971 : Hadiah Keempat Tahun 2021 : Happy Birthday Giveaway By Abam Kie

Sejak-sejak PKP3.0 ni, lama betul aku tak update blog aku yang tak seberapa ni. Ada sesiapa yang merindui aku? Hehehe.. Bukannya apa, sejak-sejak PKP3.0 ni badan rasa tak berapa nak sihat dan mood nak menulis tu terus ke laut dalam, sebab tu lah tak buat apa-apa update dan juga meninggalkan komen di blog kawan-kawan. Siap ada kawan blog yang beri warning yang nama aku telah tercicir dari senarai Top 7 pengomen blog beliau. Mohon maaf ku pinta, bukan aku sengaja.

Apa-apa pon, masih ada rezeki lagi aku di tahun 2021 ni. Pada awal bulan ni telah diumumkan pemenang kepada satu program giveaway yang aku sertai iaitu Happy Birthday Giveaway by Abam Kie. Terima kasih aku ucapkan kepada Abam Kie kerana telah memilih aku sebagai salah seorang pemenang.

Gambar hiasan dari blog Abam Kie

Aku sudah lama mengenali Abam Kie sampai aku tak ingat bila aku mengenali beliau. Kalau tak silap aku, aku pernah follow beberapa blog beliau sebelum ni. Apa yang aku suka akan blog Abam Kie adalah kerana posting-posting beliau banyak yang boleh dipraktikkan dan banyak yang berkaitan dalam kehidupan seharian kita, sebagai contohnya update terbaru beliau iaitu Tanda Kita Ada Masalah Kewangan dan lain-lain lagi. Aku harap semoga Abam Kie akan terus menulis dan membuat posting-posting menarik seperti ini. Kadang-kadang bila terbaca, baru kita tersedar.. kipidap Abam Kie.

Seperti yang telah dijanjikan, aku sudah menerima hadiah dari Abam Kie. Akhir kata, terima kasih daun keladi, next time saya nak lagi..

You Might Also Like

16 comments

  1. Alhamdulillah rezeki.
    Tahniah Afeez.
    Samalah kita mood memblog ke laut dalam patutnya macam Mrs. A ni lagi banyak masa WFH lagilah banyak masa nak memblog kans... hurmmm tak jugak.
    Nampak gambar savepalestine kat blog Afeez tu sajalah nak bagitahu ni Mrs. A ada join jugak virtual run savepalestine by Runsteur nak up-date kat blog tapi tunggulah bila kits penyertaan dah dapat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mrs. A. Saya WFH ni x seindah yg disangkakan. Sibuknye mengalahkan work from opis. Hp asik berbunyi je smpi rasa mcm nak lempar je kuar tingkap… hahaha…

      Ade gak nampak larian tu tp ay tak join. Ade lg satu larian yg belum diselesaikan lg

      Delete
  2. Tahniah bro. Kalau dah jodoh x ke mana. Opps! Kalau dah rezeki. Teruskan menyokong blog abe kie dan blogger lain ye. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe… klu dah jodoh x ke mana kan, mane la tau bole jd menantu….

      Delete
  3. Tahniah Afeeff. Rezeki tak salah alamat.

    ReplyDelete
  4. Samalah kita, mood turun naik tenggelama timbul. Apapun tahniah menang giveaway :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah. As singgah dan follow sini. Jemput join GA As ya :)

    http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

    ReplyDelete