958 : Mari Menonton (Episod 3) : Godzilla vs. Kong

Kali terakhir aku menonton wayang di pawagam adalah pada bulan Ogos tahun 2020. Pada minggu lepas aku berpeluang sekali lagi untuk memonton sebuah filem terbaru di pawagam walaupon terpaksa mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan. Seperti biasa, pengunjung akan scan MySejahtera masing-masing dan mengambil suhu badan. Kedudukan tempat duduk juga berbeza. Kali terakhir aku mengunjungi panggung wayang bulan Ogos tahun lepas, di mana tempat duduk dijarakkan selang sebuah kerusi. Tetapi kali ini, tempat duduk dijadikan couple seat dan diselangkan sebuah kerusi diikuti dengan couple seat yang satu lagi. Ada juga barisan tempat duduk yang disediakan untuk mereka yang single dan forever alone. Oh ya... harga tiket pon mahal, RM20.00 kalau nak dibandingkan harga sebelum zaman Covid ni yang rata-rata dalam RM16.00 sahaja.

Filem terbaru yang aku tonton itu adalah filem Godzilla vs. Kong. Filem ini adalah sequel kepada filem Godzilla: King of the Monsters (2019) dan Kong: Skull Island (2017). 

Movie poster Godzilla vs. Kong


Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan pertembungan antara dua Titan iaitu Godzilla dan Kong untuk menjadi King of Titan di bumi. Pihak Apex Cybernatics pula telah menggunakan Kong untuk menewaskan Godzilla yang telah menyerang dan memusnahkan fasiliti Apex di Pensacola tanpa sebab. Dapatkah Kong menewaskan Godzilla atau Godzilla kekal menjadi King of Titan di bumi? Mengapa pula Godzilla tiba-tiba menyerang fasiliti Apex? Adakah wujud konspirasi yang menyebabkan pertembungan dua Titan ini?

Siapa yang menang dalam pertempuran hebat ini? Godzilla atau Kong?
Siapa pilihan anda?


Untuk mendapatkan jawapannya, saksikan filem Godzilla vs. Kong di pawagam-pawagam berhampiran anda sekarang.

Saksikan official trailer Godzilla vs. Kong


Bagi aku sebagai seorang peminat filem-filem Godzilla dan Kong dan seumpama dengannya, filem ini penuh dengan aksi-aksi menarik pertembungan antara Godzilla dan Kong. Ending filem ini juga tidak mengecewakan. 

You Might Also Like

22 comments

  1. Oi! Macam tu ke harga tiket sekarang?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. sejak2 covid ni makin mahal plak harga tiket

      Delete
  2. Harga tiket punn mahal dah ye lepas covid ni, nak pulih ekonomi semula la kot kan sebab haritu kena tutup lama jugak kan. Tapi kalau cerita best, tak rugi punn kan hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, nak pulihkan ekonomi. Sekali sekala bole la. Bukan hari2 pegi tgk wayang pom

      Delete
  3. Kena gi Ganu jika nak tgok movie di pawagam. Di Kelate dah tiga dekad ditutup cinema...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gi ganu pon x bole merentas sempadan kan...

      Delete
  4. nak pergi ,semata2 nak tgk oguri shun tapi review baca he is as Chinese !!! aaaaaa

    ReplyDelete
  5. Lama juga tak menonton wayang gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon... sejak2 covid ni jarang sgt dah pi wayang

      Delete
    2. Tapi sekarang kalau tengok wayang, tengok cerita bebudak je, sebab bawak anak² sekali.

      Delete
    3. kire ok lah tu, dapat gak tengok wayang... tp cerita ni boleh jer budak2 tengok..

      Delete
  6. wahh best nih.. nntila wak download.. free jak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. make sure download secara halal ye... hehehe

      Delete
  7. kakmim pn dh lupa bila kali terakhir tgk wayang.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Sequel ketiga lah ni kiranya kan. Cerita aksi memang best tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ditengokkan siri yang dibintangi Godzilla ni dan ade 3 sebelum ni (zaman kita), Godzilla (1998), Godzilla (2014) dan Godzilla: King of Monsters dan siri yang dibintangi Kong pula ada 2 (zaman kita) King Kong (2005) dan Konmg : Skull Island

      Delete
  9. Mrs. A pun dah lama tak nonton di panggung.
    Tiket mahal tu kira macam cover harga seat sosial distancing lettewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lah, sebab social distancing n kapasiti panggung x bole penuh, terpaksa la diaorg naekkan harga tiket. sekali sekala menonton di panggung, bole lah

      Delete
  10. Berpuluh tahun tak masuk cinema, terkezut dengar arga tiket sampai RM20....huhuhuuuu! Memang harga kayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang baru-baru ni masuk panggung pon terkezut tgk harga tiket mcm tu...

      Delete