823 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 7) : Penjelajahan Kota Tokyo Diteruskan. Misi Memburu Pokemon

... sambungannya

8 Mac 2017 (Rabu)

Setelah bergaduh sekejap dengan tuan rumah pagi itu, kami mendapat khabar gembira. Tuan rumah telah datang ke rumah dan memberitahu bahawa pihak polis telah menelefon beliau semalam tentang telefon sahabat yang keciciran itu. Tuan rumah membantu mendapatkan maklumat lanjut dari pihak polis dan memaklumkan bahawa pihak polis ada menerima telefon dari model yang sama tetapi tidak dapat dipastikan sama ada sahabat adalah pemiliknya atau bukan. Oleh itu, pihak polis meminta kami ke Balai Polis Shibuya untuk membuat pengesahan dan mengambil telefon itu jika benar telefon itu adalah milik sahabat.

Selepas bersarapan serba sedikit, kami segera mengambil train dari Komae ke Shinjuku dan terus ke Shibuya. Dari Shibuya Station, kami berpandukan arah dari Google Map untuk mencari Shibuya Police Station yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shibuya. Tak susah mencari balai polis ni menggunakan khidmat Google Map (sangat berguna Google Map ni). Kami diberi pas dan segera diarahkan untuk ke tingkat 2 bangunan balai polis itu. Setelah beberapa maklumat diambil, polis yang bertugas segera mengambil telefon berkenaan dan menunjukkan kepada sahabat, dan ternyata telefon itu milik sahabat, terpampang gambar muka dia di skrin hadapan telefon itu. Suka hati sahabat tidak terkira, kami pon macam tak percaya boleh dapat kembali telefon itu. Kalau kat Malaysia, minta maaf la ye, sila beli baru. Syukur la nak.

Pas yang perlu dipakai semasa berurusan di Balai Polis Shibuya

Sahabat gumbira setelah mendapat kembali handphone beliau yang hilang



Setelah mendapatkan kembali telefon itu, kami segera meninggalkan Balai Polis Shibuya dan meneruskan agenda kami untuk hari itu. Pagi itu kami akan ke Ikebukuro untuk ke Pokemon Mega Centre Tokyo yang terletak di Sunshine City Alpa Mall. Disebabkan kami adalah Pokemon Goers, maka tempat ini wajib kunjung bila berada di Tokyo. Dari Shibuya Station, kami mengambil train terus ke Ikebukuro Station, lebih kurang 20 minit perjalanan dengan train. Dari Ikebukuro Station pula kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Sunshine City Alpa Mall. Agak susah pada mulanya, kerana jalan ke sana agar berserabut, dan Sunshine City Alpa ni macam sebuah Mall di dalam sebuah Mall yang lain. Bersambung-sambung semuanya. Pening aku sekejap. Setelah sampai ditempat yang dituju kami pon sekadar window shopping di dalam centre itu, kalau ada yang berkenan baru beli. Macam-macam barangan Pokemon ada dijual di sini dari soft toys, kad, cenderahati, utensils, alat tulis dan macam-macam lah. Soft toys paling murah aku nampak berharga JPY1,200. Diakhir lawatan kami di sini, aku hanya membeli satu cenderahati sahaja berbentuk piring kecil gambar Pikachu berharga JPY500, jadilah sebagai tanda aku dah sampai kat sini.


Permandangan sepanjang perjalanan ke Sunshine City Alpa


Pokemon Center Mega Tokyo, Ikebukuro

Permandangan sudut lain di Ikebukuro

Sebelum meninggalkan Sunshine City Alpa kami singgah di kedai 3Coins, kedai barangan yang rata-rata berharga JPY300. Sahabat nak cari cenderahati Jepun berupa beg tote yang berharga JPY300. Beg  tote tersebut kami dah lihat di kedai yang sama di Shinjuku Station tempoh hari, tapi kami tak beli masa tu. Nasib kami baik, beg tersebut ada dijual di sini tetapi ada untuk Osaka dan Kyoto sahaja, Tokyo takde. Apa-apa pon kami beli juga, aku amik 2 Kyoto dan 2 Osaka. Main amik jer, tak tahu nak bagi sape. Sahabat pon amik banyak since dia ada ramai adik beradik. Aku rasa beg ni berbaloi kalau nak dijadikan souvenir kepada mereka yang tersayang di tanah air, beg ni besar dan murah, cantik plak tu. Kemudian kami singgah disebuah kedai lain pula, sekadar melihat barangan yang dijual di dalamnya. Akhirnya aku terbeli sebuah cawan bertutup berharga JPY1,500 untuk aku berikan kepada ayah. Settle sudah cenderahati untuk mereka yang aku sayang di Malaysia. Kalau ada lain yang aku berkenan nanti, kira bonus lah untuk diaorang. Bukan senang pakcik nak bagi hadiah tau.

Kedai Coins di Sunshine City Alpa, Ikebukuro

Inilah dia beg tote yang kami beli

Kemudian setelah dapat apa yang dicari kami bergerak menuju ke Ikebukuro Station. Kami singgah pula di satu kedai yang aku pon tak hingat akan namanya. Sahabat nak tengok produk kecantikan, aku dok luar jer, tetapi aku yang akhirnya terbeli 2 pek coklat Kit Kat perisa yang tak pernah nampak kat Malaysia. Kami seterusnya bergerak pula mencari Ikebukuro Shopping Park. Agak susah nak cari ISP ni sampai tersesat kami masuk ke kedai lain. Akhirnya jumpa juga melalui pintu masuk bawah tanah (patut la susah sangat nak cari). Kami cari kedai 3coins lagi untuk mencari beg yang sama, malangnya beg tu takda jual di sini. Makanya kami decided untuk melihat di Shinjuku Station bila balik nanti.

Kami seterusnya ke Ikebukuro Station untuk agenda kami seterusnya untuk ke Electric Town, Akihabara. Kami menaiki train dari Ikebukuro Station terus ke Akihabara Station lebih kurang 20 minit perjalanan. Sebenarnya, tiada apa yang nak dicari di sini, sekadar memenuhkan itinerari kami, dan kerana macam best jer nama Akihabara itu. Hehehe.. Tengah syok jalan-jalan keluar dari Akihabara Station, terlihat plak oleh kami food truck Happy Kebab yang halal, maka kami pon decided untuk makan kebab itu sahaja untuk makan tengahari kami hari itu since kami pon belum lunch lagi. Kami order kebab sorang satu pada harga JPY600 setiap satu, dan kami makan di kerusi yang disediakan oleh tuan punya food truck. Sedap gak kebab dia, bole cube lagi next time kalau sampai Akihabara.




Permandangan sekitar Electric Town, Akihabara



Menikmati makan tengahari, Happy Kebab di Akihabara sambil ditemani
burung-burung merpati yang jinak-jinak merpati, didekat kau lari

Selesai makan kami berjalan disepanjang jalan di sana dan masuk ke kedai yang menarik perhatian kami. Tengok-tengok jugak jam tangan G-Shock dan model-model yang lain, harga di luar bajet kami plak, kalau tau harga macam tu, bole gak duit dengan lebih banyak. Tiada apa yang dibeli, cuma menjamu mata sahaja. Akhirnya terbeli juga cenderahati berupa pensil sepanjang 1 kaki yang flexible. Tak pernah jumpe lagi pensil macam ni kat Malaysia, oleh itu aku belilah satu, untuk aku. Sahabat plak beli banyak untuk diberi kepada anak-anak buahnya yang agak ramai.

Selepas puas berjalan-jalan di Akihabara, kami balik semula ke Akihabara Station untuk ke destinasi kami yang berikutnya, Nippori. Untuk ke Nippori, cume perlu naik train dari Akihabara Station dan terus ke Nippori yang hanya terletak beberapa stesen sahaja. Di Nippori, kami bercadang untuk melihat Nippori Textile Town atau dikenali sebagai Nippori Sen-i Gai dan sahabat nak tengok kain-kain kalau ada yang berkenan. By the time kami sampai di Nippori, hari sudah mulai gelap. Kami berjalan sepanjang jalan di Nippori Textile Town itu dan masuk ke kedai-kedai yang menarik perhatian. Akhirnya, tiada apa yang dibeli kat sini. Kain-kain di Kamdar dan Jakel nampaknya lebih menarik dan murah. Hehehe...

Stesen Nippori ke Nippori Textile Town a.k.a Nippori Sen-i Gai


Sekitar kawasan Nippori Sen-i Gai

Cuaca malam semakin sejuk dan kami meninggal Nippori dan bercadang untuk melawat Tokyo Tower pulak. Dari Nippori Station kami mengambil trains dan turun di Stesen Akabanebashi seterusnyer berjalan kaki lebih kurang 10 minit ke Tokyo Tower. Keluar sahaja dari Stesen Akabanebashi tu sudah boleh nampak Tokyo Tower yang berwarna oren itu dari kejauhan. Tanpa menghiraukan masyarakat tempatan yang lalu lalang di situ, kami mengambil gambar sambil berposing sakan di persimpangan jalan itu. View di situ cantik kerana boleh nampak keseluruhan Tokyo Tower. Berpandukan Tokyo Tower itu kami berjalan kaki. Terasa jauh pulak tetapi sampai juga akhirnya melalui pintu belakang yang ditutup. Kami panjat jer pintu pagar tu pasal takde sape-sape pon kat situ. Hahaha...


Permandangan Tokyo Tower dari kejauhan



Sekitar Tokyo Tower di waktu malam

Kami tak naek pon Tokyo Tower tu memandangkan memang tidak termasuk dalam bajet kami. Oleh itu kami jalan-jalan sahaja kat bawah. Di Ground Floor, Tokyo Tower juga ada kedai-kedai yang menjual cenderahati dan juga restoran. Di sini kami terjumpa sebuah kedai cenderahati yang menjual t-shirt Jepun yang paling murah kami jumpa sepanjang kami di Tokyo. Sehelai t-shirt Jepun dan Tokyo Tower pelbagai kaler dijual pada harga JPY980 sahaja berbanding rata-rata tempat menjual pada harga minima sekitar JPY1,200. Sahabat memborong terus t-shirt dari kedai pakcik tu, rasanya adalah dalam 15 helai. Aku pula cuma membeli sehelai t-shirt I Love Tokyo berwarna hitam pada harga sama dan mendapat hadiah percuma sebatang pen dari tuan punya kedai sebab aku orang Malaysia, siap aku tunjuk lagi duit Malaysia di dalam koleksi duit asing pakcik tu yang berada di kaunter depan kedainya, sambil berkata 'My money, Malaysia'. Sahabat pula mendapat 5 batang pen percuma sebab beli lebih banyak. Disamping itu, aku juga terbeli satu fridge magnet yang cantik dan besar di kedai pakcik tu pada harga JPY350. Kat Asakusa dulu aku beli dapat kecik jer untuk harga yang sama. Mencik. Hehehe...

Selain itu, di Tokyo Tower aku terbeli juga 3 helai sapu tangan Tokyo Tower untuk anak-anak buah lelaki berharga JPY1,500 semuanya dan juga 3 helai sapu tangan bergambar geisha berharga JPY1,000 kesemuanya untuk abang-abang dan adik ipar aku. Maka dengan ini, semua orang tersayang dalam keluarga aku telah ada hadiah masing-masing. Cukup lah...

Petang sudah beransur malam, hari sudah lama gelap. Kami decided untuk pulang ke Komae tetapi kami ada satu lagi persinggahan sebelum pulang. Kami menaiki train dari Stesen Akebanebashi dah turun di Shinjuku Station. Di Shinjuku Station, kami mencari kedai 3Coins lagi untuk membeli lagi beg 3Coins. Di kedai ini ada menjual beg Tokyo dan Japan. Aku membeli 2 beg Tokyo dan 1 beg Japan dan sahabat plak aku tak tau dia amik berapa. Tercapai misi kami hari itu, kami pulang ke Komae dengan hati yang gembira dalam kesejukan malam.

Seperti malam-malam sebelumnya, sebelum sampai ke rumah penginapan, kami akan singgah di FamilyMart. Di kedai ini lah selalunya kami membeli dan mendapatkan barangan keperluan harian seperti air minuman, roti, telur, pisang dan makanan lain. Malam ini merupakan malam terakhir kami mengunjungi FamilyMart ini. We will miss you FamilyMart Komaehigashiizumi.

Family Mart yang banyak membantu mendapatkan 
keperluan asas kami sepanjang di Tokyo


... bersambung

You Might Also Like

0 comments