819 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 4) : Hari Ini Kita Pergi Lebih Jauh

... sambungannya

5 Mac 2017 (Ahad)

Celik je mata, terus terkejut dan bingkas bangun dari peraduan. Matahari dah meninggi, dah cerah kat luar sana. Adus... kesiangan sudah rupanya aku. Sahabat yang laen pon bukan maen sedap lagi tidor berselubung. Tangan segera mencari jam. Cis.... baru pukul 6.30 pagi rupanya. Tapi dah macam pukul 10.00 pagi kat Malaysia. Terus aku baring semula. Beberapa minit kemudian, kedengaran sahabat juga terkejut lalu bangun. 

Pukul 6.43 pagi di Komae. Suhu 1 darjah celcius. Matahari dah tinggi

Pagi itu sahabat menyediakan nasi dengan lauk pauk segera dan aku menyediakan sandwich sardin dan tuna sebagai bekalan jalan-jalan hari ini. Memang kami ada membawa bekalan dari Malaysia, sebab kami sedar, harga makanan di Tokyo ini agak mahal (itu main reason) disamping sukar mencari yang halalan toyyiban (second reason). Selepas bersiap dan bersarapan sedikit, kami bersedia untuk menjelajah Tokyo untuk hari kedua. Tak sabar rasanya. Seperti biasa kami menaiki train dari Komae Station ke Shinjuku Station, dan dari Shinjuku Station adventure kami bermula dengan mencari line untuk ke destinasi kami hari itu, Asakusa. Perjalanan dari Komae ke Asakusa lebih kurang 1 jam.

Cabaran pertama kami di Tokyo bermula apabila kami tersesat dalam mencari Kanda Station Ginza Line untuk ke Asakusa. Kami menaiki Chuo Line dari Shinjuku dan terus ke Kanda, dan di Kanda kami akan bertukar train ke Ginza Line. Memandangkan Ginza Line adalah Subway, maka Kanda Station tu terletak bawah tanah dan di luar Kanda Station yang satu lagi tu (nama stesen sama tapi line berbeza). Memula kami mengikut tanda arah dan apabila dah keluar dari Kanda Station itu, arah ke Ginza Line terus lenyap dari pandangan. Seperti biasa kami pon maen redah je, sambil seronok mengambil gambar. Apabila terasa macam dah jauh sangat kami berjalan dan tiada tanda-tanda subway station, kami pon memasuki sebuah hotel di kawasan itu untuk bertanyakan arah. Sib baek petugas front counter hotel itu sudi membantu, siap diberikan map lagi. Nampaknya kami telah tersasar sejauh dua blok. Terima kasih kepada pekerja front counter hotel tersebut. Akhirnya sampai juga kami di Kanda Station Ginza Line dan kami terus ke Asakusa.

Dalam sesat-sesat, sempat juga bergambar. 
Yang penting kita happy

Sampai di Asakusa kami terus menyusuri kedai-kedai tepi jalan dan terus ke Nakamise Shopping Street. Di sini merupakan salah satu syurga membeli belah bagi mereka yang ingin mencari cenderahati Jepun untuk di bawa pulang. Di sini juga banyak menjual makanan-makanan Jepun yang nampaknya sedap jer semuanya, tapi kami tak beli pon makanan di situ dengan alasan seperti yang telah disebutkan di atas. Kami berjalan dan singgah di kedai-kedai yang menarik perhatian kami hingga ke hujung dan berpatah semula. Ada banyak benda yang menarik di sini tapi boleh dikatakan harganya agak mahal jika diconvertkan ke RM. Akhirnya, di Nakamise Shopping Street ini aku terbeli sebuah souvenir shot glass Japan dengan harga dalam JPY500++, empat helai tuala mandi Jepun pada harga JPY600++ sehelai dan 10 sapu tangan Jepun yang cantik dan comel pada harga JPY300++ sehelai. Di kedai tuala dan sapu tangan ini kami mendapat tax free, so tak perlu bayar GST Jepun bernilai 8% iteww. Jangan lupa cari kedai yang ade patung katak hijau dihadapannya, rasanya kedai ni menjual pada harga yang agak murah berbanding kedai lain. Disamping itu, aku juga ade membeli beberapa fridge magnet berjumlah JPY1,350 semuanya. Sahabat juga membeli tuala dan sapu tangan di kedai katak tersebut. Suka diingatkan bahawa tidak seperti di Malaysia, harga yang dipamerkan untuk barang-barang jualan di Jepun adalah tidak termasuk 8% tax a.k.a GST.


Aktiviti bershopping di Nakamise Dori

Tiba-tiba ade seorang professional photographer nak amik gambar sahabat


 Jalan-jalan sepanjang Nakamise Dori 

Barang-barang yang terbeli di Nakamise Shopping Street.

Patung yang ada di luar kedai itu, sebab tu aku panggil kedai katak.
Produknya tuala dan sapu tangan Jepun dan yang seumpama dengannya. 
Murah berbanding kedai lain

Berpuas hati dengan pembelian tersebut, kami segera ke Tokyo River Cruise untuk mendapatkan tiket cruise ke Odaiba. Kami dapat tiket untuk perjalanan pukul 2.30 petang. Harga tiket adalah sebanyak JPY1,560. Lebih mahal dari apa yang kami bajet. Rupanya kami tersalah cruise, yang ni memang lebih mahal, yang kami nak naik tu jetinya ke hadapan sedikit, dan harga tiketnya lebih kurang JPY1,100 sahaja. Tapi takpelah, dah terbeli, kite teruskan sahaja dengan program kite. Janji kite Happy...

Ini cruise yang kami naik... The Hotaluna

Ini cruise yang aku nak naek. Bole berdiri kat luar. Best sket kan...

Menunggukan waktu perjalanan itu, kami merentasi Sungai Sumida dan berjalan kaki ke Tokyo Skytree yang nampaknya macam dekat je. Yang akhirnya kami tak sampai-sampai pon dan kami berpatah balik ke Tokyo River Cruise. Kami berhenti sekejap di tepian Sungai Sumida untuk makan tengahari bertemankan beberapa ekor burung merpati dengan bekalan yang kami bawa sementara menunggu waktu cruise. 


Berjalan kaki menyusuri  lorong dan lohong ke Tokyo Skytree

Membeli air untuk menghilangkan dahaga. Menarik bebenor air-air di vending machine 
di Jepun ni. Jom kite try Wonda Coffee Gold, takde kat Malaysia. JPY110 sahaja

Kaw hado!
 

Terjumpa pokok ni. Macam sakura. Tak tahu lah... Janji catek!


Makan tengahari di tepian Sungai Sumida. 
Ada banyak food truck, tapi tak tengok plak diaorang jual apa.

Lebih kurang pukul 2.15 petang kami sudah pon tercegat dihadapan jeti Tokyo River Cruise itu. Cruise bergerak on time menyusuri Sungai Sumida ke Odaiba Seaside Park sambil kami menikmati permandangan tepian sungai itu. Perjalanan itu memakan masa lebih kurang 1 jam. Sampai sahaja di Odaiba, kami lepak dahulu di Odaiba Seaside Park sambil makan tengahari bekalan yang kami bawa ala-ala piknik di tepi pantai. Cuaca sangat sejuk masa itu, mungkin kerana berada di tepi pantai. Selepas selesai makan, kami mula menjelajah tempat-tempat menarik di Odaiba.


Sumida Park, di sebelah Tokyo River Cruise

Bot dah sampai dan masa untuk boarding 



Permadangan di dalam dan sepanjang perjalanan cruise ke Odaiba 


 Piknik di Odaiba Seaside Park 



Permandangan dan sebahagian tempat menarik di Odaiba

Berlatar belakangkan bangunan Fuji TV

 Permandangan di Odaiba


Real size of Gundam Statue. Pada petang itu terdapat satu majlis di mana Gundam Statue ini
akan dilupuskan. Tak tahu apa yang akan menggantikan tempatnya. Kalau korang 
ke Odaiba sekarang, patung Gundam ni mungkin telah tiada. Kami bernasib baik 
dapat melihatnya pada hari-hari terakhirnya. Bye-bye Mr. Gundam

Permandangan malam bandar Odaiba. 
Menuju ke Toyota Mega Web melalui Venus Port
Berlindung dari kesejukan malam

Salah satu tarikan di Venus Port. 
Shopping Complex bertemakan Rom


Toyota Mega Web. Pameran kenderaan keluaran Toyota - lama, baru dan yang akan datang. 
Banyak aktiviti menarik kat sini, malangnya, kami sampai dah malam. 
Banyak aktiviti telah ditutup. Tak dapat nak test drive kenderaan toyoto. #sentap

Lebih kurang pukul 8.00 malam kami beransur pulang. Kami menaiki train dari Stesen Tokyo Teleport untuk ke Shibuya. Esok awal-awal pagi kami akan mengambil bas dari Shibuya ke Kawaguchiko, supaya tidak kelang-kabut pagi esok mencari bus station itu, kami decided nak cari pada petang itu. Agak susah pada mulanya mencari Shibuya Mark City kerana kami keluar melalui pintu lain di Shibuya Station. Apabila sudah sampai di Shibuya Mark City seperti yang tertulis dalam ticket booking, kami mencari bus station, tapi tak jumpa pon. Kami ronda-ronda di sebuah bus station yang terdapat di situ tetapi tiada tanda-tanda Tokyu Highway Bus ada di situ. Kami masuk ke sebuah ticket office yang ada di situ untuk bertanya dan kami diarahkan ke tingkat 5, Shibuya Mark City. Syukur la nak, setelah bersusah payah, kami sampai juga di tempat yang dinyatakan. Memandangkan hari telah malam, mungkin tiada bas lagi yang akan bertolak keluar. Untuk mendapatkan lebih kepastian, kami bertanya kepada seorang Security Guard di sana dan beliau mengesahkan yang bas ke Kawaguchiko akan bertolak dari sini. Beliau juga menunjukkan lif yang boleh digunakan dan pintu akan dibuka seawal pukul 4.00 pagi. Terima kasih kepada Security Guard dan pekerja di ticket office itu kerana membantu. 

Setelah selesai urusan mencari bus station itu kami ke Shibuya Crossing pula yang terletak tak berapa jauh dari Shibuya Mark City itu. Kami turut menambah jumlah pejalan kami yang melintas di lintasan paling fafular di dunia itu. Walau bagaimanapun, malam itu, crowd tak berapa ramai, mungkin sebab dah malam. Kami pon lepak ala-ala orang kaya di Starbucks Shibuya itu sambil menikmati segelas kopi masing-masing sambil melihat orang yang masih melintas. Harga segelas kopi Starbucks di sini dalam lingkungan JPY460 segelas yang kecik.


Lepak Starbucks Shibuya ala-ala orang kaya sambil melihat orang melintas jalan. 
Tak paham aku, orang melintas jalan pon boleh dijadikan produk perlancongan, 
dan aku salah seorang yang terpedaya dengan bende alah ni, hahaha... 

Setelah habis kopi masing-masing, kami meninggalkan Starbucks itu dan bergerak ke patung anjing Hachiko yang tak berapa jauh dari Shibuya Crossing. Memandangkan ia patung anjing, maka takde seorang pon dari kami yang nak bergambar dengan dia. Hehehe... kesian anjing tuh. Kami terus ke Shibuya Station, mengingatkan pintu mana yang kami patut gunakan esok, dan terus ke Shinjuku Station untuk pulang ke Komae. 


... bersambung

You Might Also Like

0 comments