826 : Dua Puluh Lima Hari Di Bulan Ramadhan 1438H/2017M

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke 25 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ni aku mengambil Cuti Kecemasan, tahap kesihatan tidak mengizinkan aku pergi ke opis. Masuk hari ni dah 4 hari aku tidak sihat, hanya duduk di rumah sahaja, makan minum untuk bersahur dan berbuka pon sekadar mengharap belas ehsan orang. Macam la nasib hidup sebatang kara. Ahaks...

Sebelum tahap kesihatan aku merosot, sempat juga aku shopping-shopping raya. Beli ala kadar jer. Baju Melayu tahun ni tak beli. Recycle je lah yang tahun-tahun lepas punya. Dalam almari tu dah penuh dengan baju melayu, rasanya adalah dalam 6-7 pasang, aku pon dah lupe. Makanya, hari tu aku cume membeli t-shirt sebanyak 3 helai. Tak mahal pon, masa tu ade sales, 3 pasang RM50. Dan t-shirt dia pon cantik-cantik. Then aku ada juga membeli sepasang selipar Fippers dan sepasang sandal, tak mahal mane pon, tak sampai RM100 kedua-duanya. Pastu aku ada membeli sepasang seluar jeans yang agak mahal gak lah. Hehehe... itulah item paling mahal aku beli untuk raya tahun ni. Disebabkan aku dan sahabat aku tu berbelanja hampir RM400 kat kedai tu, aku dapat sehelai lagi t-shirt percuma, dan kami juga sempat mengepow kakak tu 4 pek sampul raya. Cukup lah tu untuk hari raya. Lagi pon, raya aku tak ke mana pon, kan aku sebatang kara, ahaks. 

Done shopping raya

Disamping itu, aku ada juga mengorder beberapa jenis kuih raya. Beli tak banyak pon, 4 jenis 50 bijik masing-masing. Cukuplah untuk buat syarat hari raya. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. terima kasih azie. selamat hari raya, maaf zahir dan batin

      Delete
  2. Selamat hari raya juga.. maaf juga untj semuanya.. masih guna no tel yg lama kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin
      ya, masih guna no yg lama

      Delete