825 : Enam Belas Hari Di Bulan Ramadhan 1438H/2017M
Assalamualaikum
Hari ini sudah masuk hari ke enam belas kita di bulan Ramadhan tahun ini. Pejam-celik-pejam-celik dah separuh bulan kita berpuasa. Masa bagai tak terasa plak berpuasa tahun ni. Sampai tak sempat nak wat ucapan Selamat Berpuasa kepada semua. Harap-harap tiada siapa yang terkantoi puasanya tanpa sebab. As for me, puasa aku masih terpelihara, cuma pahala puasa itu tidak dijamin dapat 100%.
Untuk bulan puasa tahun ni, aku rasa sama jer macam bulan-bulan puasa tahun-tahun sebelum ni. Mostly, aku akan bersahur seorang diri dan berbuka puasa pon seorang diri. Begitulah nasib hidup sebatang kara kat kota ni. Di awal bulan puasa ari tu, kesihatan aku tak berapa nak baik. Sakit tu datang menyerang berulang kali. Kalau tak kiri, kene kanan, kalau tak kanan diserangnya sebelah kiri. Sejak akhir-akhir ni kerap pulak kene. Pantang makan sampai semua benda aku tak makan, tapi kene jugak. Akhirnya aku terfikir nak makan rumput je. Tapi Alhamdulillah, di hari ke enam belas ni, dah terasa ok sikit. Mungkin berkat berpuasa. Harap tak kene sekerap dulu. Tersiksa rasanya.
Beberapa hari selepas mula berpuasa juga ayah aku ditimpa kemalangan. Jatuh tangga katanya sebab nak betulkan siling yang dah rosak. Petang itu aku balik rumah agak lewat sebab berbuka puasa di rumah kawan. Dalam pukul 10 lebih aku sampai rumah, rumah gelap gelita. Bermacam benda bermain di fikiran aku masa tu. Kalau black-out, takkan rumah aku jer, rumah laen terang benderang. Kalau ayah aku dah tidor pon, selalunya ada lampu yang akan dibuka. Aku berfikiran positif jer ketika itu. Masuk je rumah, ayah sedang terlantar di kerusi. Diceritakan segalanya pada aku. Aku nak bawak ayah ke hospital tetapi ayah taknak, lama sangat nanti katanya. Makanya aku bawa ayah ke klinik sahaja, nasib baik ada klinik 24 jam. Doktor mengarahkan untuk dibuat x-ray. Alhamdulillah, tiada tulang yang retak. Doktor cuma prescribe pain killer sahaja. Sekarang, nampaknya ayah dah ok.
Di bulan puasa ni, tugas-tugas di pejabat terpaksa dilaksanakan juga. Sepanjang bulan puasa ni, aku akan masuk kerja pukul 7.30 pagi, lunch hour dipendekkan ke 1/2 jam sahaja dan balik pada pukul 4.00 petang. Sejak dua menjak ni terasa banyak sangat kerja aku. Setelah seorang staf yang bekerja dengan aku ditukarkan ke jabatan lain dan jawatannya tidak akan diganti, maka kebanyakkan tugas-tugasnya ditanggung oleh aku. Kadang-kadang rasa terbeban sangat, malah ada diantara tugasnya yang aku belum buat lagi sehingga sekarang. Entahlah, sampai bila aku bole bertahan. Kalau macam ni lah sampai ke tua, rasanya memang aku akan amik optional pencen awal.
Oklah, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa Kepada Semua.
0 comments