834 : Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa (Episod 2)

... sambungannya

Encik Doktor itu mengarahkan aku untuk berpuasa, dan makanan terakhir aku hanyalah seketul roti bun dan air kosong pada 2.30 pagi, 11 Oktober 2017. 

Menjelang matahari terbit, mulalah para-para doktor ni buat round dari katil ke katil sambil membebel bende-bende yang kadang-kadang aku tak paham (bahasa doktor la tuh). Encik Doktor yang buat round itu memaklumkan bahawa aku terpaksa menjalani pembedahan dalam masa terdekat ni, tapi tak pula dia cakap bila. Bila aku tanya Puan Nurse, dia cakap tunggu queue untuk Dewan Bedah. Kemudian aku didatangi pula oleh tiga orang Doktor Pelatih dari UPNM. Mereka meminta kebenaran untuk bertanya aku beberapa soalan dan membuat check-up ke atas aku. Aku merelakan jer. Dekat 30 minit jugak aku dikerjakan oleh doktor-doktor pelatih itu. Mungkin kes aku istimewa kot, mereka tak jumpa lagi kes macam aku.

Wad 4B Surgical, Hospital Selayang. 
Dapat katil tepi tingkap. Dapatlah melihat permandangan luar

Menjelang tengahari tiba waktu melawat dan kakak aku datang berseorangan. Disebabkan aku sedang berpuasa, aku minta dia bawakan aku sebotol air mineral sahaja. Tak lama kemudian, datang pula seorang kawan aku bersama kawannya. Rumah kawan aku tu depan Hospital Selayang tu jer, kalau tak datang melawat aku, memang nak kena la tu. Dah la nak jumpe sekali sekala pon susah, mengalahkan retis. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi melawat aku.

Habis waktu melawat, kakak dan kawan aku tu pon beransur pergi. Datang pula seorang Puan Nurse ke katil aku, 'Encik... siap ye, kite pergi operation sekarang. Nanti saya bagi baju'. Terkejut aku sekejap dan terus berdebar-debar. Ni lah pengalaman pertama aku nak masuk Dewan Bedah dan kene bedah. Puan Nurse memberi aku sepersalinan pakaian berwarna biru tua dan terus membawa aku ke dewan bedah. 

Dihadapan pintu masuk dewan bedah, seorang Puan Nurse bertanyakan aku beberapa soalan lazim seperti siapa nama aku, di mana aku tinggal dan pembedahan apa yang aku akan jalani sebelum aku dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Di dalam dewan bedah, aku nampak terdapat beberapa orang doktor dan kakitangan dewan bedah itu telah bersedia menyambut aku. Aku makin cuak. 

Seorang doktor wanita berbangsa India datang menghampiri aku dan memperkenalkan dirinya. Beliau adalah seorang pakar bius yang akan mengendalikan kes aku. Beliau bertanya lagi soalan lazim yang sama seperti Puan Nurse sebelum itu dan menerangkan operasi yang akan dijalankan ke atas aku. Kemudian aku dibawa masuk pula ke dalam Bilik Bedah. Puan Doktor itu bertanya lagi soalan lazim yang sama (berapa kali mau tanya laaa....) Kemudian seorang kakitangan wanita di situ bersuara, 'maaf ye encik, tanya banyak soalan. Ini prosedur'. Aku pon, 'OK, noted'. 

Kakitangan dewan bedah itu terus mempersiapkan aku untuk menjalani operasi. Topeng oksigen dipasang ke hidung aku dan doktor menyuruh aku bernafas seperti biasa. Kemudian Puan Doktor berkata, 'Encik, kita masuk ubat sekarang ye, ubat ni pedas sikit'. Tiba-tiba salah seorang kakitangan dewan bedah itu mencelah, 'pedih!' Puan Doktor pon, 'Owh.... pedih'. Aku yang sedang berdebar-debar itu boleh lagi tersenyum. Dan aku dengar Puan Doktor berkata, 'Hehehe... he is smiling'. Dan.....

(Tiga jam kemudian)

Aku tersedar tatkala doktor sedang menarik keluar tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam tekak aku. Mengelupur aku sekejap, rasa sakit dalam tekak dibuatnya. Batuk teruk aku dibuatnya dan tekak aku berasa tak selesa selepas itu. Doktor memberitahu bahawa pembedahan aku telah selesai dan aku dibawa ke Observation Ward untuk seketika. Mata aku masih terasa berat dan sukar untuk dibuka. Kepala juga terasa pening. Aku macam hilang akal sekejap, confius dengan apa yang sedang berlaku.

Seorang kakitangan dewan bedah itu menghampiri aku, bertanya lagi soalan-soalan lazim itu, dan aku menjawab semuanya dengan baik. Aku dibenarkan keluar dari observation ward dewan bedah itu. Aku dibawa balik ke wad. Sampai di wad aku lihat ayah dan kakak aku sudah menunggu bersama dengan dua orang anak kakak aku. Syukur mereka aku telah selamat menjalani pembedahan. 

... bersambung

You Might Also Like

0 comments