261 : Tag Dari COMYL

Semalam saya telah ditag oleh saudari Syima dari COMYL. Tag beliau berbunyi begini, 7 Fakta Tentang Diri Sendiri. Tag yang sedemikian rupa selalunya dicipta untuk mengorek dan menggali rahsia peribadi orang yang kene tag itu. Jadi orang yang kene tag itu harus pandai memutarbelit fakta agar rahsia peribadinya tidak menjadi tatapan ramai. Jadinya, saya akan sedaya upaya saya akan cuba memutarbelitkan fakta diri saya agar tidak menjadi tatapan umum sekaligus tidak mengecilkan hati saudari yang telah mengetag saya itu. Hehehe....

Fakta Pertama : Saya telah dilahirkan pada tanggal 25 Februari beberapa tahun yang lepas di sebuah kawasan setinggan di Kuala Lumpur. Ketika saya masih berusia beberapa hari, kami telah berpindah ke penempatan baru di Selayang Baru dan saya masih tinggal di Selayang Baru. Ini bermakna, saya telah tinggal di Selayang Baru seumur hidup saya.

Fakta Kedua : Saya telah mendapat pendidikan awal di Tadika John Tuck dekat ngan Pasar Selayang. Setiap hari emak akan menghantar dan mengambil saya dari sekolah dengan menaiki basikal. Kami sering berhenti di sebuah kedai cina untuk membeli ais krim. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran saya ke SRK (1) Batu Empat Jalan Ipoh Kuala Lumpur dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Kemudian, saya bersekolah pula di SM Selayang Baru sehingga tamat tingkatan 5 dan melanjutkan pelajar saya di ITM Cawangan Perlis di peringkat diploma. Kemudian saya memasuki Universiti Malaya dan setelah lebih 10 tahun, saya masih belum grad dr Universiti Malaya. Hahaha...

Fakta Ketiga : Saya pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera di KL. Restoran itu terletak di sebelah Bangkok Bank dan jika anda ke sana sekarang, restoran itu telah tiada lagi di situ. Saya juga pernah bekerja sebagai seorang pegawai bank di salah sebuah bank yang telah bankrupt akibat kegawatan ekonomi pada tahun 1998. Dan saya juga pernah bekerja sebagai seorang salesman dan pernah bertugas di sekitar Kompleks Pertama, Kompleks PKNS Shah Alam, Kuantan dan beberapa tempat lagi.

Fakta Keempat : Saya mempunyai seorang bapa dan seorang ibu serta lima orang adik beradik. Dua orang abang, seorang kakak dan seorang adik perempuan. Saya juga mempunyai lapan orang anak buah, enam perempuan dua lelaki yang berusia di antara 12 tahun hingga 8 bulan. Saya merupakan anak keempat dan merupakan anak lelaki bongsu yang mana orang akan mengatakan bahawa saya seorang anak manja. Tiada siapa pon yang manja dalam keluarga saya, semuanya pernah merasa penangan ayah dan kene rotan oleh ibu, tu tak masuk lagi yang kene cili. Hahaha...

Fakta Kelima : Saya pernah mengalami masalah obesiti dan kini saya telah berjaya menurunkan berat badan saya. Walaupon masih lagi obesiti, tapi kawan2 mengatakan bahawa badan saya telah ok. Tidak2... saya mengidamkan bentuk badan yang lebih seksi macam model2 seluar dalam. Bole?

Fakta Keenam : Saya lebih gemar mendengar lagu2 inggeris jika dibandingkan dengan lagu2 tempatan. Saya juga lebih gemar menonton cerita2 dan filem2 barat daripada drama2 dan filem2 tempatan. Jangan ditanya kenapa..

Fakta Ketujuh : Solo, single and available




p/s : kepada sesiapa yang nak wat tag ni, silakan, usah malu dan segan..


~Salam Sayang~

You Might Also Like

9 comments

  1. salam afeezz..aku tau nape ko tak grad lg kat UM tue walau hari2 ko masuk UM heheheh..dah ko kjer citu kan..ok pe, masuk U gak dr masuk URTV kan hahahahahh

    ReplyDelete
  2. Salam Afeezz,

    Rasanya semua fakta itu tidak diputarbelitkan..uiks mcm dah lama kenal le pullok haha..

    Kesian 10 thn dah kat UM tapi tak grad..UM pun syg nak kick awak eks..apsal? byk lagi ke paper yang tak settle lagi aduhai..

    Fakta keenam tue betul ke eks?? konpius plak..siapa plak yg keluarkan ayat2 nie "i listen to all type of song la, asalkan sedap didengar di telinga"--> sorry laa sy mmg alert haha

    ReplyDelete
  3. wsalam sahrom : hahhaha.... saje je nak wat lawak tang tu, URTV aku tak penah masuk...

    wsalam syima : sib baek dia minta 7 jer fakta, klu tak habis semua luar dalam aku pusingkan. ntah le syima, satu semester amik 1 paper jer, itu pon asik kantoi jer, kene repeat.. hahah

    fakta keenam tu kan saya tulis SAYA LEBIH GEMAR.. bukannya saya HANYA gemar.. so, the verse 'i listen to all type of song' still applicable.. (betul ke english aku)

    ReplyDelete
  4. wah..
    hehe..best tak kena cili. nanti aku buat gak.

    ReplyDelete
  5. salam afeez,

    puas gak nak cari citer yang diputar belit. Rasanya orait jer.

    ReplyDelete
  6. madey : dulu x best klu kene cili, tp skrg mkn klu takde cili tak best plak...

    wsalam az : hehehe, ni cerita tak byk putar belitnya, direct forward jer

    ReplyDelete
  7. salam

    cayalah feez,,cikgu bg A+,,

    ReplyDelete
  8. Salam Dekk afezz

    Wahhhhh jawapan yang tepat2 belaka..jujur ikhlas..hahahah
    aper2lah dekk..jujur tu penting dalam urusan hidup...kan...
    Adik manja kaaaaa hahahha .....

    ReplyDelete
  9. wsalam CM : CM bg A+ tu untu aper yer?

    wsalam kak shami : betul tu, kejujuran amat penting dalam aper jua keadaan.... saper adik manja??

    ReplyDelete