973 : Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H/2021M (Episod 2) - Cerita Pasal Raya Di Bulan Zulkaedah
Bulan Syawal telah berlalu pergi tetapi aku masih nak cerita pasal raya. Tak sempat nak cerita semasa di bulan Syawal kerana beberapa kekangan yang tidak mengizinkan aku bercerita. PKP3.0 ni walau pon bekerja dari rumah, tapi sibuknya mengalahkan bekerja di pejabat. Emel masuk macam-macam, handphone tak berhenti berbunyi. Menyampah dengan itu, aku mute kan jer notifikasi group-group whatapps pejabat yang ntahapapa tu. OK, jom kita throwback saja lah.
Alhamdulillah, pada tahun ini aku berjaya berpuasa enam hari di bulan Syawal (untuk tahun kedua berturut-turut). Pada Hari Raya ke-5 (17 Mei 2021) aku sudah memulakan Puasa Enam selama enam hari berturut-turut. Makanya, pada hari Ahad 23 Mei 2021, aku berhari raya. Untuk meraikan kejayaan aku berpuasa enam itu, gigih aku menyediakan Nasi Ayam Hainan untuk juadah berbuka puasa hari terakhir itu. Resepi untuk Nasi Ayam Hainan ni dapat dari seorang makcik Cina di Youtube (boleh klik link tersebut untuk resepinya).
Dan untuk sambutan Hari Raya keesokan harinya pula, aku bersama-sama dengan dua orang sahabat terlah bergotong-royong menyediakan Roti Jala. Memang meriah sambutan Hari Raya Puasa Enam kami tahun ini. Mengalahkan sambutan Hari Raya pulak.
Malam tu pulak, kami buat makan Mee Bandung. Guna pes jer yang diberi oleh seorang rakan tidak lama dulu.
Meriah raya aku tahun ni.. walaupon tak bole nak raya sangat sebenarnya.
22 comments
Tahniah sbb berjaya menghabiskan puasa enam.
ReplyDeleteTerima kasih abe kie…
Deletemeriahhhhh !! takleh nak raya sngt takpa.. janji food fancy :)
ReplyDeleteHahaha… kan, janji makanan meriah..
DeleteAdoyai... Sedapnya. Semua makanan tu kegemaran saya.
ReplyDeleteWow… ye ker.. hehehe
DeleteCaption salah tu... Roti Jala... Bukan Roti Jalan...
ReplyDeletehahahah... cekap mata uncle... bole jalan dah...
DeleteMeriahnya sambutan hari raya puasa enam afeezz. Menu semuanya sedap² 😋
ReplyDeletefirst time wat sambutan hari raya puasa enam macam ni... hehehe
Deletewahhhh... meriahnya menu.. alhamdulillah... seronok jgk main masak² kan? leh lupakan wfh sebentar
ReplyDeleteSekali sekala kak wat sambutan mcm ni…
DeleteMeriah sambutan raya puasa enam. Semua menu favourite jugak tu. Untuk nasi ayam saya prefer versi goreng. Siap rendang bagai tu. Memang gigih cari daging. Meraikan raya, why not gigih sediakan semua ni. kita jugak nak makan :)
ReplyDeletehehehe... nak jemput orang laen tak bole kan, kite wat untuk makan sendiri2 je lah...
DeleteMeriahnya sambutan raya puasa enam orang bujang!
ReplyDeleteMenunya pun boleh kalahkan masakan chef! Sedap-sedap semuanya.
gotong royong kak masak ngan kawan, bukan saya buat sorang...
DeleteAlhamdulillah..semua bernasib baik jumpe dan dapat beli...heheee kalau dak.. ^_^
ReplyDeletekalau tak kene la tukar plan... plan B
DeleteSedapnya nasi ayam hainan
ReplyDeleteteringin nak makan, sebab tu lah kene buat sendiri, nasib baek menjadi.. hehehe
DeleteAlhamdulillah tahniah berjya buat puasa 6 bukan kaleng-kaleng nih!
ReplyDeleteRoti jala kalau makan dengan serawa durian pun sodap. Sekarang musim durian bolehlah cuba ngeh! ngeh! ngeh!
saya ni baru jer nak berjinak2 puasa 6, sebelum ni puasa gak tp tak sampai 6 hari pon... hahahaha
Deletemasa time raya tu durian takde lagi, klu ade sure dah cari dan buat