974 : New Work Station Untuk Work From Home Sempena PKP3.0

Sudah masuk minggu keempat kita berPKP3.0. Adakah PKP akan bersambung lagi? Ramai yang mengharapkan agar PKP tidak disambung. Kalau tidak disambung pon, kita masih belum menjalankan sebarang aktiviti secara bebas. SOP masih perlu dipatuhi. Sempadan masih belum boleh direntasi. Apa-apa pon kita doakan yang terbaik demi negara dan rakyat Malaysia.

Gambar hiasan - google

WFH sempena PKP3.0 ni tidak seindah yang diharapkan. Mungkin bagi sesetengah orang ianya indah, tapi bagi aku ianya tidak. Aku rasa WFH sempena PKP3.0 ni, aku agak sibuk dengan tugas-tugas harian. Banyak tugas-tugas hakiki yang perlu dilaksanakan walaupon dengan susah payah dan serba kekurangan. Sepanjang PKP3.0 ni, satu kali aku terpaksa ke pejabat untuk melaksanakan tugas yang hanya boleh dilakukan di pejabat. SOP untuk ke pejabat agak ketat, kelulusan perlu diperolehi dari Timbalan Naib Canselor (Akademik) yang memakan masa dalam tiga hari. Dan masa yang diperuntukkan di pejabat hanya 1/2 jam sahaja mengikut keadaan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dalam tempoh yang diberikan.

Oleh kerana banyak masa diperuntukkan mengadap laptop di rumah untuk menjalankan tugas, aku terpaksa menyediakan satu work station khas untuk menjalankan tugas setiap hari. Sebenarnya aku memang sudah ada satu meja study di dalam bilik, tetapi agak tidak selesa menjalankan tugas di dalam bilik yang tertutup, terasa macam claustrophobic plak. Oleh itu, aku telah membeli sebuah meja kerja kecil melalui Shopee untuk diletakkan di ruang tamu rumah kecil aku. Takde la mahal mana harganya, campur shipping dalam RM80.00 sahaja. Di situlah aku akan menjalankan tugas-tugas aku setiap hari. Selesa juga melakukan kerja setelah ada work station baru ini.

Di sini lah aku meletakkan work station aku. Dekat dengan TV,
bosan-bosan wat keje boleh kite tengok TV atau Netflix. Depan 
tu ada tingkap, boleh juga cuci mata pandang luar

Meja kecik sahaja. Ngam-ngam dengan sudut tepi tu.
Tidak besar dan tidak terlalu kecil. Kerusi tu kerusi
meja makan, guna yang itu jer lah wat masa ni.
Klu ada rezeki nanti, bole beli kerusi game tu

Sebelum ini aku hanya menggunakan coffee table dan aku akan duduk samada di atas sofa atau di lantai. Bila lama dah macam tu, sakit juga rasa pinggang dan bontot aku. Jadi tak selesa nak buat kerja lama-lama.

Sekarang, aku sudah selesa menjalankan tugas-tugas aku malah bermeeting secara online. Berblog pon kat sini juga, makin rajin lah aku berblog nnt. Berbaloi jugaklah mengeluarkan kos sedikit untuk work station simple macam ni.

You Might Also Like

20 comments

  1. Bulan depan tukar kerusi gamers pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu pkp smbg smpi ke tahun depan, nampaknye terpakse la beli kerusi gamers tu…

      Delete
  2. cantik rumah bujang dia... betul kena ada workstation simple mcm tu br semangat nk buat keja.. kalo gamer mmg akn bertukar kerusi tu nanti mcm kata uncle gedek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan je bersemangat tapi selesa nak wat keje, takde la smpi sakit belakang. Saya ni bukan gamers jd kerusi gamers tu terpikir2 dulu lah klu nak beli

      Delete
  3. Pasti akan lebih produktif gitu!

    ReplyDelete
  4. Dekat dengan tv.. Sambil buat kerja boleh toleh ke belakang tengok drama. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu… itu lah idea nye. Bosan penat buat keje bole layan drama kejap

      Delete
  5. hahahaha tv tu tak distracted ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ganggu pon, ok je, bole sambil2 wat keje tgk tv

      Delete
  6. PKP memang tak indah tapi demi keselamatan terpaksa jugaklah kita akur. PKP juga ada hikmahnya. Tengok angka kes baru hari hari macam bersambung lagi. Workstation sangat membantu kualiti kerja kita. Keselesaan tu yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, PKP ni bg ramai org mmg tidak indah, kesian juga pada mereka yg terjejas kerana PKP ni. Klu tgk kes2 baru, setiap hari mcm tak banyak berubah. mmg ada harapanlah PKP bersambung lagi.

      setuju, keselesaan tu mmg penting. lebih2 lagi kalau kene duduk mengadap bende yang sama selama berjam2

      Delete
  7. Kak Amie pun tak selesa bekerja di tempat tertutup. Pandangan terhad, otak pun jadi tepu. Baiklah buat kerja di ruang terbuka. Dada pun rasa lapang. Walaupun tak seronok WFH, tapi nak buat macamana. Itulah sahaja pilihan yang ada. Moga rombongan Covid-19 segera balik kampung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah mcm saya kak, tak selesa kerja dalam tempat yang tertutup, rasa terkurung pon ada.

      sama-sama lah kita berdoa agak pendemik ni cepat selesai. dapatlah kita buat aktiviti seperti dulu

      Delete
  8. Ruang dah cantik kena betul2 buat keje jgn ngelat tau hahahaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... tak bole janji, ngelat gak tadi... dok tgk tv

      Delete
  9. umur dah banyak ni, keselesaan tu sangat penting kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dah tua ni duduk atas lantai sekejap pon dah sakit punggung, lutut, kaki bagai

      Delete
  10. Mrs. A WFH guna meja make - up jer... ngeh! ngeh! ngeh!

    Wah! kemasnya rumah Afeez kalah rumah anak dara siap ada artificial orkid so nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni saya guna coffee table jer smpi sakit pinggang bontot semua sebab tak selesa...

      nak amik gambar kene la kemas2... kan kantoi plak umah kotor.. hahahah

      Delete