973 : Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H/2021M (Episod 2) - Cerita Pasal Raya Di Bulan Zulkaedah

Bulan Syawal telah berlalu pergi tetapi aku masih nak cerita pasal raya. Tak sempat nak cerita semasa di bulan Syawal kerana beberapa kekangan yang tidak mengizinkan aku bercerita. PKP3.0 ni walau pon bekerja dari rumah, tapi sibuknya mengalahkan bekerja di pejabat. Emel masuk macam-macam, handphone tak berhenti berbunyi. Menyampah dengan itu, aku mute kan jer notifikasi group-group whatapps pejabat yang ntahapapa tu. OK, jom kita throwback saja lah.

Alhamdulillah, pada tahun ini  aku berjaya berpuasa enam hari di bulan Syawal (untuk tahun kedua berturut-turut). Pada Hari Raya ke-5 (17 Mei 2021) aku sudah memulakan Puasa Enam selama enam hari berturut-turut. Makanya, pada hari Ahad 23 Mei 2021, aku berhari  raya. Untuk meraikan kejayaan aku berpuasa enam itu, gigih aku menyediakan Nasi Ayam Hainan untuk juadah berbuka puasa hari terakhir itu. Resepi untuk Nasi Ayam Hainan ni dapat dari  seorang makcik Cina di Youtube (boleh klik link tersebut untuk resepinya).

Ayam versi rebus. Ayam rebus ni satu porsi jer

Ayam versi goreng. Sahabat nak ayam versi goreng, makanya
kita perapkan ayam dan goreng jer untuk dua porsi. Sedap jugak 
ayam goreng ni dan sedap juga makan nasi ayam hainan tu 
dengan dua versi ayam, rebus dan goreng

Nasi Ayam Hainan. Sedap juga kejadiannya walaupon
pertama kali mencuba. InsyaAllah, next time boleh cuba lagi

Menu berbuka puasa untuk malam terakhir puasa enam.
Jemput tengok semua. 
 

Dan untuk sambutan Hari Raya keesokan harinya pula, aku bersama-sama dengan dua orang sahabat terlah bergotong-royong menyediakan Roti Jala. Memang meriah sambutan Hari Raya Puasa Enam kami tahun ini. Mengalahkan sambutan Hari Raya pulak.


Roti Jalan untuk Hari Raya selepas selesai berpuasa enam.
Gigih petang semalam pergi cari acuan roti jala tu, nasib baik jumpe.
Kalau tak, jadi lempeng jer kot.

Rendang Daging. Gigih jugak pagi  semalam mencari daging.
Nasib baik jumpe juga daging fresh tempatan. Rendang Daging ni
disediakan semalam selepas berbuka puasa. Sedap juga rasanya
walaupon guna pes rendang jer..

Kari  daging untuk dimakan bersama Roti Jala

Menu untuk Hari Raya Puasa Enam. Roti Jala dan Nasi Impit
dimakan bersama Kari Daging dan Rendang Daging

Jemput tengok semua. Nyam3

Malam tu pulak, kami buat makan Mee Bandung. Guna pes jer yang diberi oleh seorang rakan tidak lama dulu.

Kuah Mee Bandung untuk makan malam. Kuah Mee Bandung
ni guna pes Mee Bandung jer yang diberi oleh seorang
rakan yang dibelinya dari Muar, Johor

Mee Bandung untuk malam malam. Tak banyak isinya.
Sekadar daging, sawi dan telur jer. Kira OK lah tu kan.

Meriah raya aku tahun ni.. walaupon tak bole nak raya  sangat sebenarnya.

You Might Also Like

22 comments

  1. Tahniah sbb berjaya menghabiskan puasa enam.

    ReplyDelete
  2. meriahhhhh !! takleh nak raya sngt takpa.. janji food fancy :)

    ReplyDelete
  3. Adoyai... Sedapnya. Semua makanan tu kegemaran saya.

    ReplyDelete
  4. Caption salah tu... Roti Jala... Bukan Roti Jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... cekap mata uncle... bole jalan dah...

      Delete
  5. Meriahnya sambutan hari raya puasa enam afeezz. Menu semuanya sedap² 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time wat sambutan hari raya puasa enam macam ni... hehehe

      Delete
  6. wahhhh... meriahnya menu.. alhamdulillah... seronok jgk main masak² kan? leh lupakan wfh sebentar

    ReplyDelete
  7. Meriah sambutan raya puasa enam. Semua menu favourite jugak tu. Untuk nasi ayam saya prefer versi goreng. Siap rendang bagai tu. Memang gigih cari daging. Meraikan raya, why not gigih sediakan semua ni. kita jugak nak makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... nak jemput orang laen tak bole kan, kite wat untuk makan sendiri2 je lah...

      Delete
  8. Meriahnya sambutan raya puasa enam orang bujang!
    Menunya pun boleh kalahkan masakan chef! Sedap-sedap semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gotong royong kak masak ngan kawan, bukan saya buat sorang...

      Delete
  9. Alhamdulillah..semua bernasib baik jumpe dan dapat beli...heheee kalau dak.. ^_^

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. teringin nak makan, sebab tu lah kene buat sendiri, nasib baek menjadi.. hehehe

      Delete
  11. Alhamdulillah tahniah berjya buat puasa 6 bukan kaleng-kaleng nih!

    Roti jala kalau makan dengan serawa durian pun sodap. Sekarang musim durian bolehlah cuba ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni baru jer nak berjinak2 puasa 6, sebelum ni puasa gak tp tak sampai 6 hari pon... hahahaha

      masa time raya tu durian takde lagi, klu ade sure dah cari dan buat

      Delete