831 : Empat Hari Di Bulan Zulhijjah 1438H/2017M - Selamat Hari Raya Aidiladha, Mohon Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk empat hari kita di bulan Zulhijjah. Masih ada lagi yang berhari raya ke? Masih ada yang berkorban? Alhamdulillah, semoga rezeki kite sentiasa diberkati Allah swt. As for me, Hari Raya Haji ni macam hari-hari biasa jer, cuma makan jer sedap sikit dan tahun ni dapat cuti panjang. Aku bercuti dari 30 Ogos hingga 3 September kemudian ditambah pula dengan Cuti Umum Seluruh Negara yang diisytiharkan oleh Jibby tempoh hari untuk hari Isnin 4 September, makanya hampir seminggu aku bercuti. Best giler dapat lepak-lepak kat rumah walaupon kadang-kadang mencapai tahap kebosanan. 

Menjelang 10 Zulhijjah (Khamis, 31 Ogos 2017)

Hari ni Cuti Hari Merdeka yang ke 60. Seperti biasa aku buat-buat bodoh je kat rumah. Menjelang petang aku keluar, nak cari makan malam dengan nak beli sedikit barang untuk kariah surau yang bakal datang bertakbir malam nanti. Aku pergi pasar malam BBS untuk cari makan, tak ramai orang yang berniaga malam ni, tapi abang jual yong tau foo tu ade, dah lama mengidam yong tau foo dia. Akhirnya dapat jugak beli. Sebelum itu aku singgah di Pasaraya KK untuk beli ketupat segera dan beberapa barang lain. Selesai semuanya aku balik ke rumah dan terus merebus ketupat segera itu. Kemudian aku membasuh toilet dan bilik air, takut kakak aku bising plak toilet dan bilik air tak bersih.

Menjelang malam, kakak aku sampai. Dia dah siap masak juadah raya, kurma ayam dengan kuah kacang, memang makanan fevret kat umah ni. Adik aku nampaknya dia tak datang rumah tahun ni memandangkan dia di dalam pantang selepas melahirkan anaknya yang ke empat. Abang aku jugak akan datang esok.
  
Gerai lemang di Pantai Dalam, KL

Dalam pukul 9.00 malam, sahabat aku ,message nak ajak cari lemang dekat Pantai Dalam. Kami pergi satu kereta ke sana. Ramai juga yang menjual lemang di kawasan Pantai Dalam tu, tapi kami membeli di gerai lemang bapa saudara kepada sahabat, dapat la RM10 untuk sebatang. Aku membeli tiga batang sahaja manakala sahabat membeli empat batang. Kemudian kami ingin mencari rendang daging pulak. Kebanyakkan gerai yang kami tanya semuanya sudah kehabisan rendang daging, yang ada rendang ayam sahaja. Memandangkan aku sedang berpantang ayam, maka aku tak belilah rendang yang ada tu. Sib baek aku ada membeli serunding daging kat pasar malam tadi. Sesampai sahaja di rumah, kariah surai baru sahaja beredar.

10 Zulhijjah (Jumaat, 1 September 2017)

Hari Raya Aidiladha. Takde plan ape-ape pon hari ni. Petang itu aku dan keluarga kakak pergi melawat adik di rumah mertuanya di Bangi. Kami dihidangkan dengan nasi beriyani, ketupat palas dan macaroni bakar. Kenyang makan hari itu. Terima kasih kepada tuan rumah. Selepas itu aku terus balik ke rumah sementara kakak aku sekeluarga singgah di rumah mertuanya pulak. Aku malas nak ikut pasal rumah mertua dia tu susah nak parking kereta. Silap parking kene saman. Huhu... tahu sangat dah kawasan Bangsar South tu...

11 Zulhijjah (Sabtu, 2 September 2017)

Hari ni aku dan sahabat ke PWTC untuk ke Home Love Fair 2017. Sekadar mencuci mata dan mengisi masa terluang yang takde buat ape di rumah. Kalau-kalau ada yang berkenan bole gak beli. Hehehe.. Tapi bagi kami, pameran ni tak berapa best. Walaupon besar tapi barang yang dipamerkan tidak menambat hati kami. Asik-asik tilam, asik-asik tilam....


Selepas pusing sekali kami ke Putra Mall untuk makan tengahari.

12 Zulhijjah (Ahad, 3 September 2017)

Hari ini aku dan sahabat ke Rex Home Improvement and Renovation Expo di Mid Valley. Sekadar nak mencuci mata dengan barangan pamerannya. Pameran ni sedikit best dari semalam di PWTC. Ada satu sofa aku berkenan, cuma harganya di luar bajet aku. Hampir RM4,300 harganya. Kalau di dalam bajet aku, sure aku dah swipe credit card aku untuk sofa itu. Huhu...Barangan pameran yang lain sekadar biasa-biasa sahaja. Tiada di dalam list yang aku cari wat masa ni.


Malam pula semasa menghantar sahabat balik, sahabat mengajak pergi lepak di Selayang Mall bersama keluarganya. Kami lepak dan makan lagi di Johnny's Selayang Mall.

13 Zulhijjah (Isnin, 4 September 2017)

Hari ni Cuti Umum seluruh negara yang diumumkan oleh Pak Najib masa majlis penutupan Sukan SEA minggu lepas. Terima kasih Pak Jib... 

Esok sudah kene kerja kembali....

You Might Also Like

0 comments