jer hari2 bukak
DeleteSudilah kiranya menyertai giveaway sulung saya ni https://fairusmamat.blogspot.com/2021/04/giveaway-buku-himpunan-kuih-muih.html?m=1
ReplyDeleteinsyaAllah... make sure saya menang yer.. hahaha
Deletecinta saya terhadap astro kuat sangat, susah betul nak stop..huhu
ReplyDeletesaya dulu kuat juga tp sejak kebelakangan ni mmg jarang sangat tengok. klu on pon asik maen cerita yg sama ulang2. tu yg akhirnya cinta beralih arah
Deleteactually nak buat juga mcm ni tapi for now parents tau bukak astro ja.. kalau tukar byk2 nanti diorg pening, kesian plak huhuhu
ReplyDeletebetul tu, kesian diaorg nnt. Iptv tu mcm laen sket cara nak on dia..
DeleteMasih jugak langgan astro tp pakej yg paling murah.. sbb susah kalau parents bertandang ke rumah.. astro je diorg familiar... hehehehe... netflix skrg dh jd mcm keperluan dh.. so better skrg beli android tv senang nk melanggan mcm² kn?
ReplyDeletekat rumah saya ni saya sorang jer, so takde la susah sgt klu nak tukar2 ape2 pekej...
Deleteastro pon wak dh lama potong.. pastu talian telekom dlm rumah pon wak potong sbb semua org dh ada henfon masing2.. 😅
ReplyDeletebanyak dapat berjimat tu wak...
DeleteEh! samalah Mrs. A pun dah tak guna astro. Terasa jimatnya.
ReplyDeleteDah tak payah bayar astro bayar wifi jer... untuk android box tu one off payment settle. Banyak channel boleh tonton kan.
Tapi yang tak best tak boleh nak info dan bila line tenet problem.
betul tu, bil astro sy dulu pon dalam rm104 so bulan ni adalah lebihan rm100 lebih. android box tu saya bayar setahun terus, klu nak sambung tahun depan bayar lah lg, klu tak biarkan jer...
Deletesaya adalah insan yang sangat kurang menontonm TV..
ReplyDeletemasa saya banyak di media sosial dan promoting bisnes
satu langkah yang bijak tu promoting bisnes melalui social media, berkembang mengikut arus peredaran zaman. semoga sukses selalu Mr. Hanafi
DeleteTak pernah langgan astro. Pernah guna hypptv masa guna streamyx sebab unifi tak ada coverage lagi area rumah. Tapi lepas ada coverage dan upgraga, terus hypptv berbayar even nak tengok channel percuma 1,2,3 pun tak boleh. Sudahnya tak tengok tv. tengok online je senang. Tv guna untuk tengok youtube je lah. Pernah dengar android tv je. MYiptv4k ni first timee dengar dan tahu. Tq share. Nanti bolehlah survey survey juga MYiptv4k ni :)
ReplyDeletebagus nye tak pernah langgan astro. susah nak jumpe org yg tak pernah langgan astro ni. tp takpelah, astro tu bukannya murah pon. langgan myiptv lagi berbaloi sebab langganannya secara tahunan. klu nak langgan, klu tak biarkan jer...
DeleteMungkin sebab jarang tengok tv kot. Kalau langgan, rugi takde siapa tengok. Hihi..boleh langgan yang njoi tu sebenarnya kalau taknak bayar bulan bulan. Tapi itulah, rasa tak memerlukan. so boleh jimat juga kat situ :)
Deletebetul tu klu jarang tgk tv mmg rugi lah langgan ape2 ni. sekurang2 bole berjimat, duit tu boleh gunakan ke tempat lain..
DeleteYe, memang betul tu. Kurangkan komitmen bayaran gitu :)
Deletekan... bole menyimpan utk hari kemudian
Deletedekat kampung pun pakai mytv n njoi tu ja..
ReplyDeletebtw selamat menjalani ibadah puasa :)
saya tak pernah guna njoi, tak tahu plak camne njoy tu..
Deleteselamat menjalani ibadah puasa juga..
eheheh fam saya lebih 15 tahun da tutup acc Astro.. lepas kami decided tamo ada tv hehe..
ReplyDeleteskrng ni guna unifi pergh semua tngk kt laptop je.. comel je kawan tu takot tngk movie sorang2 hahaha..
Pergh.. betul ke takde tv. Rare ni, jarang jumpe family yg xde tv…
Deletesaya pon baru langgan Myiptv4k start bulan ni. Dah ada unifi skrg kat rumah. senang Channel semua sama cam astro. so dah tutup dah astro. macam rugi je asyik ceria sama je.
ReplyDeleteastro bayar mahal tapi cerita ulang2 yang sama jer. Myiptv4k ni pon lebih kurang sama tp atleast channel yang bole tgk lg byk dr astro.. takde la rasa asik cerita yang sama jrt
Delete